Shurga & Neraka Itu Di Sini!

 Dear readers. 

Salam. 


1. Hai. Hari yang memenatkan tetapi enjoy saja penat itu. 



2. Saya terbaca tadi tentang syurga dan neraka manusia. 



3. Saya berasa sepanjang kehidupan saya di dunia ini selama 29 tahun, setiap minit dan setiap saat, fokus syurga dan neraka adalah elemen yang banyak pengaruhi keputusan keputusan saya dalam hidup. 



4. Tanpa saya sedari, masyarakat yang mengajarkan adanya konsep syurga dan neraka secara literal banyak membuatkan manusia berasa anxiety. 



5. Bukan orang lain, tidak lah tahu, tetapi diri saya. 



6. Saya melihat tafsiran syurga dan neraka ini sebenarnya tidak boleh diambil secara literal. 



7. Bagaimana saya tahu, adalah kerana saya telah berjaya jumpa secara tidak sengaja dengan seorang yang kelihatan biasa sahaja tetapi ilmunya banyak. 



8. Syurga dan neraka sebenarnya sudah kita alami di sini, iaitu di dunia ini juga. 



9. Syurga dan neraka, ada wujud dalam diri kita dan kita merasainya. 



10. Bagaimana? Kurang lebih, syurga adalah perasaan best, enak, dan menikmatkan. Neraka adalah perasaan amarah, sedih, dan berdendam yang kita rasa di dalam diri kita. 



11. Mulanya saya tidak percaya. Saya cuma mendengar uncle saya cakap tu. 



12. Tetapi apabila saya menyelak perbincangan kiyai lainnya, dan juga mistik Hindu, perbincangan yang sama juga begitu. 



Iaitu, perasan best dan bahagia sebenarnya adalah syurga yang telah kita rasa di dalam diri kita. 



Dan begitu sebaliknya. 



12.  Lalu soalan saya, bagaimanakah pula dengan pengadilan manusia? 



13. Pengadilan manusia sudah kita lalui sendiri, dan kita adilkan sendiri, malah kita putuskan sendiri. 



14. Contohnya: 


Syurga dan neraka di sini, kita dah buat dan dah alaminya. Dan sebenarnya kita sendiri yang menghakiminya. Iaitu penghakiman rohani dalam diri kita.


15. Contohnya: 


Bila kecewa manusia akan marah, pukul, ada yang bunuh diri, ada yang merajuk menghilangkan diri dan sebagainya. Ada yang ambil tindakan undang undang sesebuah negara, bergantung kepada penghakiman rohani masing-masing.



16. Uncle saya memang betul: semuanya adalah di sini. Jadi nikmatinya di sini dan hari ini. 



17. Sejak saya belajar dengan uncle, saya rasa ia mengubat sedikit perasaan anxiety yang wujud di dalam diri saya. 



18. Juga perasaan ketidaksenangan dan perasaan kekecewaan, kegusaran, kesedihan malah kerencaman perasaan manusia normal. 



19. Saya jadi lebih relax dan cool. Apa apa yang saya alami, saya lebih belajar untuk cool dan tidak ada perasaan negatif yang dominant lagi di dalam diri. 



20. Kekusutan hidup sebenarnya diangkat pada saya apabila konsep syurga dan neraka telah saya memahaminya. 



21. Saya tidak tahu kepada orang lain tetapi ini lah perkara yang terjadi kepada saya. 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?