Ibn Sina: Cosmology and Angelology.

Dear readers assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Aku sangat bosan hari ini.


2. Jadi tadi aku baca sikit bab 'Angelology' ni.


3. Uols pernah dengar tak mengenai 'Angelology'?


4. Angelology adalah kajian tentang Malaikat. Cosmology adalah kajian tentang alam semesta. Cosmology, maksudnya alam yang tertadbir, yang teratur, terurus.


5. Dalam Islam, kita juga diwajibkan untuk beriman dengan Malaikat.


6. Untuk entry ini, aku refer pada buku Ibn Sina - Angelology and Cosmology (Three Muslim Sages S.H. Nasr).


7. Ini S.H. Nasr punya version untuk menterjemah karya ibn sina untuk senang difahami. Tapi aku explain sikit je lah nanti pengsan pula dengar banyak banyak.






8.. Menurut Ibn Sina, terdapat dua kategori dalam 'wujud mungkin' - wujud yang tidak diwajibkan wujud, contoh macam benda hidup seperti manusia haiwan yang wujud tetapi tidak mempunyai kewujudan.


9.Sebab apa? Sebab satu hari nanti dia akan mati, dia bukan abadi. Sebab itu tidak ada 'kewujudan' dalam diri mereka.


10. Dua kategori wujud mungkin
a) malaikat - kewujudan mumkin yang kemudian diberi kewujudan wajib - they are made eternal
b) alam fana - manusia, haiwan, non-living things


12. Malaikat adalah kewujudan yang diberi Tuhan untuk hidup selama-lamanya. Malaikat mengandungi 'pure substance'. (bahan tulen)


13. Pure substance adalah bukan composite. Malaikat dipanggil 'simple substance'. Manusia bukan 'simple substance', kita bukan macam Angel, iaitu - 100% 'simple substance' - unsur kerohanian.


14. Kita manusia - adalah dilahirkan dan akan melalui proses kematian dan tiada lagi.


15. Avicenna juga membahagikan semua benda yang ada di dunia ini kepada 'substance' dan 'accident'. Jadi, semua benda dalam dunia ini adalah 'substance' dan 'accident'.


16. Contohnya, wooden wall. Dinding kayu. Substance ini independent. (wooden wall), iaitu 'bahan yang ada pada dirinya'. Contoh : bahan kayu.


Pening?  Okay.


Dinding kayu. Apa bahan yang ada pada dirinya?


'Bahan kayu'.


17. 'Accident' itu, macam 'colour' yang terdapat pada wooden wall itu. Accident (colour) itu tidak boleh terapung. Yelah, logik kan mana ada warna kita boleh sentuh, atau rasa. Ia tidak mampu berdiri sendiri. Ia mesti berada 'dalam benda'.


Sebab apa?


Sebab dia berada dalam bentuk bahan itu untuk dia ada.


18. Tetapi, dalam substance (bahan) itu juga, dalam bahasa Arab dipanggil 'mahiyya' itu terbahagi kepada 3 jenis:


a) Intellect - aql
Dia tidak ada unsur fizikal pada dirinya. Dalam erti kata lain, dia tidak ada jisim (matter) pada dirinya. Ada dua istilah di sini yang kita perlu faham, iaitu 'potential' dan 'actual'. Potential bermaksud kita ada suatu kuasa untuk menjadi sesuatu. Actual, bermaksud kita sudahpun menguasai tentang sesuatu.


Contoh: bakat untuk menulis. Seorang bayi, berumur dua bulan, dia masih tidak mempunyai bakat untuk menulis 'secara actual', tetapi 'secara potential'nya dia ada. Bakat menulis yang terpendam itu menjadi satu actual knowledge kepadanya. Jadi, intellect (aql) ini, tidak ada 'potential', Dia cuma ada 'actual' - iaitu tidak melalui proses 'potential'. Iaitu secara zahir dia memang sudah ada 'actual knowledge'.


Aql ini, tidak melalui proses potential ini. Substance, tidak melalui proses perubahan. Sebab itulah, ianya adalah abadi (eternal). S.H Nasr: When we 'are eternal', we must 'be actual'. And they must not be living in time.


Dan begitu sebaliknya. Mana-mana hidupan yang tinggal dalam masa, jisim dan ruang (time, matter and space), pasti tidak akan wujud selamanya, tidak akan kekal abadi, tidak akan actual tetapi sentiasa potential. Sebab itu, kita yang tinggal dalam masa, ruang dan jisim tidak kekal, tidak abadi, akan mati dan tidak actual dan sentiasa potential.


