What is Linguistics?

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Semalam entah dari mana ada seorang budak beria sangat tanya mengenai linguistics.


2. Dia approach aku dia kata dia berminat dengan bahasa.


3. Aku cakap oh. okay.


4. Kamu nak tahu tak apa itu linguistics?






5. Linguistics itu adalah mengkaji mengenai selok-belok ilmu dalam bidang bahasa.


6. Semua bahasa di dunia ini ada linguistics dia sendiri.


7. Tapi satu yang aku perasan orang suka menyamakan linguistics dengan TESL. Tak sama lah wei.

8. Okay -- linguistics juga dikenali sebagai --

a) ENGLISH LANGUAGE STUDIES (ELS)
b) ENGLISH FOR SECONDARY LANGUAGE (ESL)
b) APPLIED LINGUISTICS
c) ENGLISH LINGUISTICS


(ini kalau kamu ambil linguistik bahasa inggeris lah, macam aku. Kalau kamu ambil linguistic BM, yang aku rasa lagi susah daripada english tu, (haha) istilah dia sama cuma dimelayukan sajalah)


9. Kalau kamu terjumpa istilah --

a) TESL - Teaching English as a second language
b) TEOFL - Teaching English as a foreign language


(ini adalah CIKGU-CIKGI, mereka tak belajar bidang linguistic secara mendalam)



10. Jadinya. Apa sebenarnya yang aku belajar?


11. Baik, apa yang aku belajar di USM adalah:


a) SOCIOLINGUISTICS
b) SYNTAX (Grammar)
c) PHONETICS AND PHONOLOGY
d) SEMANTICS
e) PSYCHOLINGUISTICS
f) PRAGMATICS




12. Ini adalah 6 bidang utama linguistics. Sebenarnya ada banyak lagi subjek lain tetapi subjek lain itu agak baru sikit (new field of linguistics) macam written business comm, critical reading and writings, ESP (English for spesific purposes), Corpus Based Studies -- jadi aku explain benda-benda penting sahaja, okay.



13. WHAT IS SYNTAX?




-Kebiasannya, secara general kita panggil syntax sebagai 'word order' --


-sebenarnya, agak susah hendak explain syntax di sini sebab ianya agak technical, so untuk memudahkan readers, ini contoh yang kami buat syntax - dipanggil sebagai tree diagram





- Syntax ini berkaitan dengan grammar, dan kalau bercakap mengenai grammar, kita mesti sebut seorang giant dalam bidang ini iaitu Noam Chomsky


-Chomsky adalah giant dalam theory dia X Bar theory


-Dia cuba untuk mengkaji word order menggunakan kaedah mathematics, sebab dia ini mathematician


-Tapi setahu aku theory dia ni semua salah -- haha. Ada seorang prof dari UKM bagitahu depan muka aku, masa tu dia tanya aku belajar Chomsky ke. Aku angguk la ya. Teori dia salah kenapa orang follow lagi ek> haha.


-Pendapat aku? Ummm Syntax ni susah. haha. First time belajar memang ke laut. Minat itu perlu ada.


-Second time belajar, lah senang je syntax. Petuanya -- faham formula dia, boleh buat. Alah macam maths. Tapi bergantung pada cara lecturer mengajar juga.


-Sebab kadang-kadang aku tengok antara sebab utama budak tak faham syntax adalah lecturer tak tahu macam mana nak tackle soalan 'tak faham' pelajar.


-Sebab pelajar tak faham apa yang dia faham dan pelajar tak faham apa yang dia tak faham


-Masalah pula lecturer mengajar apa yang dia faham bukan mengajar apa yang budak tak faham


-Dan ini terjadi lah kepada diri aku sebab tu cuma dapat C+ je. wekk.






Mari aku terang bagaimana untuk faham. Aku terangkan dari bawah sekali.


-Lihat di atas. "S" bermaksud Sentence (bermaksud mewakili full sentence).


-Kemudian dibahagikan kepada dua pokok (tree / rumah) masing-masing iaitu "NP" mewakili (Noun phrase / frasa nama) dan "VP" mewakili (Verb phrase / frasa kerja).


