Bahana toxic masculinity.

 Dear readers.

Salam.


Isu isteri pukul suami sehingga maut. 


1. Pelakunya, positive meth dan amphetamine, ada rekod dadah dan jenayah mendatangkan kecederaan. Pernah kena tangkap dengan polis dah sebelum ni. 


2. Saya tak pasti kenapa suami dia a.k.a mangsa masih bersama dengan dia juga. Mungkin sebab anak-anak, memandangkan mereka ada 2 orang anak bersama. Mungkin sebab sukar nak bercerai, kena banyak guna duit. 


3. Mungkin sebab toxic masulinity, yang mana dah jadi budaya di mana lelaki tidak boleh dilihat sebagai lemah. 


4. Atau mungkin ada pelbagai 1001 sebab kenapa mangsa kekal memilih bersama dengan pelaku. 


5. Kes ini mengingatkan saya kepada satu dokumentari "Abused by My Girlfriend". 


6. Kisah benar seorang lelaki bernama Alex Skeel yang didera oleh teman wanitanya Jordan Worth. 


7. Alex bukan sahaja didera secara fizikal, malahan juga secara mental. Jordan merupakan WANITA PERTAMA yang disabitkan bersalah atas dakwaan keganasan domestik di United Kingdom. 


8. Masih jelas lagi dalam kotak fikiran saya akan video rakaman kamera badan pihak polis yang datang ke rumah mereka dan mendapati betapa teruknya keadaan Alex pada waktu itu. Beliau hampir mati. 


9. Apa yang menyelamatkan Alex pada waktu itu?? Sikap jaga tepi kain jiran tetangga, yang melaporkan kepada pihak polis akan kekecohan pergaduhan di rumah mereka serta yang paling utama adalah sikap "attentive"  pegawai polis yang bertindakbalas terhadap laporan jiran tersebut. 


10. Pegawai polis yang hadir pada ketika itu dapat "membaca" sesuatu yang tidak kena terhadap pasangan berkenaan. 


11. Sekalipun Alex berkali-kali menafikan bahawa beliau didera, namun, pegawai polis berkenaan memujuk Alex berulang kali, sedaya upaya meyakinkan Alex untuk berkata benar. 


12. Sehingga akhirnya Alex mengalah, dan menceritakan semua apa yang terjadi. 


Teman wanitanya menerima hukuman penjara atas perbuatan tersebut.


13. Kisah Alex Skeel didokumentarikan dan beliau kini menjadi salah seorang penceramah dan pejuang advokasi terhadap kes keganasan domestik di kalangan lelaki. 


14. Lelaki sering dimomokkan dengan budaya perlu tunjuk kuat, macho, jangan mengalah walau apa pun terjadi. 


15. Ini amat menyukarkan keadaan apabila mereka didera oleh pasangan. 


16. Feminisme yang sebenarnya amat menitikberatkan akan kesamarataan gender di mana lelaki mahupun wanita perlu berasa selamat dan selesa serta tidak menindas antara satu sama lain. 


16. Perjuangan menghapuskan budaya toxic masculinity juga adalah salah satu perjuangan yang didokong oleh gerakan feminisme di mana lelaki perlu dididik untuk tidak malu dan segan untuk menyatakan kelemahan mereka serta masyarakat tidak seharusnya meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap lelaki. 


17. Kerana dalam ideologi feminisme, lelaki dan wanita itu adalah setara, sama. Jika lelaki punya ego, wanita juga ada. 


18. Jika wanita punya kelemahan emosi, lelaki juga sama. Berhentilah meletakkan beban tanggungjawab sepenuhnya ke atas pundak lelaki. 


Para wanita pula, berhentilah menjadi manipulator dalam mengawal emosi lelaki. 


19. Bak kata pepatah omputeh, "treat people the way you want to be treated". Layanlah orang lain sepertimana anda mahu dilayan. 


20. Sebagai wanita, jika anda mahukan pasangan melayani anda dengan hormat, maka berikanlah penghormatan juga padanya. 


21. Balik semula kepada makna asal ideologi feminisme itu sendiri, yakni kesamarataan hak dalam gender. 


22. Tiada lebih, tiada kurang. Kerana itu juga lah, antara perkara yang saya tentang dalam isu perkahwinan adalah hantaran dan tanggungjawab nafkah yang diletakkan sepenuhnya ke atas lelaki, kerana kedua perkara ini, bagi saya, adalah berlawanan dengan ideologi kesamarataan hak dalam gender yang saya pegang. 


23. Ya, mungkin akan ada yang melawan pegangan aku ini menggunakan hujah agama. 


24. Sesungguhnya, saya memang bangga dengan kebangkitan ideologi feminisme pada hari ini. 


25. Di mana rata-rata wanita sudah mulai celik dengan hak mereka. Namun, dalam masa yang sama saya juga agak kecewa bilamana ada yang menunggang ideologi tersebut untuk memanipulasi keadaan sekeliling. 


26. Perjuangan untuk memberi hak sama rata gender masih lagi panjang. Dalam kita melaungkam kebebasan untuk para wanita, janganlah sampai ke tahap memijak kaum lelaki. 


27. Benar, wanita sudah lama ditekan dan ditindas. Justeru, tidak adil jika kita pula yang menjadi penindas. 


28. Bilamana kita sudah rasa menjadi mangsa, seharusnya kita berjuang supaya tiada siapa lagi menjadi mangsa, baik wanita mahupun lelaki. 


29. Bilamana kita sudah pernah merasa peritnya ditindas, kita tidak seharusnya mengharapkan para lelaki pula merasakan bagaimana hidup ditindas. 


30. Kita bukannya hidup dalam masa silam. Kita sedang bergerak progresif ke hadapan untuk masa depan yang lebih baik untuk semua pihak. Sikap berdendam dan "padan muka" terhadap kaum gender berbeza perlu dihapuskan. 


31. Fikirkan semula, apakah jenis dunia yang kita mahu tinggalkan pada generasi akan datang? 


32. Adakah kita mahukan anak gadis kita menjadi berkuasa sehingga mengulang semula sejarah patriarchy tapi dalam bentuk matriarchy? 


33. Persoalan keadilan gender seperti manakah yang kita semua mahukan? 


Saya tinggalkan untuk anda semua memikirkan jawapannya.


Credit post: Akak Maizun Mastura.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?