What is Plato's Theory of Forms?

Dear readers,
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.







1. Aku terasa aku patut share theory Plato. Sebabnya aku rasa, ia penting untuk orang yang tak pernah belajar falsafah, untuk tahu bahawa sebenarnya kita semua ini merely shadow saja. We are just merely shadow, my friend. Kita cuma bebayang.


2. Plato kemukakan theory dia iaitu theory of forms/ideas. Beliau kemukakan dua aspek - (1) universal form dan (2) particular form. Kenapa dia kemukakan theory ini? 


3. Pertama - apa yang dia maksudkan adalah tentang benda (form). Form ini macam semua perkara dalam dunia kita - benda hidup macam manusia, atau benda bukan hidup macam kerusi atau benda abstrak macam color atau garisan (line/circle). 


4. Form yang Plato maksudkan adalah (1) universal form dan (2) particular form. Iaitu bentuk univeral dan bentuk particular (spesifik). Macam mana nak faham dia?

5. Bentuk universal ini kalau kita nak faham macam archetype. Bentuk universal adalah macam 'model' bagi satu-satu bentuk itu sendiri. Contohnya, form kerusi. Universal form bagi kerusi adalah kerusi. Tapi particular form itu adalah segala jenis kerusi yang kita namakan di dunia ini - kerusi merah, biru, panjang, pendek, tinggi, lonjong, etc. So, kita ada dua - bentuk universal kerusi dan bentuk particular kerusi yang kita namakan ia dan berjenis-jenis di dunia kita. Contoh lain - macam manusia - kita ada form manusia iaitu form manusia yang universal, dan form manusia yang particular. Form manusia yang universal itulah yang merupakan archetype pada form manusia particular di dunia kita ini - eg. manusia gemuk, manusia kurus, manusia kulit gelap, kulit putih, manusia jahat, manusia baik. Nampak? Ia bersifat particular sebab kita mengelaskan ia pada beberapa jenis yang tertentu. 


6. Bagi Plato - Realm (dunia) yang universal itulah sebenarnya yang abadi, sejati, tak berubah, sempurna, tiada kecacatan, tiada kelemahan. Realm universal yang Plato maksudkan ini memang merupakan dimensi satu lagi, yang bukan dalam idea kita, ia dalam dimensi lain. Realm universal ini lah wujudnya juga yang Plato selalu sebut dalam buku dia, form of Beauty, Good, Justice, etc etc wujud dan tinggal. Ia berbentuk abstrak yang kita sendiri tak dapat 'pegang' ia, tapi kita tahu - ia wujud sebagai universal form. Soalan Plato - macam mana kita tahu kewujudan universal form ini? Mana dapat idea tentang ini? Plato cakap - melalui pengalaman-pengalaman kita dalam dunia kita lah, yang kita tinggal dalam dunia particular ini lah kita tahu bahawa sebenarnya universal form memang wujud. 


7. Jadi, Plato move further - dia tanya 'What is form itself'? Ia cuma reflection yang tak nyata. Kalau ia cuma projection daripada form yang sempurna, jadi form yang particular ini tak sempurnalah, iaitu cuma bayangan yang tak nyata. Bayangkan satu shadow, memandangkan ia hanya imitate, bermakna ia bukan form yang real kan? Sebab apa? Sebab ia form yang cuma merupakan projection/reflection. Dia bermaksud - segala form di dunia ini semuanya adalah bayangan. Bayangan yang tidak sempurna. Kita pun adalah termasuk dalam bayangan itu.


8. Di sini Plato fit kan theory dia, Plato's theory of cave tu - yang di dalamnya dia bagi analogi - bayangkan dalam sebuah gua - ada prisoners di dalamnya. Prisoner itu diikat kaki dan tangan, tak boleh bergerak. Tapi di belakangnya ada api. Dia membelakangkan api itu, jadi dia hanya dapat lihat reflection yang dibelakangnya akibat cahaya daripada api itu - tapi sebenarnya cuma lebih kurang dapat mengagak reflection itu secara berandai-andai saja. Dia cuma dapat tengok reflection, tapi yang benda nyata di belakangnya iaitu apa yang menyebabkan reflection itu - dia tak tahu.


9. Satu hari, salah satu prisoner terlepas - prisoner tu terlepas, dan dia tengok ke luar - cahaya matahari terkena mata dia- matanya pedih - dia tengok ohhh reflection yang daripada api itu bukanlah apa benda yang dia sangkakan bersama kawan-kawannya. Bila dia cuba nak masuk balik dalam gua menceritakan perkara sebenar, kawan dia tak percaya kepadanya, kawan dia cakap dia berbohong. 






10. Sebenarnya, macam itulah keadaan manusia yang hidup di dunia. Dia tak sedar bahawa apa yang dia lihat ini sebenarnya tak real. Kebahagian yang sekejap adalah kebahagiaan yang tak real, kerana ia bukan abadi. Kesenangan yang sekejap adalah kesenangan yang menipu kerana kesenangan itu tak abadi. Manusia pun begitu. Life manusia yang cuma sementara adalah life manusia yang tak real. Kita lah itu, sebenarnya metaphor bagi prisoner tu. Bila kita 'terikat' pada kebenaran dunia yang limited, kita akan sukar untuk keluar daripada gua plato tu. Kebenaran takkan sampai pada kita, seperti apa yang terjadi pada prisoner tu. Melainkan kalau kita dapat melepaskan diri kita daripada gua plato tu, macam salah seorang prisoner yang terlepas tu - kita akan tercerah dan kembali balik pada fitrah kita, kembali balik pada jiwa kita yang asal, kembali balik pada kebenaran.


11. Sebab itu, jangan hairan bila Plato kata - 'there are no perfect straight lines'. Sebab apa? Walaupun semua orang tak pernah tengok perfect circle secara 'jasad', nor a perfectly straight line, tapi semua orang tahu apa itu circle dan apa itu straight line. Memandangkan semua benda di dunia ini adalah semata-mata bayangan, bayangan yang tak sempurna, jadi semua benda termasuklah perfect straight line pun adalah sebenarnya 'less perfect'. Sebab ia cuma projection pada from straight line yang di dunia universal itu. So, plato gunakan evidence ini untuk buktikan bahawa theory of forms dia itu real, bukan saja imaginasi whatsoever.


12. Dan theory of forms plato inilah yang mana dia develop terus idea tentang philosopher-king dia tu. Pelajar political science atau falsafah politik mesti dia boleh relate kenapa ada theory of philosopher king. Philosopher king ini macam form/model contoh yang paling baik/ideal bagi semua jenis pemerintah particular yang wujud di dunia. Bagi Plato, philosopher-king adalah archetype yang paling ideal atau contoh bagi model pemerintah yang paling baik. Dan Plato juga senaraikan list beberapa characteristics calon pemerintah yang fit dengan philosopher-king ini. Philosopher-king ini yang mempunyai hikmah, kebijaksanaan.


13. Orang yang mempunyai kebijaksanaan adalah berbeza dengan orang yang pandai dalam exam whatsoever. Bijaksana ini atau hikmah mempunyai satu level lebih tinggi daripada orang-orang yang cuma pandai/genius. Sebab itu, orang yang berilmu, tak semestinya dia berhikmah, tetapi orang yang berhikmah, pasti dia berilmu. So, ciri berhikmah ini - memang tak semua orang boleh possess. Sebab itu, tak semua orang fit untuk jadi philosopher-king.


14. Plato sampai cakap : "forms are the purest representation of all things". 


15. Nanti aku explain kaitan form plato ini, dengan theory of knowledge dia, iaitu dipanggil 'the divided line'. 









Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?