-Perkataan 'the' itu tergolong dalam group yang dipanggil 'determiner' (sebarang perkataan the, a, an) itu dalam kelompok 'determiner' jadi dilabel dengan 'Det'.


-kemudian perkataan 'dog' itu adalah 'noun' jadi dilabel dengan 'N' & perkataan 'barked' itu adalah mewakili 'verb' jadi dilabel dengan 'V'.


-Jadi kerja kita selepas ini adalah perlu sambungkan perkataan 'the dog barked' --


-kita sambungkan 'the dog' dahulu, label kedua-duanya dan automatik akan menjadi NP.


-kemudian jangan lupa 'barked' -- 'barked' tak ada pasangan jadi labelkan 'V' dan terus sambung jadi VP. Kenapa VP? Sebab dia adalah verb phrase bukan noun phrase.


-kemudian sambungkan kedua-dua rumah itu NP & VP dan menjadilah 'S' iaitu Sentence.


-okay saya terangkan sedikit sahaja tak larat tulis panjang sangat sebab nak buat tree diagram perlu guna formula dia. contoh kalau 'V' bertemu 'S' perlu jadi VP dahulu tak boleh terus jadi sentence lain yang baru. Bermaksud kita tak boleh ada 'S' yang bertindih / double.


=contohnya, sila lihat bagaimana hendak menyambungkan ayat di atas  --


 'THE WOMAN THOUGHT & THE DOG BARKED'.




14) WHAT IS SOCIOLINGUISTICS?








-sociolinguistics adalah satu cara untuk kita mengkaji hubungan antara 'language and society'


- Ini maksud dia -- ... "a  contemporary research at the intersection of linguistics, sociology and social theory, social psychology and human communication studies" (Jaworski & Coupland)


-Sociolinguistics juga study mengenai


a) How individual ways of speaking reveal membership in social groups: working class versus middle class, urban versus rural, old versus young, female versus male.


b) How certain varieties and forms enjoy prestige, while others are stigmatized


c) Ongoing change in the forms and varieties of language, interrelationships between varieties


d) How speakers construct identities through discourse in interaction with one another


e) How speakers and listeners use language to define their relationship and establish the character and direction of their talk


ETC


-jadi, kerja seorang ahli sociolinguistik adalah :


"Sociolinguist describe how language works in society to better understand society, but also to investigate the social aspect of language to better understand its use, structure and development". 


*all these information are credited to my sociolinguistic lecturer for her previous semesters slideshows.


-Isu-isu besar dalam sociolingustics? Terbahagi pada dua iaitu -- Micro-sociolinguistics dan Macro sociolinguistics


Macro-sociolinguistics

i) Social aspects of language (Sociology of language)
What do societies do with their languages?

ii) Language contact and conflict

iii) Language shift and maintenance

iv) Language and identity

v) Code-switching (social aspects) ada juga code-mixing -- bahasa yang diguna bercampur2 eg rojak language. hey let's tapau from mamak / i dah try yesterday / semalam i call you you tak answer 


*footnote: I hate this kind of language mixing but I'm doing it also sometimes (hahaha), but normally people are inclined to mix their language use during conversation but whilst in a public situation they tend to switch back to normal whether to speak in fully BM / English. Kenapa ek?


vi) Language policy (related to National language issue e.g Bahasa Melayu in Malaysia)


Micro-sociolinguistics

i) Variation and dialectology

ii) Socio-phonology

iii) Socio-morphology

iv) Code-switching (linguistic aspects)

v) Pidgin and creole studies




15) WHAT IS PHONETICS AND PHONOLOGY?






-Ha.. ini adalah subjek favorite aku walaupun susah namateyy.  :P
-Dia perlukan minat. Tak minat, tak jalan.
-Subjek ini adalah hanya diambil oleh pelajar linguistics sahaja, wokay

-Begini cara belajarnya:


-PHONETICS & PHONOLOGY: BASIC CONCEPTS:
Phonetics & phonology are concerned with speech.


-PHONETICS - the study of production, perception and analysis of speech sounds.
Major branches of phonetics: (terbahagi kepada 3 iaitu):-

1. ARTICULATORY PHONETICS - dealing with the speech organs & their functions in the production of speech.

2. ACOUSTIC PHONETICS - dealing with the instrumental analysis and measurement of the physical properties of speech sounds.

