Plotinus: The Origin of Being.

Dear readers assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Hari ini aku terasa rajin lagi. Ha! ha!


2. Tetapi dalam masa yang sama aku juga risau fikirkan results exam ni. haah


3. Entry hari ini, aku ingin cerita mengenai 'the origin of being'. Asal usul sesuatu. Dari mana segala benda yang banyak dan pelbagai ini datang?


4. Nanti orang kata. Datangnya daripada Tuhan.


5. Iya, tapi cuba fikir balik. Kita semua dan segala ciptaan datang dari Tuhan, tetapi bagaimana. Bagaimana ia berlaku?


6. Ada seorang ahli falsafah yunani yang hidup selepas zaman Plato iaitu Plotinus. Plotinus sangat terkenal dengan bukunya 'The Enneads'.



Plotinus. Garang juga muka dia!





--> Secara ringkas, Plotinus adalah ahli falsafah pertama yang mengajukan Teori Penciptaan Alam Semesta. Ia mengajukan sebuah Teori Emanasi -- sebuah teori yang banyak dipakai oleh ahli falsafah Islam. Teori tersebut merupakan sebuah jawapan dari pertanyaan Thales kira-kira lapan abad sebelumnya; "apakah bahan alam semesta ini?"

--> Plotinus menjawab : "Bahannya adalah Tuhan". Falsafah Plotinus kebanyakan bersifat mistik, bahkan pendapatnya falsafah adalah bertujuan untuk pemahaman mistik. Secara umum Plotinus disebut Plotinisme atau Neo-Platonisme karena ajaran Plotinus berkaitan dengan ajaran Plato. Falsafah Platonisme bersifat teosentris, yang terkenal dengan konsepnya iaitu metafizik atau transcendent (beyond). Konsep transcendent meyakini dengan adanya tiga realiti iaitu:

1. The One/ Tuhan
2. The Mind/ ide-ide objek
3. The Soul/ satu jiwa dunia dan banyak dunia-dunia kecil


7. Plotinus pernah bertanya :


''From the One (God), how did the many comes out?''



8. Maksud dia, daripada Yang Satu ini, mana datangnya yang banyak ini? Bagaimana yang banyak ini, yang pelbagai ini, (makhluk yang pelbagai ini) datang?


9. Soalan ini aku baca masa aku mula mula belajar falsafah, tapi masa ni aku tak belajar lagi dan aku baca pun aku satu habuk tak faham. Mungkin ini advance study. Aku tahu mereka ada bincang pasal masalah Yang Satu dengan yang banyak. 'The problem of The One and The Many'.


10. Perbincangan mengenai masalah ini, sudah banyak diperdebatkan.


11. Soalan Plotinus – From The One, can only be One? Dari Satu, hanya boleh menjadi Satu?


12. Sebab apa? Sebab dalam Tuhan tidak boleh ada langsung ada benih-benih kepelbagaian, jamak – tidak boleh.



13. Sebab itu kita tidak boleh kata “yang banyak itu datang daripada mana?”  



14. Apabila satu – bermakna tidak boleh dipecahkan, sebab kalau boleh dipecahkan bermakna ianya bukanlah satu lagi dah. Sebab satu itu bermakna tidak boleh dibahagikan.



15. Dan Tuhan itu, Dia adalah hakikat (it is being, pure being), wujud. Dia “tidak ada proses menjadi”. Dia sudah ada.



16. Tidak ada daripada asal Dia itu tidak ada, kemudian Dia ada. Tidak.



17. Inilah proses yang dipanggil “the divine creation”. = kewujudan Ilahi.

(kita tidak panggil “penciptaaan Ilahi sebab bunyinya macam “tuhan itu diwujudkan oleh sesuatu”)


18. Sebab yang menjadikannya, ialah cinta (rahmah).



19. Apakah asas segala ciptaan?


a) knowledge (pengetahuan yang diketahui)
b) being
c) cinta  








20. Proses ciptaan ini adalah apabila wujud benda dan wujud itu adalah 'intellection.' Wujud maksudnya Tuhan. 



21. Apa itu Intellection? 



22. Prinsip “intellection”

Ianya merujuk kepada Tuhan, yang juga dikenali sebagai “the act of knowing the intellect”. Segala-segala ciptaan di dunia ini terjadi daripada “the act of knowing”. Dan asal ciptaan ialah 'knowledge'. 


