Meh sambung International Relations!

Salam dear readers.


1. Well some of my friend asked me what is the difference between political science and International Relations (IR). 

.

2. Okay, yang berminat itu, I tell you what. Sebenarnya, kedua duanya macam sister field saja. Yang berbeza cumalah IR bersifat international scale yang kamu akan belajar subjek tersebut dalam perspektif global. IR juga dikenali sebagai International Studies (IS), Global Affairs (GA) atau Global Studies (GS). So bila orang tanya kamu belajar apa? Global Affairs. Pheww cool gila ko. Ya lah sebab degree bunyi cool tapi tak tahu lah nak kerja apa (!). 

.

3. Dalam political science dan IR, kita belajar pasal government dan hubungan antara ekonomi, politik dan sosial. Kita ada beberapa subjek di bawah Pol Sc misalnya macam comparative politics (perbandingan politik), political theory/politic thought/political philosophy yang mana kamu belajar lah Al Mawardi, Al Farabi, Aristotle, Plato, John Rawls, Francis Fukuyama, Hume, Jean Jacques Rosseau, Immanuel Kant etc etc ya semua yang berbau philosophical thought (pemikiran). Bagiku, subjek paling bosan dalam pol sc adalah subjek inilah. Saya kurang berminat. 

.

4. Selain itu, kita ada subjek Ethnic Politics, yang mana kamu belajar lah pasal maksud bangsa, nation, state dan nation-state, politics and religion, political partisan, non partisan politics, civil movement dan civil rights. 

.

5. Masa inilah kita belajar pasal hak hal civil dan gerakan gerakan politik. Kita pun akan belajar sedikit basic dalam international law (undang undang antarabangsa) dan dikaitkan dengan politik antarabangsa dan non governmental organization, peranan PBB dari spektrum law. Oh ada juga beberapa subjek pentadbiran macam public policy  dan public administration.

.

6. Kita pun ada subjek politics of Middle East, American politics atau Malaysian Politics,  Government and Finance, international political economy - ya sedikit ilmu ilmu ekonomi kamu akan belajar. 

.

7. Saya tak sempat ambil subjek ini sebab bukan requirement saya untuk postgrad. Banyak subjek postgrad saya berfokus kepada subjek IR macam foreign affairs (hubungan luar negara), diplomacy, dan theory of international relations (liberalism dan realism/post-structural realism etc etc) dan subjek geo-politik (kajian tentang politik sesebuah negara berdasarkan ruang lingkup geografi megara tersebut). 

.

8. IR ini banyaknya kamu wajib kena baca paper. Bukan baca paper sinar harian atau harakah itu. Kena baca international news dan website foreign affairs, the diplomat, geopolitics website etc yang kamu boleh google list dia untuk tahu perkembangan terkini dunia. 

.

9. IR ini, kalau kamu pernah berangan macam saya dulu poyo pernah nak jadi duta Malaysia atau PTD memang sesuai sangat. Memang biasa pun subjek IR sangat sesuai untuk jadi pegawai kerajaan sebab bersifat menyeluruh. 

.

10. Biasanya budak budak IR (biasanya) diorang kalau goreng teori atau gebang pasal politik global memang power sikit. Dan boleh nampak kalau diorang pi interview dengan pelajar major lain, IR student ini dia boleh buka topik dengan lebih meluas sedikit sebab fokus pembelajaran dia bersifat global dan tak melingkar seputar local knowledge saja. Kan dah ulang di atas, mereka belajar global affairs. 

.

11. Ada juga saya attend interview dulu untuk postgrad, saya masa itu belum ambil subjek Pol Sc lagi. Sebelah saya pelajar UMS major IR. Cara dia goreng interview tu phew power. Masa itu saya rasa limitednya knowledge saya. 

.

12. Di saat itulah saya sedar sikitnya knowledge dan terus menetapkan nak ambil subjek macam dia sebab nak belajar banyak benda macam dia. Saya recommend untuk belajar subjek macam ini sebab dia meluas dan knowledge kita tak tumpu pada satu field saja sebab kedua dua field IR dan Pol Sc, mereka interconnedted field dengan major subjek lain macam ekonomi dan social. 

.

13. Lagi satu seronok tak belajar? Field macam ini kena orangnya tekun sangat membaca buku dan sukakan theory (dan boleh faham sejarah dengan baik). 

.

14. Biasanya nak faham kronologi politik dunia, dia berkait dengan sejarah. So kalau korang enjoy sejarah, confirm akan rasa best. Tetapi bak kata former lecturer saya memang memandangkan IR adalah subjek baru yang diwujudkan dalam dunia akademik, makanya anda wajib menelaah buku History of Modern Europe. Sebab anda akan tahu mengapa politik yang terjadi di satu satu negara biasanya berkait pergolakan politik di negara barat itu berkait kisah di masa lalu di negara negara eropah.

.

15. Kalau tak suka nembaca, dia akan menjadi bosan. Kalau kamu suka kira kira, ini bukan untuk kamu. Tetapi dia bukan penghafalan per se tau, sebab bila kita buat paper, atau reflections, pelajar akan dinilai untuk berfikir kritis dan tajam. 

.

16. Terel menghafal adalah satu nilai tambah, tetapi berfikir tajam adalah kelebihan pelajar pelajar field ini. Ya lah takkan kau nak ulas politik macam politik kedai kopi. Kau kena lah menulis dengan baik.

.

17. Okay selamat masuk universiti tau adik adik!

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?