Kaunseling & sabar.

Dear readers. 

Salam. 


1. Bersabar sahaja tanpa berusaha untuk memperbaiki keadaan yang memang sudah sedia ada buruk dan toxic adalah sangat red flag. 


2. Ia tidak memperbaiki keadaan sedia ada, tidak pula mengajar manusia untuk wake up dan lihatlah dunia ini indah dan masih ada harapan di hujungnya, kerana bersabar saja selalu dituntut dalam pemahaman ugama orang kita. 


3. Bahagian yang Tuhan kata Tuhan tidak mengubah nasib manusia melainkan mereka sendiri mula berbuat demikian tidak dilihat oleh orang orang kita. 


4. Beza orang barat takdenya pesanan pesanan ugama suruh bersabar macam tunggul kayu, itu sebab mereka lebih advance, ada masalah, tak malu pergi kaunseling, dan bermacam macam kaunselor laku di sana, kaunselor kanak kanak, kaunselor sekolah, kaunselor perkahwinan, dan sehinggakan kerjaya psychologist kanak kanak sentiasa diperakui dan ada skop dan demand kerjayanya. 


5. Tidak lah berlaku secara besar besaran di negara kita. 


6. Hence, selalu kita tengok dalam movie pun, kalau watak tu ada masalah, mesti pergi jumpa kaunselor. 


7. Mereka tak ada satu kerangka ugama yang macam kita, yang dibaca sekerat sekerat dan difahami sekerat sekerat. 


Sebenar ramai orang yang hanya tahu ugama tetapi tidak memahami pesanan pesanan ugamanya.


8. Inilah menyebabkan pemikiran masyarakat masih mundur, tadah saja masalah, solusinya hanya bersabar. 


9. Selalu begini mangsanya perempuan, sebab perempuan selalu disuruh bersabar.


10. Pesanan bersabar seperti yang dituntut dalam ugama kita memang sudah sedia ada aman dan damai. 


11. Bersabar adalah satu encouragement yang sangat dituntut. 


12. Bersabar juga mengajar manusia untuk mengawal emosi dan tingkah laku di luar jangka. 


13. Bersabar juga membuatkan manusia sentiasa in check perlakuan masing masing. 


14. Setiap manusia akan mengeluarkan topeng topeng diri masing masing, di hadapan orang A, sikapnya berkasar, di hadapan orang B, sikapnya boleh ditahan tahan, malah boleh pula bersabar. 


15. Bersabar, harus juga ada tindakan dan solusi. Kerana itu dalam apa pun kehidupan, teori dan pesanan pesanan kefalsafahan, keugamaan, harus dituntut bersamanya jalan praktikalitinya. 


16. Bersabar, bermakna ada solusi dan tindakan bagaimana untuk memperbaik kehidupan. 


17. Hidup di dunia adalah syurga dan neraka masing masing.


18. Maka itu, pilihlah kesabaran yang bersifat rational. 


19. Sebab ada sabar, yang membawa pada neraka (akibat tiada tindakan), dan ada sabar, yang membawa kepada shurga (akibat adanya tindakan). 


Khalas.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?