Pemegang Kunci Kebenaran Mutlak

Dear readers. 

Salam. 


1. Kita kena fikir ya, kenapa fikiran anak muda Muslim amat binari sebegini. 


2. Dibesarkan dalam suasana moden, terdedah dengan kerencaman budaya, tapi fikirannya konservatif dan eksklusif.


3. Konservatisme agama tradisional tidak seperti sekarang, sekarang wajahnya sudah berubah m
enjadi lebih keras kerana dimasukkan aspek pemaksaan, melalui macam-macam cara, seperti boikot, cemuhan dan tazkirah haram mengharam, sesat menyesatkan. 


4. Senang kata public moral policing dipanjangkan kepada public akidah policing. 


5. Semua perkara diakidahkan dengan semberono.


6. Kedua, masukan sikap pemegang kunci kebenaran mutlak. Mereka percaya apa yang mereka dakwahkan adalah kebenaran mutlak. 


7.  Yang mereka dakwah (baca:dakyahkan) difikirnya kebenaran yang satu-satunya dan orang lain semua salah; 


8. Dan yang paling penting, menyesat-nyesatkan pandangan orang lain yang difikirnya ( baca: dihukum dengan ilmu yang tohor, perspektif singkat, simplistik dan kegelojohan) salah. 


Walhal tak betul pun.


9. Ini asbab kerja siapakah? 


10. Kerja Islamis dan projek Islamisasi yang membinarikan cara fikir orang Islam di Malaysia dan banyak belahan dunia.


Credit: terima kasih kak huda.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?