23. Knowledge + Being 

Keduanya adalah konsep penting. Apabila Tuhan tahu sesuatu itu wujud, Dia mewujudkannya; dan Dia tidak perlu melalui proses potentiality kepada actuality. Dia sudah sedia tahu, jadi bermakna ilmunya/pengetahuannya adalah actuality.

Contohnya: Dia tidak seperti manusia, yang jika manusia ingin mencipta sesuatu / mempelajari sesuatu, manusia perlu melalui proses “potentiality” barulah dia dapat “acquire” the knowledge – actuality. 


Jadi, manusia melalui proses-proses pembelajaran tersebut untuk mengetahui. Kenapa perlu melalui proses-proses? Sebab manusia hidup dalam ruang, masa dan jisim. 



24. Wajib al-wujud (hanya 1) – daripada One Necessary Being, hanya satu sahaja yang diwujudkannya, iaitu “the First Intellect” - 

-ini menjawab persoalan permasalahan “from one to many''. Jawapannya bukan one to many. Tapi one to one. Hanya satu sahaja yang diwujudkan / dicipta iaitu “the First intellection”.


25. Wajib al-wujud (Tuhan) --> akan mewujudkan the First Intellect --> the 1st intellect juga dipanggil 'al-aql al-awwal', kemudian dibawa oleh malaikat jibrail bagi akal ke-10 – the 10th intellect (the supreme arch angel – malaikat yang paling hampir dengan Tuhan).  



26. Yang aku baca, dalam penciptaan semua benda di dunia ini, kita ada daripada akal yang 1 sehinga ke 10. Akal yang ke-10 juga dikenali sebagai Malaikat Jibrail - the archangel. 



27. Al-aql al-awwal ini, apabila dia melihat kepada penciptanya, bahawa wajibul wujud ini, (Allah) tidak memerlukan penyebab untuk wujud, dan apabila dia melihat pada dirinya pula, dia akan lihat bahawa wujud ini menjadikan dia wajib. Atau kata lain, dia daripada kewujudan mumkin, Tuhan menjadikan dia kewujudan wajib untuk dia wujud (the first intellect are made eternal).



28. Al-aql al-awwal ini, apabila dia melihat kepada Penciptanya, dia tahu bahawa

a) Dia (Allah) adalah wajibul wujud
b) Lihat kepada dirinya, dia juga diwajibkan wujud
c) Dan dia juga lihat bahawa dia adalah juga diciptakan (makhluk). J
uga sedar bahawa kewujudan wajib dia itu dianugerahkan kepadanya.



29. Semua ciptaan kita boleh kata dia adalah mumkin al-wujud (wujud mungkin), iaitu kewujudannya cuma bersifat mungkin, ia tidak menjadi satu yang wajib diwujudkan.



30. First intellect ini bukan fana'. Fana' bermaksud macam manusia, yg ibarat wujud yang tidak wujud. (wujud yg tidak memiliki kewujudan). 



31. First intellect ini, dalam dirinya, dia adalah juga makhluk. Ia adalah kewujudan mumkin, tetapi diwajibkan kewujudannya oleh Allah. Itulah yang diberikan dan juga ilmu yang diberikan kepadanya.



32. Pada asasnya adalah, apabila Tuhan ketahui, Dia wujudkannya. Apa-apa yang diwujudkannya, inilah yang menzahirkan pengetahuanNya.



33. Makhluk ciptaanNya boleh difahami sebagai: 


a) Penganugerahan kewujudan yang sebenarnya akibat pengetahuan Tuhan
b) Menzahirkan pengetahuan Tuhan tentang diriNya 



34. Pada konteks metafizik – dua perkara dia atas adalah satu gabungan. Apa yang Tuhan ketahui, Tuhan wujudkan. Jadi – ini memberitahu bahawa cantuman antara wujud dan ilmu (knowledge + being) berkait rapat.



35. Untuk manusia, ilmu memainkan peranan yang penting, sebab apa yang dia ketahui, itulah kewujudan dirinya. 





Tengok ni, albert einstein pun tahu kenapa experience itu penting. Sebab wisdom itu daripada experience. Orang yang  berilmu tidak semestinya berhikmah, tetapi yang berhikmah mesti berilmu. 



36. Dari awal lagi, ilmu dan kewujudan (knowledge + being) itu bersama, tidak dapat dipisahkan (mengikut cosmology ibn sina).



37. Tentang Al-aql Al-Awwal, ia makhluk yang berilmu; secara fitrah ia bukan berjisim dan bukan nafs. 



38. Okay sekarang ingin cerita mengenai tingkat tingkat yang ada pada intellect dan soul. 



39. Formula untuk faham :

Being --->Intellection mewujudkan (First intellect) 


Dari 1st intellect, akan mewujudkan :  



Second intellect
-Soul of the First Heaven
-Body of the First Heaven



(ini dipanggil the three Dimension of knowledge)



Dari 2nd intellect, lahirnya:



Third Intellect
-Soul of the Second Heaven
-Body of the Second Heaven



Dari 3rd intellect, lahirnya : 



Fourth Intelllect 

-Soul of the Third Heaven
-Body of the Third Heaven



 Dari 4th intellect, lahirnya :



Fifth Intellect
-Soulf of the Fourth Heaven
-Body of the Fourth Heaven



Dari 5th intellect, lahirnya :



 Sixth Intellect 

-Soul of the Fifth Heaven
-Body of the Fifth Heaven



Dan begitu seterusnya, sampai kepada --> 10th intellect 


# setiap intellect di atas kurang satu sebab yang the first intellect tidak ada body dan soul.



40. 10th intellect 

-Soul of the Nineth Heaven
-Body of the Nineth Heaven (juga dipanggil Moon)   



41. Moon” inilah yang paling hampir dengan kita. (dunia kita) bawah kepada moon ini, kita sudah masuk kepada alam fana', iaitu dunia ini ( the world of generation and corruption – dunia yang akan mengalami proses matang dan mati). 



42. Pada tahap substance yang telah mengurai itu, (intellect yang telah terbahagi itu) apa yang boleh terbit bukanlah intellect lagi, tetapi alam fana' ini. 



43. Kita tinggal di 'sublunary moon'. (bermaksud bawah daripada bulan, sama juga contohnya macam subzero , bawah daripada zero), maknanya dunia di bawah bulan, alam nyata ini di mana manusia tinggal - 10th intellect lah yang paling hampir kepada alam manusia.



44. Dan 10th intellect disamakan dengan Malaikat Jibrail – kerana malaikat jibrail yg paling hampir dengan manusia (menyampaikan wahyu / memberi ilmu pencerahan). 


Daripada dialah “yang banyak” ini wujud.



45. 10th intellect ini, dialah pemberi form setiap benda – daripada 10th intellect ini dia memberi form pada benda (bentuk pada benda). 



46. Apabila form itu meninggal (cth manusia), form itu diberi kembali kepada 10th intellect 

eg. Penukaran itu berlaku pada bentuk. Dan bentuk-bentuk itu semuanya di bawah 10th intellect. Itulah tugas 10th intellect. 


47.  Tugas kedua 10th intellect – juga bertanggungjawab terhadap pencerahan ilmu kepada manusia. eg. Ilmu makrifatullah, ilmu kasyaf, etc



48. Apabila manusia mengenali benda, dia boleh “kenal benda bentuk daripada benda. i.e. “Bentuk kuda” adalah universal, bukan particular. Bentuk kuda itu adalah satu, yang banyak adalah yg kita namakan di dunia ini, kita panggil particular (khusus) - benda umum dan benda khusus. 