Jadi, malaikat adalah tergolong dalam substance jenis ini. Sebab itulah mereka tidak pernah berubah, tidak pernah melakukan kesalahan, tidak mengalami proses penuaan, sentiasa muda dan sempurna.


b) Nafs (soul) 
Nafs ini mesti diletakkan dalam jism (jasad). Sebab itu soul diletakkan dalam jasad. Nafs ini - kita boleh faham yang ianya sebagai jiwa yang memerlukan jasad untuk dia bertindak.


Sebab itu, apabila kita bertindak, sebenarnya jiwa yang mendorong manusia melakukannya. Jiwa sebenarnya adalah pusat personaliti diri manusia. Hendak cari makan, hendak cari ilmu etc. Tetapi, untuk melakukan semuanya itu, jiwa memerlukan jasad untuk membolehkan dia bergerak.


c) Body (badan, jisim)
Semua dalam kategori jisim boleh dibahagikan kepada kedalaman, kelebaran dan ketinggian. Mengikut ibn sina, semua benda yang dicipta di dunia ini mempunyai ketiga-tiga jenis substance ini. Dan semua benda diperbuat daripada ketiga-tiga substance ini. Dalam diri manusia ada berapa bahan? Dalam diri manusia ada tiga jenis bahan.


Tetapi manusia hanya tahu jaga jasad dia. Tetapi, yang aql, rohani biasanya kurang diberi tumpuan. Kebiasaannya, yang dia kurang rasa sangat, memang jauh dari dia.



19. Makhluk ini, sifatnya pebagai. Jadi, metafizik Ibn Sina ini, dia ingin memperjelas bahawa di dunia ini, semuanya adalah 'mungkin', tiada yang 'wajib'.


20. Sebab Ibn Sina ingin mengemukan persoalan bahawa :


"manusia ini tidak ada kemestiannya". 







21. Kalau kita kata kita 'ada kemestiannya', ia seolah olah kita kata bahawa kita ini adalah wajib.


22. Di akhirnya, Ibn Sina ingin kita sedar bahawa samada kita wujud atau tidak wujud pun, tidak akan memberi apa apa masalah di dunia ini.


23. Apabila kita kata, sifat makhluk - adalah sesuatu yang berubah, ini bermakna memang tidak akan sempurna. Sebab, kalau ia berubah / kurang, ia bukanlah sempurna lagi.


24. Benda yang dalam masa, mesti akan berlaku perubahan. Perubahan itu samada baik atau tidak baik.


25. Ibn Sina ingin kata - Allah itu wahid. Satu. Ahad. Tidak memerlukan. Hanya satu, tetapi kita tahu bahawa dalam Satu ini, ada makhluk yang pelbagai.


26. Q: Macam mana kita hendak hubungkait makhluk yang pelbagai ini (yang lemah ini) dengan Tuhan yang satu (yang sempurna)? Mesti ada satu cara / penjelasan bagaimana kepelbagaian ini berlaku.


27. Ibn SIna menjelaskan yang mana ciptaan ini diikat dan dihubungkaitkan dengan malaikat. Dan ini selaras dengan Islam. Malaikat yang akan menguruskan apa yang diberi oleh Tuhan. Jibrail - archangel.


28. Dia antara tugas jibrail adalah menyampaikan wahyu dan / ilmu kepada manusia.







ps : Apa yang menarik untuk diketahui, Ibn Sina punya pemikiran, adalah daripada terjemahan daripada buku Aristotle dan diubah suai mengikut Islam. Aku macam nak gila baca buku aristotle tu, tulisan yang mendatar, agak rumit dan kompleks, aku jumpa di MPH ada dua buah buku je, so aku beli satu. Ibn sina membaca karya aristotle sebanyak 44 kali untuk bahagian metafizik aristotle sebab dia tak faham. Sebab itu, sarjana Islam terdahulu sangat menghargai usaha plato dan aristotle mendapat jawapan, sehingga plato juga digelar 'the divine plato' - sebab kita tahu bahawa bukan mudah orang Islam memberi gelaran 'divine' kepada seseorang.

Comments

  1. Wah, sangat hebat.... !! Teruskan usaha :)
    Bab angelology memang sangat menarik. Dan saya juga meminati Aristotle. Good luck membaca bukunya.

    ReplyDelete
  2. Wah, sangat hebat.... !! Teruskan usaha :)
    Bab angelology memang sangat menarik. Dan saya juga meminati Aristotle. Good luck membaca bukunya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?