3. AUDITORY PHONETICS - dealing with the perception of speech sounds.
PHONOLOGY


-PHONOLOGY - the study of the organisation of speech within specific languages or with the systems and patterns of sounds that occur in particular languages.

 (ini belajar pasal bunyi yang dihasilkan oleh manusia)



Kalau ada kawan bahasa kamu cakap nak kena fahal fonetik: inilah yang dia maksudkan. Kami kena hafal semua jenis bunyi yang dihasilkan dalam phonetic chart ini -- semua ahli bahasa menggunakan chart ini jadi ianya adalah global tak kira kamu bangsa apa pun. Kalau nak dengar setiap bunyi yang dihasilkan sila google IPA Phonetic Chart kemudian click pada simbol2 di atas.


-Aku nak bercerita di sini tetapi akan jadi terlalu panjang. Jadi aku terpaksa ambil yang intro sahaja


-Lebih dari ini, kami belajar bagaimana lung kita menghasilkan bunyi, bagaimana kedudukan lidah (tongue position), kedudukan gigi (teeth position) menghasilkan bunyi yang kita keluarkan dari mulut, alveolar ridge, palate, uvular (ini semua dipanggil speech organ) -- dan kita juga kena hafal semua kedudukan2 alat2 untuk bercakap (speech production) macam velum, pharynx, larynx -- (Inilah dipanggil sebagai anatomy and physiology of speech!)



-fuhh haa macam scientist kan. Memang pun. Kami kena tahu, bukan setakat tahu tapi kena pakar dalam anatomi mulut dalam mulut manusia dan paru-paru. Biasanya kalau di UK pelajar mereka ada pergi ke bilik simpanan untuk para phonetician untuk mengkaji / belajar mengenai ini secara lebih mendalam. Jadi, tengok mayat itu perkara biasa bagi mereka.




Kamu kena hafal semua sagittal diagram ini. Wajib hoii! Inilah kedudukan mulut manusia.





Tengok ini lagi satu contoh. Bilabial -- macam mana kita hendak tahu itu adalah diagram bialabial (bilabial terdiri daripa bunyi p & b -- jadi kedudukan bibir adalah tertutup ) macam mana hendak tahu itu adalah diagram alveolar (alveolar terdiri daripada f & v -- jadi kedudukan mulut sedikit terbuka)  -- dan bukan hanya itu sahaja, kena tahu kedudukan velum mereka, samada tertutup separuh atau terbuka semua, dll. Dalam exam biasa akan keluar soalan2 susah ini.  T_T















(kedua2 perkataan / ayat di atas adalah contoh perkataan yang telah ditranscribed (dipanggil phonetic transcriptions) kepada bahasa fonetik.

-Jadi, kami memang dilatih untuk tahu transcribe tersebut -- otherwise do not call yourself linguistic student! LOL !


-So, orang biasa memang tak boleh baca kalau kita linguist menulis sesuatu menggunakan bahasa fonetik (ceh nak tunjuk berlagak lah tuh heh heh heh!)




Contoh: The correct answer is 1 -- L (The letter L is silent) 


-jadi, kalau hendak mengajar budak2 bunyi English yang betul, cari phoneticians bukan cikgu TESL --  sebab phoneticians, they're the best (dalam bab ini). Teslian tak belajar ini ya, anak-anak. Kamu tanya dia, satu apa dia tak tahu. -- bukan sebab mereka tak bagus cuma mereka tidak belajar.



16)    WHAT IS PSYCHOLINGUISTICS?



--Okay, subjek ini adalah subjek favourite aku di USM, lecturer dia pun saya suka, Dr Alias yang sangat best, cool, steady, kelakar dan lembut sedikit heh heh heh.


--So, apa itu psycholinguistics?


-- Psycholinguistics is concerned with discovering the psychological processes by which humans acquire and use language.


