Filem Mat Kilau (2022)

Dear readers. 

Salam. 


1. Filem Mat Kilau (2022) tak best. Gagal dari segi sejarah. Prop pun tak memuaskan. 


2. Filem ini try hard untuk impose ideology conservative Malay Muslim centric, katanya dapat dana dari ISMA, sebuah NGO ketuanan Melayu. 


3. Dialog dalam filem paling boring, mendatar, mengantuk. 


4. Nak buat biopic, belajar dari Spike Lee, sebagaimana dia bikin filem Malcolm X. 


5. Atau biopics dari Indonesia seperti Kartini, Wiji Thukul, Kyai Haji Hasyim Asyaari, Kyai Ahmad Dahlan dan sebagainya.


6. Ini bukan filem Mat Kilau per se tetapi filem fantasi pendekar Melayu aliran konservatif yang masyarakat dia dah pandai guna istilah "korang" bertempik depan orang putih British.


7. Efek tumbuk macam filem action Tamil.


8. Dia bikin orang kurang mahir sejarah Alam Nusantara menonton filem ini pikir Melayu hanya jenis serbu kedai runcit jual Arak dan bergaduh dengan pekerja Melayu Muslim yang jual Arak dikedai runcit atas alasan dakwah dan hukum halal haram yang sempit, atau jenis suka ulang naratif sesat 13 Mei, parang terbang, pakai tanjak tengkolok bertakbir hidup Melayu, salahkan cina dan India.


9. Dia lupa sejak merdeka elit Melayu yang berkuasa, tapi India Cina yang tak berkuasa disalahkan juga.


10. Dia lupa nenek moyang Melayu ada Hindu Buddha, Kristian, Pagan, sekarang pun ada Melayu Atheist. Melayu dulu kosmopolitan.


11. Dia lupa Tunku Abdul Rahman sendiri penggemar Arak.


12. Mat Kilau (2022) adalah filem propaganda konservatif ketuanan Melayu. Tak sesuai untuk sebuah filem Malaysia majmuk.


13. Filem ini reactionary, emosi dan tidak mesra anak bangsa Malaysia majmuk.


14. Terlalu romantisme  yang bukan-bukan. 


15. Tetapi jelas sekadar menjadi filem untuk market profit semata.


16. Dunia sudah masuk masalah neocolonialism dan neoliberalism, dan masih berkeliaran kapitalis Melayu, sedar tak?


17. Filem begini laku kerana bermain sentimen bangsa dan agama yang ditafsir secara jumud.


18. Majoriti Melayu Muslim, memang gemar (berkat dibonsaikan otak oleh politikus elit Melayu). 


19. Filem begini banyak mudarat dari sudut ideology dan sejarah, kerana tidak patriotic, tidak menepati objektif dan prinsip rukun Negara yang demokratik, liberal dan progresif.


20. Cukup filem Mat Kilau ini dilayan sebagai buang masa kosong.


Aku bagi 2 bintang per 10 (2/10)


1 bintang untuk Yayan Ruhian

1 bintang lagi sebab kawan belanja tiket


Bacaan lanjut:


1. Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden (Edisi Baru) (2014)

oleh Shaharuddin Maaruf 


2. Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis oleh Shaharuddin Maaruf


3. Intelektual Masyarakat Membangun oleh Syed Hussein Alatas


4. Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini oleh Azhar Ibrahim



Credit: Alip Moose!


5. The Malay Labourer: By the Window of Capitalism oleh Wan Zawawi Ibrahim 


6. What Your Teacher Didn't Tell You: The Annexe Lectures (2009) oleh Farish A. Noor 


Gambar: 3 July

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?