Posts

Showing posts from 2022

Perempuan di sisinya Muhammad.

 MUHAMMAD  Dari rahim perempuan dia keluar Dari dada perempuan dia menyusu Dibesarkan oleh para perempuan Oleh perempuan ditenangkan diberi affirmation tika waktu dirinya dalam keresahan Anaknya perempuan yang agung dicintai Itulah antaranya kehidupan Muhammad Sementara lelaki badwi berwariskan gelumang kekuasaan dan kejantanan (patriarchy) Muhammad berkembang dalam matriarchy dan egalitarian  Mengubah begitu banyak budaya kejantanan gasar kepada timbang tara lebih adil Sementara pasca khawarij dan muawiyah, disamping kemaruk wahhabi Mereka mengangkat naratif gasar Dicelah liku itu masih ada tradisi tersimpan rapi perihal perilaku mulia Al Amin Pada yang termarjinal dan pada bukan manusia Pada diri terpenting sekali Lewat hujung umurnya Muhammad meninggal dunia diriba perempuan -- 9/10/2022 Terima kasih, Alip Moose. 

Bahana toxic masculinity.

 Dear readers. Salam. Isu isteri pukul suami sehingga maut.  1. Pelakunya, positive meth dan amphetamine, ada rekod dadah dan jenayah mendatangkan kecederaan. Pernah kena tangkap dengan polis dah sebelum ni.  2. Saya tak pasti kenapa suami dia a.k.a mangsa masih bersama dengan dia juga. Mungkin sebab anak-anak, memandangkan mereka ada 2 orang anak bersama. Mungkin sebab sukar nak bercerai, kena banyak guna duit.  3. Mungkin sebab toxic masulinity, yang mana dah jadi budaya di mana lelaki tidak boleh dilihat sebagai lemah.  4. Atau mungkin ada pelbagai 1001 sebab kenapa mangsa kekal memilih bersama dengan pelaku.  5. Kes ini mengingatkan saya kepada satu dokumentari "Abused by My Girlfriend".  6. Kisah benar seorang lelaki bernama Alex Skeel yang didera oleh teman wanitanya Jordan Worth.  7. Alex bukan sahaja didera secara fizikal, malahan juga secara mental. Jordan merupakan WANITA PERTAMA yang disabitkan bersalah atas dakwaan keganasan domestik di United Kingdom.  8. Masih j

Kaunseling & sabar.

Dear readers.  Salam.  1. Bersabar sahaja tanpa berusaha untuk memperbaiki keadaan yang memang sudah sedia ada buruk dan toxic adalah sangat red flag.  2. Ia tidak memperbaiki keadaan sedia ada, tidak pula mengajar manusia untuk wake up dan lihatlah dunia ini indah dan masih ada harapan di hujungnya, kerana bersabar saja selalu dituntut dalam pemahaman ugama orang kita.  3. Bahagian yang Tuhan kata Tuhan tidak mengubah nasib manusia melainkan mereka sendiri mula berbuat demikian tidak dilihat oleh orang orang kita.  4. Beza orang barat takdenya pesanan pesanan ugama suruh bersabar macam tunggul kayu, itu sebab mereka lebih advance, ada masalah, tak malu pergi kaunseling, dan bermacam macam kaunselor laku di sana, kaunselor kanak kanak, kaunselor sekolah, kaunselor perkahwinan, dan sehinggakan kerjaya psychologist kanak kanak sentiasa diperakui dan ada skop dan demand kerjayanya.  5. Tidak lah berlaku secara besar besaran di negara kita.  6. Hence, selalu kita tengok dalam movie pun, ka

Emilie D Strange -

Salam, readers.  Cheers! 1. Ianya tentang regimental ugama dan expectation masyarakat yang melampau lampau.  . 2. Kalau korang ada baca blog Emilie D Strange itu, hal sebenar mengapa dia rasa kecewa dan buka semuanya pasal agama dia adalah sebab bukannya semata pasal regimental ugama sangat. . 3. Meninggalkan ugama adalah satu keputusan besar. Seseorang mungkin berbuat perkara dilarang ugamanya, tetapi tidak sehingga meninggalkan ugama.  . 4. Seseorang mungkin menjadi agnostic, tetapi masih ada sekelumit tentang ugamanya juga.  . 5. Tetapi point dia, masih ada sebab mengapa seseorang keluar daripada imannya kini. . 6. Tetapi cerita Emilie, kata dia, selalu dicabul berkali kali oleh orang sekeliling dia yang berugama Islam, lebih tepat, orang lelaki sekeliling dia.  . 7. Ayah dia football coach, bermula daripada pencabulan kawan ayah dia lah yang dia mula rasa sangat traumatic.  . 8. Lepas kawan ayah dia, kemudian sepupu terdekatnya, bukan pula sekali dua tetapi berkali kali sehingga di

Perintah & taat

 Sedih lah tengok video tu. Apa pun jangan sekali kali senang sahaja mulut sebut "perintah". Dalam apa jua situasi.  . Setiap manusia bukan hamba kepada yang lainnya.  . Hanya Tuhan saja yang berhak dan sebagai pemilik "perintah" itu.  . Itu pun Tuhan tetap memberikan kita free will sendiri. . Perintah ada unsur akur di dalamnya dan perintah ini tidak boleh dibuat sewenang wenangnya sesama manusia - walaupun antara guru-murid, ibu & bapa-anak, boss-staff.  . Lagi satu adalah modal syurga neraka. Jangan buat modal macam itu senang saja keluarkan hujah sepele begitu.  . Orang bodoh selalu keluarkan sikap begitu. . Just be nice to people, we don't know the background story of each people.  . Why the world is becoming cruel is because there is lack of Love (mahabbah).  . We only emphasised a lot on the masculine aspect, rather than the feminine.  . In other words, the idea of fierce, rage, aggressive dominating the love, gentle and forgiveness aspect. God knows

Filem Mat Kilau (2022)

Dear readers.  Salam.  1. Filem Mat Kilau (2022) tak best. Gagal dari segi sejarah. Prop pun tak memuaskan.  2. Filem ini try hard untuk impose ideology conservative Malay Muslim centric, katanya dapat dana dari ISMA, sebuah NGO ketuanan Melayu.  3. Dialog dalam filem paling boring, mendatar, mengantuk.  4. Nak buat biopic, belajar dari Spike Lee, sebagaimana dia bikin filem Malcolm X.  5. Atau biopics dari Indonesia seperti Kartini, Wiji Thukul, Kyai Haji Hasyim Asyaari, Kyai Ahmad Dahlan dan sebagainya. 6. Ini bukan filem Mat Kilau per se tetapi filem fantasi pendekar Melayu aliran konservatif yang masyarakat dia dah pandai guna istilah "korang" bertempik depan orang putih British. 7. Efek tumbuk macam filem action Tamil. 8. Dia bikin orang kurang mahir sejarah Alam Nusantara menonton filem ini pikir Melayu hanya jenis serbu kedai runcit jual Arak dan bergaduh dengan pekerja Melayu Muslim yang jual Arak dikedai runcit atas alasan dakwah dan hukum halal haram yang sempit, at

Bertemanlah sesama perempuan cantik, pintar dan cerdas

 KITA TAMBAH MUDA  1. Masih di hadapan para perempuan ulama dari Jawa Barat dan Jawa Tengah yang cantik-cantik, keren-keren dan asyik-asyik, aku bercanda ria:  "kata orang-orang, aku tampak tambah muda dan cakep saja. Apa sih rahasianya?".  2. Lalu aku bilang bahwa keadaan seseorang itu dipengaruhi oleh lingkungannya.  3. Aku sering bersama para perempuan-perempuan cantik dan cerdas. Dikerubungi mereka.   4. Dulu aku komisioner Komnas Perempuan. Tiap hari bersama mereka untuk rapat, diskusi dan makan siang.  5. Lalu aku mengutip kata-kata Maulana Rumi : انما المراة من نور الله. فهى ليست مجرد حبيبة. او حتى مخلوقة. بل انها خلاقة  "Perempuan lahir dari cahaya Tuhan. Ia tak hanya seorang kekasih atau yang tercipta, tetapi dialah kreator". Lalu aku katakan  : جالس العلماء والحكماء تزدد علما وحكمة "Sering-seringlah duduk bersama para ulama dan bijakbestari, niscaya bertambah ilmumu dan makin bijak" 6. Aku mengakhiri sambil bercanda ria : جالس النساء تزدد شابا وج

Shurga & Neraka Itu Di Sini!

 Dear readers.  Salam.  1. Hai. Hari yang memenatkan tetapi enjoy saja penat itu.  2. Saya terbaca tadi tentang syurga dan neraka manusia.  3. Saya berasa sepanjang kehidupan saya di dunia ini selama 29 tahun, setiap minit dan setiap saat, fokus syurga dan neraka adalah elemen yang banyak pengaruhi keputusan keputusan saya dalam hidup.  4. Tanpa saya sedari, masyarakat yang mengajarkan adanya konsep syurga dan neraka secara literal banyak membuatkan manusia berasa anxiety.  5. Bukan orang lain, tidak lah tahu, tetapi diri saya.  6. Saya melihat tafsiran syurga dan neraka ini sebenarnya tidak boleh diambil secara literal.  7. Bagaimana saya tahu, adalah kerana saya telah berjaya jumpa secara tidak sengaja dengan seorang yang kelihatan biasa sahaja tetapi ilmunya banyak.  8. Syurga dan neraka sebenarnya sudah kita alami di sini, iaitu di dunia ini juga.  9. Syurga dan neraka, ada wujud dalam diri kita dan kita merasainya.  10. Bagaimana? Kurang lebih, syurga adalah perasaan best, enak, d

Pemegang Kunci Kebenaran Mutlak

Dear readers.  Salam.  1. Kita kena fikir ya, kenapa fikiran anak muda Muslim amat binari sebegini.  2. Dibesarkan dalam suasana moden, terdedah dengan kerencaman budaya, tapi fikirannya konservatif dan eksklusif. 3. Konservatisme agama tradisional tidak seperti sekarang, sekarang wajahnya sudah berubah m enjadi lebih keras kerana dimasukkan aspek pemaksaan, melalui macam-macam cara, seperti boikot, cemuhan dan tazkirah haram mengharam, sesat menyesatkan.  4. Senang kata public moral policing dipanjangkan kepada public akidah policing.  5. Semua perkara diakidahkan dengan semberono. 6. Kedua, masukan sikap pemegang kunci kebenaran mutlak. Mereka percaya apa yang mereka dakwahkan adalah kebenaran mutlak.  7.  Yang mereka dakwah (baca:dakyahkan) difikirnya kebenaran yang satu-satunya dan orang lain semua salah;  8. Dan yang paling penting, menyesat-nyesatkan pandangan orang lain yang difikirnya ( baca: dihukum dengan ilmu yang tohor, perspektif singkat, simplistik dan kegelojohan) salah.

Si budak kampong juara mini tenis

Dear readers.  Salam.  1. Untuk entry pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada murid murid saya yang mewakili sekolah, dalam pertandingan mini tenis daerah Kuala Kangsar.  2. Untuk info, anak murid saya berjaya menjadi juara mini tenis kategori perempuan bawah 10 tahun.  3. Sebenarnya saya pun tak menyangka murid saya akan menang. Pertama, saya bukan jurulatih bertauliah berlesen. Dan sebenarnya lagi, saya tahu main squash sejak sekolah menengah, bukan main tenis.  Sebab saya pun tak suka main dalam keadaan panas terik matahari. So squash suits me better.  4. Macam mana saya boleh berjaya train dalam keadaan saya yang zero tenis?  5. Rupanya, tenis juga hampir sama permainannya dengan squash, cumalah beza teknik saja.  Jadi, saya ada kelebihan di situ.  6. Kedua, saya juga cerdik, tak nak saya rasa penat sebab gigih train seorang diri, saya memang select murid murid yang tangannya kuat, yang biasa bermain badminton.  7. Sebab? Walaupun mereka tak ada basic tenis, jika me

Sastera Patriaki, tudung dan busana perempuan

Salam.  Dear readers. 1. Sejarah mencatatkan yang orang Melayu bernasib kurang baik menerima versi Isle yg tidak berpotensi untuk memajukan tamadun mereka.  2. Versi Isle itu lebih menjurus agar mereka kuat bersunatullah dengan ritual ritual ibadah tidak membuat mereka terbuka kepada unsur unsur  perubahan positif  yang melanda banyak dimensi kehidupan mereka. 3. Misalnya, penjaga etika dan moral berbusana yakni para ulama akan gelisah jika ada kelompok penganut agama Isle versi tertutup itu akan menentang jika kelompok wanita Isle tidak menutup aurat dan perlu tudung bagi mengatasi isu itu.  4. Mereka akan guna ayat "adapun prempuan itu hiasan lelaki......" yang mana ayat itu dikira kabur untuk meleraikan  isu moral dan etika berkaitan dgn pakaian, naik nafsu liar dan sopan santun pakaian bagi kelompok wanita, tetapi ayat itu dikira bagaikan sempurna untuk kita berpandu pada isu berbusana wanita.  5. Kalau wanita bertudung, menutup rerambut maka peluang mereka untuk tidak me

Keadilan Hakiki Adalah Intersectional.