-- The domain of psycholinguistics inquiry includes:
1. comprehension
2. speech production
3. acquisition

1.COMPREHENSION
How people understand spoken and written language.
(speech perception, lexical access, sentence processing, and discourse),

2.SPEECH PRODUCTION
How people produce language.
(speech errors, hesitation and pausal phenomena or speech disfluencies)

3.ACQUISITION
How people acquire language.
(developmental psycholinguistics, L1 and L2 acquisition -- Language 1 (bahasa ibunda), Language 2, bahasa kedua kita)


-- Kita bukan pula nak psycho linguistics ni tau! Hahah! Ini contoh di bawah yang saya belajar:


(i) Language and the brain!
di bawahnya kita belajar:

Parts of brain: Brochas' area, Wernick's area,  Angular gyrus, Brain lateralization and contralaterazation -- iaitu, bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan badan, dan begitu juga sebaliknya)   --sekadar menyebut beberapa contoh saja.



Ini adalah bahagian-bahagian otak yang perlu kamu student linguistic menghafal dia, fungsi dia, bila ada satu bahagian cedera, dia effect apakah? Atau akan jadi penyakit apakah pada kita? Samada Aphasia? Stuttering? Dyslexic? Tak tahu nama-nama ini, google lah ya anak-anak!




(ii) Language and animal (how animal perceive language)?


-- Hah, jangan ingat ya adik-adik haiwan tak ada bahasa. Adik-adik pernah terfikir, kalau haiwan bercakap, bermakna adakah dia ada bahasa dia sendiri? Kalau ada, adakah haiwan belajar bahasa seperti manusia? Adakah haiwan mempunyai keupayaan untuk berbahasa dan membina ayat lengkap seperti manusia?

-- Ya, ini adalah sangat saintifik. Banyak kajian mengenai haiwan dan bahasa telah dilakukan di barat, melibatkan burung kakak tua, Gorilla, Chimpanzee. Macam mana para scholar linguitic ini melakukan experiment kepada haiwan tersebut? Menggunakan sign language!



Koko the Gorilla, kes yang paling famous!




iii) The Human Auditory Mechanism

-- Ini bab kamu perlu hafal manusia punya structure dalam telinga, ini simple macam sains form5







iv) Speech errors

-- Speech errors ini adalah maknanya kesalahan/ralat dalam menyebut sesuatu perkataan, samada disebabkan penyakit, atau kecacatan.

-- Speech Errors/slips of tongue
Often called spoonerism. They provide indirect evidence for the units, stages and cognitive computations involved In speech production.  (copy paste dari notes aku, malas nak translate)


SEGMENTS –THE UNIT OF SPEECH PRODUCTION
Phonological errors in which single phonemic-sized segments are anticipated or
preserved.
In anticipation errors – sounds which will come later in the utterance
appropriately appear earlier than intended.
􀁺 e.g. a reading list - a leading list
box of flowers - blocks of flowers

In Perseveration errors – a sound produced early in the utterance reappears as an incorrect location later

􀁺 e.g. a phonological rule - a phonological fool
brake fluid - blake fruid



v) BRAIN DAMAGE AND SPEECH DISORDER


-- Bila otak damage, apa yang akan effect pada speech kita? Maka ini adalah di bawah topik kecil ini.


-- Juga dipanggil, Cognitive NeuroPsychology (CNP) – a subdiscipline of psychology.
The Basic aims of CNP are:

1. To explain the patterns of impaired and intact cognitive performance seen in the brain injured patients in terms of damage to one or more of the components of a theory or model of normal cognitive functioning.

2. To draw conclusions about normal, intact cognitive processes from the patterns of impaired and intact capabilities seen in brain injured patients. (Ellis & Young, 1988)

BRAIN DAMAGE
Some causes of brain damage:
a. Stroke
b. Trauma, tumors and hydrocephalus
c. Some diseases like multiple sclerosis.





Maka orang yang mempunyai masalah menyebut perkataan, mereka akan kita rujuk kepada pakar, iaitu dipanggil 'Speech Therapist'! 


Macam mana best tak? Saya hanya explain sikit sajalah, sebahagian yang adik-adik perlu tahu saja, yang subjek lain dalam linguistics ni saya rasa tak ada masa nak edit blog sebab saya sibuk sangat, so bila letih mulalah rasa malas nak update social media. So ini saja yang sempat saya edit dan update.






Selamat belajar linguistics!

Dari saya, bekas pelajar linguistics!




Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal