Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Dear readers, Assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Hai semua. Kali ini aku nak bagitahu pengalaman aku sebagai pelajar postgraduate political science di UIA Gombak, Selangor.


2. Untuk pengetahuan, aku berkeputusan untuk menukar pengajian postgraduate aku daripada basic degree Pengajian Inggeris kepada Sains Politik.


3. Kenapa? Bukan sebab aku bosan, tetapi sebab aku ingin experience perkara baru. Bahasa Inggeris tetap menyeronokkan, tetapi aku tidak berfikir bahawa aku akan terlibat dalam dunia Bahasa Inggeris untuk pekerjaan di masa hadapan.


4. Tapi kenapa political science? Sebab PS adalah target aku yang kedua selepas English semasa pengajian undergraduate dahulu. Masa itu aku ingin menjadi PTD, jadi aku fikir aku kena ambil political science, tetapi entah macam mana aku boleh memilih English sebab hati aku yang kuat ke arah itu sewaktu mengisi online dulu.


5. Kebetulan, semasa tahun akhir, aku menjadi RA kepada pensyarah PJJ dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, dan merupakan Head of Department in Political Science, USM. Jadi daripada bekerjasama dengan dia bertungkus-lumus menyiapkan projek geran ini, dia banyak guide aku sisi alam pekerjaan dia. Pengalaman dia berada di College of Europe, pengalaman dia berada di UN (United Nations), pengalaman dia belajar di America, pengalaman dia menjadi pensyarah dan pelajar dalam bidang political science dan International Relations -- semua-semua ini sebenarnya secara tak langsung banyak mempengaruhi diri aku. Aku mula rasa ada sebabnya aku tak sengaja terjumpa dia. Mungkin dia akan jadi orang yang guide aku pada jalan baru ini.


6. Dari situ, aku berfikir aku patut masuk dalam bidang ini -- bidang yang baru, tapi tak mustahil untuk aku apply, kata aku pada diri pada ketika itu.


7. Untuk adik-adik, jika kita ingin menyambung peringkat postgraduate master/phD, kita boleh menukar dan sambung bidang selain daripada bidang semasa zaman kita undergraduate dahulu.


8. Tapi menukar bukan sebarang-sebarang untuk menukar. Adik-adik kena faham nature menjadi pelajar postgraduate, level dia takkan sama seperti undergraduate, dan sudah semestinya bidang yang adik ingin menukar ini, pastikan adik sangat berminat dan tahu apa hala tuju selepas ini dan apa yang adik nak buat dengan degree adik ini.


9. Pertama, cari dahulu university mana yang kamu ingin masuk. Kalau bidang political science, kamu boleh memilih UKM atau UM -- sebab dia lebih established daripada universiti lain kerana dia memang universiti lama. Key point yang saya nak highlight di sini -- lebih lama umur universiti itu, lebih baik, kerana pengalaman universiti, ilmu yang lebih mendalam dan semestinya paling penting -- library universiti yang lama ini dahsyat rocker wa cakap lu. Dan biasanya universiti lama banyak profesor-profesor tua -- tua bermakna banyak pengalaman -- pensyarah muda tak syok sangat sebab dia masih baru dan teknik mengajar pun err errr heh heh lu pikir sendiri.


10. Ini contoh. Bidang lain google sendiri dan tanya rakan-rakan universiti mana yang hebat bidang dia, berdasarkan pilihan kamu. Tapi kalau kamu sangat sayangkan universiti asal kamu -- tak payah susah-susah berfikir nak universiti mana, sebab kamu kenal institusi asal kamu. Segalanya mudah, lecturer pun kenal kamu dan kamu pun familiar dengan environment universiti sendiri.


11. Kedua, lihat ranking university. Kenapa ranking? Sebab ranking penting juga untuk prestasi degree kamu diiktiraf dan dipandang tinggi. Contohnya -- saya bukan nak cakap Universiti saya dahulu semasa undergrad iaitu USM adalah terbaik, cuma saya nak cakap kami ada status Apex, jadi saya ada dengar, disebabkan title Apex dan universiti yang lama, para graduan USM berebut company nak pilih buat jadi team partner dalam company dia. Tapi lagi sekali -- ini boleh jadi subjektif. Tak ada data mengatakan Apex university adalah terbaik daripada universiti lain di Malaysia. Tapi, ranking universiti perlu dititikberatkan -- sebab ranking yang tinggi juga menunjukkan universiti itu bagus. Tapi memang pun, bila aku keluar dari USM Penang, semua akan refer pada bekas pelajar dia termasuk aku, "brand Apexian". So, sometimes aku pun rasa berat juga dengan gelaran 'Apexian' itu - sebab semua orang akan expect that "we must be the best" -- sebab itu moto USM adalah 'Kami Memimpin" atau "We Lead". Disebabkan ini juga, kamu akan tengok orang-orang USM memang bangga dengan Apex dia. Aku? Eh tak. Aku biasa aje. Low profile - Philosopy people macam aku play cool aje. Heh heh.