 KEADILAN HAKIKI ADALAH INTERSECTIONAL. 1. Sewaktu aku mengaji dengan seorang Ulama Perempuan di Indonesia, Dr Nur Rofiah. Ada syarahan beliau perihal peringkat kesedaran kemanusiaan perempuan, beliau berikan tiga tingkatan.  2. Pertama tahap terendah, tahap menengah dan tahap tertinggi. Menurutnya; aku terjemahkan apa yang aku ingat dan mudah seperti beritku;  Tahap terendah adalah perempuan di anggap sebagai objek atau bahkan bukan manusia sama sekali. 3. Contoh, apabila si suami hendak poligami, isteri pertama tidak diberitahu atau jika diberitahu, sekadar pemberitahuan, bukan untuk mendengar dan menerima pendapat isteri pertama. Atau cerai kepada isteri tanpa memikiran keadaan perasaan dan sosial-ekonomi-nya. Atau perempuan dijadikan hamba sahaya, atau objek seks semata-mata. Atau perempuan diperlakukan seperti anak kecil, atau binatang, yang diperintah, dikurung, tidak boleh keluar tanpa izin,  kata-kata dan pendapatnya seperti fitnah dan tidak wajar belaka dan sejenisnya. 4. Taha

That privileged mentality of us

Dear readers. Salam.  1. Tak ada siapa siapa di dalam dunia ini yang berhak mengiktiraf dirinya superior daripada orang lain.  2. Just because kita yang bagi nafkah, kita yang bekerja, kita yang menjadi dewasa, kita yang menjadi orang tua, atau kita yang menjadi ketua.  3. Kita sama sama dicipta sama rata, berbeda keadaan mungkin kekuatan fizik, paras rupa, intelektualiti dan jenis kelamin, malah ugama juga.  4. Walaupun manusia di dunia korporeal ini hidup berkelas kelas dan berkasta akibat keadaan masyarakat yang menjadikannya demikian bentuk, tetapi secara hakikat manusia ini tidak ada apa, bukan pemilik kewujudan pun.  5. This is not just my 2 cents or 5 cents apatah lagi 50 cents, but this is a fact.  6. Mengapa kita masih lagi ada rasa superior adalah sebab secara cultural kita diajar yang kita adalah superior, orang lain tidak, duduk lah bawah kita dengar arahan arahan kita. Inilah buruknya, impaknya, yang akan mencipta satu jenis masyarakat yang ada cara privileged mentality. P

Peter Tabichi of Modern Socrates

Dear readers. Assalamualaikum. Peter Tabichi, seorang guru sains dan math sekolah menengah yang merangkul best teacher award 2019 dan 10 000 nominations dari 179 buah negara. Apa yang Peter Tabichi dari Kenya ini lakukan?  . . Brother Peter, memberikan hampir 80% daripada hasil gajinya hanya untuk anak murid di sekolah. Peter mendapati bahawa di sekolahnya, anak anak murid tidak ada duit untuk makan, tidak ada breakfast. Makanan tidak ada di rumah. Bagaimana mahu belajar di sekolah dengan tidak makan? Dan juga kebanyakan pelajarnya datang daripada keluarga yang berantakan: ramai daripadanya anak yatim, ibu bapa yang penagih dadah, manakala untuk anak gadis, perkahwinan kanak kanak adalah perkara yang biasa akibat kemiskinan hidup.  . . Manakala di sekolah pula, tidak ada kemudahan infrastruktur yang baik. Tidak ada library, tidak ada buku rujukan, kurangnya guru di Kampong Pwami. Satu kelas yang paling crowded dalam 35-40 orang, tetapi di sini 70-80 orang. Peter sendiri pula perlu berj

Pendidikan seksualiti di sekolah: satu analisis

  Soalan segmen temu ramah 1. Apakah pendapat cikgu terhadap pelancaran pendidikan seks dalam pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah? Bagi pendapat saya, sebagai seorang pendidik, pelancaran pendidikan seks dalam silibus pendidikan di sekolah adalah kena dengan masanya dan bertepatan dengan situasi semasa pada masa kini. Hal ini kerana, keadaan perilaku masyarakat adalah berlegar dalam budaya hypersexuality iaitu banyaknya berpunca daripada media. Pada zaman dahulu, media tidak begitu meluas penggunaannnya. Berbanding sekarang, media telah menjadi alat manusia untuk berkomunikasi dan manusia merealisasikan eksistensi diri mereka di dalam media; berbanding generasi dahulu yang lebih konservatif dan tertutup. 2. Adakah pendidikan seks sejak sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan satu perkara yang penting? Seperti yang saya katakan di atas, ia kena pada masanya akibat daripada penyalahgunaan media massa secara berlebihan. Sebagai guru, hal yang merisaukan saya adalah h