49. Benda umum dan benda khusus ada dalam teori ilmu plato. Hebat kan plato. 



50. Manusia boleh memisahkan bentuk dengan matter. Sebab itu pemikiran manusia boleh diabstrakkan. 


e.g meja yang diperbuat daripada kayu. Matternya adalah daripada kayu. Tetapi manusia juga boleh berfikir untuk menukarkan matternya daripada kayu, kepada besi, atau batu, - oleh sebab itu manusia boleh cipta meja daripada batu atau meja daripada besi.



51. Dalam pemikiran manusia, berbentuk mental / abstrak. Kenapa? 



52. Sebab dalam semua benda di dunia ini ada form dan matter, dan pemikiran manusia dapat membezakan form + matter. 



53. 10th intellect ini, sebenarnya adalah pengetahuan / ilmu tentang “form”. Daripada “form” diberi “jisim”nya.



54. Dan manusia, dengan akal manusia, dapat memisahkan antara form dan matter. 



55. Plato – bagi plato, form adalah universal. Bukan particular. (khusus).

Contoh : kuda. Apabila kuda dicipta, hanya ada satu “bentuk” kuda.


56.  Tetapi, “bentuk yang satu” itu, diberi pengkhususan kepadanya oleh kita.

e.g manusia mengelaskan berjenis-jenis spesies kuda


57. Di sini – Ibn Sina sealiran dengan Plato. (mengenai pendapatnya tentang form ini)



58. Dalam erti kata lain, untuk manusia mengetahui, memerlukan pencerahan daripada 10th intellect. 



59. 10th intellect 


a)Diberi keupayaan untuk mencipta, diberi bentuk-bentuk untuk mencipta dari jisimnya untuk dijadikan benda-benda khusus (benda-benda yang banyak ini di dunia kita) 


b)Diberi tugas untuk memberi pencerahan akal manusia untuk mengetahui benda-benda seperti form. Dia menyampaikan risalah yang diberi oleh Tuhan. e.g ilmu kasyaf, ilmu makrifatullah, ilmu imaginasi, kerana itu adalah keupayaan yang diberi oleh Allah kepada Malaikat Jibrail 



60. Tetapi, dalam falsafah Yunani, tidak disebut Malaikat. Dalam Islam ada rukun Iman – beriman kepada Malaikat. Itu sebab Ibn SIna ubahsuai sikit mengikut acuan Islam. Asasnya dah betul tapi kena disesuaikan sikit agar tidak terpesong dari ajaran Islam. 



61. Plotinus – The Enneads (bukunya yang penting) 

-plotinus diarabkan namanya menjadi “Al-Sheikh Al-Yunani
-Manakala Plato (Aflatun Al-Iahi / The Divine Plato)

-bukan sengaja ahli-ahli falsafah Islam memberi nama sedemikian. Ianya adalah pengiktirafan dan penghargaan. Plato mendapat pencerahan akal daripada Tuhan. Orang-orang islam tidak akan mudah memberi gelaran 'al-ilahi' kecuali bagi mereka yang benar-benar mendapat pencerahan. 


Itu sebab aku rasa kenapalah plato ni hebat sangat dan jauh dari sudut hati aku ada kebenaran dalam diri dia walaupun dia bukan Islam. 



62. Dalam Ibn Sina, berbeza dengan metafizik yunani ini, oleh kerana Ibn Sina mewujudkan konsep “wahdatul wujud” - ibn sina dapat membuktikan bahawa semua makhluk adalah wujud mumkin. Tiad kemestian pada makhluk (makhluk tiada kemestian untuk wujud)



63. Inilah perbezaan antara falsafah ibn sina dan falsafah yunani – iaitu konsep wujudnya



64. Ciptaan ini adalah hasil daripada pilihan Tuhan. 



65. Tuhan mencipta bukan kerana dia mesti mencipta, tetapi dia memilih untuk mencipta.



66. Semua yang wujud ini menzahirkan pengetahuan Tuhan, tetapi bagaimana kita ketahui adalah berbeza dengan apa yang Tuhan ketahui. 



67. When something is being created, it has its own form and matter, and that's why it is the result of Jibrail giving the form on the body. 