(welcome to Malaysia,where people look at your university ranking the most, bebeh!)


12. Ketiga, kamu boleh apply online postgraduate. Di sini kerja kamu dah lebih senang. Sebabnya berbeza dengan undergraduate, postgraduate ada intake dia sendiri, kamu cuma apply online dalam laman web universiti masing-masing.


14. Keempat -- kamu kena tahu apply master atau phD ini dia ada tiga mode -- coursework, mixed mode dan fully research.


15. Kalau kamu memang terel dan tahu tajuk apa nak buat untuk thesis kamu, dah ada idea kasar apa nak mengkaji, dah tahu cara buat proposal, dah tahu nak independent sendiri tak perlu mengharap pada supervisor, dan paling penting confident tinggi -- hang patut daftar master/phD by research. Research tiada kelas. Tu yang best, tapi setengah orang macam aku -- nope, that's too boring. I need a teacher. Cuma by research ini, hang kena pastikan hang berjaya publish thesis hang, samada di Scopus atau ISI Journal. Bermakna thesis kita layak lah. Tapi jangan risau, thesis kita itu di guide oleh lecturer -- supervisor akan pastikan hang boleh buat thesis sampai berjaya publish di dua journal di atas. Cuma effort kena dahsyat sebab semua independent. Tapi kebiasaannya, orang yang buat by research ini adalah orang yang memang tahu hala tuju dia nak buat thesis mengenai apa. Meaning -- research bagi aku untuk yang pro. Kalau kamu ni cuma pelajar cikai -- methodological theoretical framework pun tak tahu apa benda jadah dia, by research langsung tak sesuai dengan kamu yang masih newbie.


16. Kalau kamu ni memang bodoh piang satu apa tak tahu, nak buat proposal tak tahu, masa final year tak ada projek FYP, rasa tercangak-cangak buat research ke laut, assignment hang pun main copy paste, hang daftar saja coursework kalau minat sambung postgraduate. Tapi hidup kamu akan sibuk sama macam undergraduate, semua lah mak nenek kena buat, dari presentation, test, quiz, research project kena publish 2 (untuk syarat kita graduate, tapi beza research project kita adalah kita tak perlu publish di mana-mana journal bertauliah).


17. Tapi kalau kamu masih nak pergi kelas, sebab rasa nak belajar lagi, perlukan guide dari seorang guru, dan dalam masa yang sama kamu berminat betul nak buat thesis dan nak publish thesis -- patut ambil mixed mode. Meaning, half belajar ada kelas, hal lagi tiada kelas dan buat independent research. Sebab itu namanya mixed.


18. KENAPA AKU MEMILIH COURSEWORK?
Sebabnya aku tak ada basic dalam political science, dan aku takut aku akan susah nak catch up level postgraduate. Kamu kena aware, bahawa ada beza tahap kedalaman knowledge antara student yang memang daripada bidang yang sama atau bukan dari bidang yang sama.


19. KENAPA AKU MEMILIH UIA GOMBAK?
Aku ada sebab tersendiri. Itu sahaja niat aku memilih UIA, jika tidak UIA tiada dalam list aku pun. He he he.


20. Tapi bagi sesiapa yang daripada luar ingin belajar di UIA, aku bagi kamu tips awal-awal lah. Management dia sangat teruk, aku rasa paling teruk. Dah aku malas nak complaint, sebab benda ni dah banyak orang complaint tapi admin tertinggi UIA pekak lah badak. Tak ada action plan -- bila ada action plan tak laksanakan pun -- jadi apa function action plan -- entah lah nak.


21. Dan juga, suasana UIA bukan green kampus. Kalau kamu asal daripada memang environment kamu green campus, jangan terkejut pula di sini bukannya green campus -- malah perkataan green pun aku rasa deme tak paham -- sebab tak pernah dengar sustainable tu macam mana ropenya. Ada masa-masa kamu akan rindukan green campus kamu, macam apa yang aku rasa bila kamu masuk sini.


22. Ikhtilat dijaga. Di UIA dipanggil Biah Solehah -- kamu tak nampak lah adegan-adegan bertepuk tampar lelaki perempuan, atau jalan berdua berdating lelaki perempuan dalam kampus, atau bergedik-gedik lelaki perempuan. Ni aku nak cakap, beza dengan USM universiti aku dulu, fuh sini memang tak payah cakap haha yang gedik-gedik ini banyak, bertepuk-tampar tu biasa.


23. Sini juga banyak usrah-usrah. Atau deme panggil Study Circle. Kalau kamu minat usrah boleh lah join diorang ini.


24. Oh ya, disebabkan UIA juga international university, banyak lah kamu berjumpa foreigner, dari Sudan, Japan, China, Nigeria, Saudi, Europe, Philippines, Thailan, Myanmar, Afghanistan, Bangladesh, India etc. Memang internationale. Sebab itu kamu boleh berjumpa makanan mediterranean di sini. Nasi Arab semestinya. Oh pernah dengar Nasi Somalia? Hah hah. Aku pun pestime dengar ada Nasi Somalia di sini. Dan tak hairan, dekan di sini pun foreigner wa cakap lu. Entah-entah lecturer hang pun orang Nigeria hehe.


24. Di sini juga jangan terkejut sebabkan pelajar-pelajar sini adalah banyaknya tudung labuh dan berniqab. Jadi ada sedikit perasaan tak selesa sebab kamu dikelilingi kelompok pelajar alim, berma'thurat dan berusrah sebabnya kamu datang dari sekolah harian. Bukan pun aku nak cakap pelajar bertudung labuh UIA semua baik-baik -- sebab baik ini subjektif, ada saja aku dengar pelajar Islamik tapi di luar UIA haaa hilang islamik dia. Jadi aku nak cakap, Islam tak hanya pakaian. Islam itu letaknya di hati. Berhati-hati melabel orang, sebabnya kadang-kadang kawan kamu yang nampak liberal itulah yang boleh kamu harapkan, daripada kawan stok-stok alim. Cheers!


25. Di sini tiada pun aktiviti-aktiviti cultural menari-menari yang banyak, kecuali zapin adalah aktif di UIA, dan percussion band, angklung, caklempong, akustik. Ada lagi aku tak ingat. Instrumental ada, tapi hiburan-hiburan moden tiada. Kalau macam di USM, sebabkan kita ada school of arts, dan dalam school of arts ada jazz, major muzik, major performing arts, theatre dan sebagainya semua berkaitan muzik dan lakonan -- jadi kamu boleh lihat hiburan-hiburan moden di sini. Kalau kamu sukakan hiburan moden, suka tengok theatre -- UIA akan kamu rasa boring. Macam apa yang aku rasa haha. Di USM, semua-semua ini aktif, dan menghiburkan dan sangat bebas lah.


26. Sebab aku pun datang bukan dari sekolah agama, dan datang dari USM -- aku rasa UIA is quite boring and nothing is here. So, tiada memori yang menyeronokkan, hanya plain saja. Tapi sebabkan tujuan aku untuk menuntut ilmu di peringkat postgraduate, bagi aku tiada masalah, sebabnya aku pun bukan nak duduk bertahun-tahun macam zaman undergraduate -- dan bila kita sudah buat master/phd kita pun tak perlu terlibat dalam aktiviti berpersatuan macam zaman undergraduate. So lebih serius dan lebih bebas, tiada kekangan dari universiti. Sebabnya kita bayar pada universiti untuk daftar postgraduate di universiti ini.


(Tapi kalau kamu sekolah agama atau maahad, biasa dengan usrah dan sebagainya, mungkin ini tempat baik bagi kamu, sebabnya kamu berjumpa dengan orang yang sama dengan kamu. Sama juga dengan pelajar sekolah harian, dia mesti nak juga gang dia -- so be fair and square when you make a judgment -- sebab lifestyle dan experience kita yang dahulu juga mempengaruhi siapa kita sekarang).


Oh ya. Di sini pun, macam aku cakap, akvitivi muzik di UIA tak berapa digalakkan sangat. Kalau ada pun, akvitivi Ko-K tapi aku tak nampak muzik macam dibenarkan untuk dipasang secara umum di ruang-ruang legar kampus. Hari itu ada sister cakap, admin atasan tak bagi, deme suruh pasang nasyid aje. Aku tergelak kecil Oh iya, iselamik universiti. Aku pun berfikir iya lah, lain padang lain belalang. Bak kata pepatah, when in rome, do as the romans do. Gitttew.


Macam di USM, boleh nampak lah segala mak nenek cultural activities semua pelajar. Best di USM ini, pelajar-pelajar dari Borneo iaitu Sabah dan Sarawak yang selalunya event cultural mereka besar-besaran. Kalau pelajar Sarawak, mereka ada Malam Bumi Kenyalang. Kalau pelajar Sabah, mereka ada Malam Citra Bayu. Masa ini best gila ah, semua tarian, muzik mereka, semua pelajar dari berjenis-jenis ethnics akan bertanding. Tak salah aku, setiap tahun pelajar Sabah dan Sarawak dari universiti lain akan datang bertanding di USM, sebab biasanya USM akan jadi tuan rumah pada acara cultural activities macam ini. Ha, melalui kawan aku orang Sarawak lah, aku juga tahu main Sape'. Heh heh. Terel tak aku. Dah lah cute, terel main muzik lah. Calon menantu hang. Eh.


Macam di UIA, memang namanya iselamik universiti, tak ada lah nak nampak benda-benda macam ini. Bagi aku, semuanya sudah "dibrainwash" untuk jadi islamic. Jadi, sukar untuk kita nampak "budaya malaysia" di UIA. Aku cuma nampak budaya Arab. Haha. Iya.


27. Tapi satu saja yang aku nak complaint di UIA ini -- makanan dia mahal dan tak sedap sangat. Biasa sahaja.


28. Sebab beza dengan USM aku ambil contoh, kami dulu kalau makan di hostel kami, memang meriah dan ramai outlet2 kecil dalam kafe itu, dan orang yang menjual pun bukan orang yang sama, bermakna gerai-gerai yang menjual adalah orang berlainan. Berbeza dengan UIA, kafe mahallah dia (hostel dipanggil mahallah) memang macam fuck sikit. Sebab apa tahu? Sebab dalam kafe itu, hanya seorang sahaja yang mendapat geran untuk berniaga dan orang yang sama jugalah yang masak untuk satu mahallah. Jadi kamu boleh membayangkan betapa tak best dan tak meriahnya kafe mahallah di sini, sebab tiada variety dan masak pun tak sedap. Dan dari segi harga teramat mahal -- nasi bungkus adalah dalam RMY6-7. Kalau kamu dapat RMY5 untuk nasi bungkus, kira kamu nasib baik gak lah. Dari segi kesedapan makanan, aku patut puji -- orang Penang pandai masak, makanan Penang sedap. Aku puji bukan sebab aku orang Penang, tapi sebab memang sedap. USM banyak outlet sampai kamu tak tahu nak makan apa. Kafe desasiswa kami seronok, dan kami boleh dapat nasi bungkus dalam RM 3.50, kadang sampai RM2 lebih saja. Tapi biasa kami akan di charge RM4-5. Tak percaya lepak lah di Kafe Komca, kafe desasiswa Aman-Damai, Kafe Bakti, Kafe Fajar tak best agak mahal jangan pergi, Kafe Restu banyak variety, paling best nasi pecal Restu.


29. Okay aku rasa itu sahaja. Next time aku post lagi. Aku kena mentelaah Philosophy dulu sebab esok Dr nak tanya, so sebagai bekas pelajar USM mestilah tunjuk terel dan tauladan pada pelajar universiti lain kan -- kata Apex? Tak adalah saja bergurau.


30. Oh ya, aku cuma nak ingatkan kamu, jangan mencari Islam di UIA. Kamu cari kebenaran Islam menggunakan cara kamu sendiri. Semestinya berguru. Tapi kalau kamu nak pilih sini pun tak apa, cumalah nak bagitahu saja.


31. Oh ya. Aku rasa kamu patut mempertimbang tentang ini juga, iaitu apa sebab kamu ambil postgraduate. Kalau cuma untuk berlagak jadi pelajar master, atau untuk kenaikan pangkat ke, tak payah lah aku rasa. Better kerja, sebab bagi aku peringkat postgraduate adalah orang yang benar ingin belajar, bukan untuk status dan umpamanya.


32. Bye.


Comments

Popular posts from this blog

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?