68. Malaikat Jibrail gives existence – in the sublunary world 

-Ibn Sina menggelarnya – the giver of form (wahid of suwar)
-universal also exist in angel's mind
-immaterial form + combine with matter
-when the body dies, the form + matter are separated
-the form + matter are the form of creation, and also illumination
-diubahsuai dengan Ibn Sina – daripada plotinus untuk selaras dengan Islam 



69. Berbeza dengan falsafah yunani, Ibn Sina akan membuat perbezaan yang sangat besar antara Tuhan yang tanzih dengan makhluk

-the proses generation of the universe are called effusion (faid)
-proses penciptaan ini diberikan kiasan :
matahari (God) ---> sinaran matahari (creatures)





 
 The Relation Between God and Its Creation?

-> perbezaan itu mesti kekal, tiada lagi yang sama seperti Dia  




Tuhan (matahari)      ------------->   makhluk (rays)



-sinaran itu bukan matahari, tetapi dari satu aspek sinaran itu bukan selain daripada matahari
-tetapi sinaran itu berbeza daripada matahari
-atau dalam erti kata lain – sun is sun. Universe is universe. Sun cannot be universe, universe cannot be like sun


-the creation is God, but the creation is not God either
-the rays of the sun, are not the sun itself but there are nothing than the sun
-maksud limpahan : the sun cannot not rays its shine. If not, we cannot be existed. We need Him to be existed. 



70. Dari satu segi – matahari menjadi simbol kepada kemurahan Tuhan. Jadi, kiasan matahari memberi gambaran kepada manusia akan sifat-sifatNya. 



71. Masa aku belajar ni, lecturer aku cakap ada masalah dari segi pemahaman tentang konsep wahdatul wujud. Dan tak salah aku ustaz pun tak galakkan belajar ini.  



72. Tapi ko tahulah perangai aku kan, selagi tak dapat jawapan dan lagi orang larang, lagi best aku rasa untuk tahu hahaha. Lagipun bukan tiba tiba aku belajar benda ni aku terus jadi murtad ke apa ke. Aku cuma nak tahu je, yang baik aku ambil yang tak berapa boleh ikut aku tolak lah. 



73. Kisahnya, orang kata sesiapa yang belajar wahdatul wujud ni jatuh kafir la, keluar dari simpang ajaran Islam lah. 



74. Orang selalu salah faham – konsep wahdatul wujud. Orang awam memahaminya dengan anggapan bahawa ini adalah konsep “pantheism”. - katanya All in One, All in God. 



75. Manusia biasa biasanya mempunyai masalah kerana dia cuba guna untuk memahami Tuhan dengan menggunakan pengalaman dan pancaindera yang dia faham di dunia ini.



76. Ahli sufi pula cuba untuk memahami dengan cara mereka sendiri. Tetapi ahli kalam pula kata – tidak perlu tahu. Cukup sekadar tahu secara kasar sahaja. Yang dalam seperti metafizik jangan fikir.



77. Plotinus – tanzih Tuhan yang berbeza sama sekali dapat dipertahankan dan dikekalkan walaupun makhluk itu datang daripadanya. Allah bukan separa seperti makhluknya.



78. Plotinus – only unity can come into being. (hanya satu kepada satu). Sebab yang pelbagai itu ada pada yang satu itu, kita tidak boleh kata pelbagai. 



79. Prinsip yang terikat dengan intellectual of God adalah akibat / sebab daripada ilmu Tuhan.



80. Apabila Allah mengetahui, semua benda wujud. Apabila dia mengetahui – dia beri kewujudan. 



81. Beza manusia adalah – dia melalui proses, beza Tuhan adalah, dia sudah sedia tahu. 



82. Jadi, keesaan itu dipertahankan, sebab itu ada konsep 10th intellect, sebagai bukti untuk kita memahami yang bukan satu kepada banyak, tetapi satu kepada satu sahaja.





Avicenna rocks!!! 




ps To know His creation, is to know something of the Creator. 
 


 


 































 
 
 
 
 







 
 
 


 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?