Asian Philosopher: Toshihiko Izutsu.

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Sudah enam hari umat Islam menyambut hari raya. 



2. Juga, aku hehehehe bersenang lenang di rumah relax dan chill kerana aku sedang menghabiskan saki baki cuti semester yang sangat heaven.



3. Sementara adik adik aku pergi ke sekolah. padan muka kena pergi sekolah. hehe



4. Sebenarnya sudah lama aku hendak update blog tetapi aku tiada mood oleh sebab hari raya yang memenatkan - tiap tiap tahun rumah aku ramai orang datang. 



5. Dan juga, selaku anak perempuan aku perlu menolong menyediakan segala macam keperluan di rumah ketika orang datang.



6. Untuk dua, tiga hari ini, aku sangat bosan, jadi aku tiba tiba google lah tajuk apa yang bakal aku pilih untuk FYP nanti. (final year project). 



7. Aku rasa aku ingin pilih tajuk ''language, thought and reality". 



8. Tajuk ini aku dapat sewaktu aku belajar falsafah dengan profesor falsafah aku, yang masa itu aku suruh dia ajar aku dengan faril dan ilham serta dua lagi kawan falsafah aku mengenai toshihiko izutsu, yang sudah lama aku tahu tapi tidak pernah belajar mengenainya. 



9. Untuk pengetahuan, izutsu adalah salah seorang tokoh ahli falsafah Islam yang sangat berpengaruh sama level dengan Seyyed Hossein Nasr, Henry Corbin, William Chittick, W. Montgomery Watt, etc. 



10. Punca sebenar aku ingin belajar pasal teori yang diketengahkan oleh toshihiko ini adalah sebab prof pernah bagitahu aku, dia sangat kagum dengan izutsu oleh sebab izutsu ini cara penulisannya yang sangat jelas dan terang. 



11. Prof kata, izutsu adalah salah seorang sarjana contoh yang terbaik dalam membikin tesis. 



12.Okay rasa ingin cerita mengenai izutsu pula.



13. Untuk pengetahuan, Izutsu sangat terkenal dengan bukunya berjudul God & Man in the Quran. 



14. Dia merupakan seorang ahli bahasa yang 'gifted', menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa klasik seperti Yunani. 



15. Juga meneliti isu falsafah dalam bidang bahasa dan mendalam Islamic philosophy. 



16. Dalam pengajian Islam, tafsir A/Q adalah amat penting kerana untuk tafsir A/Q, kita perlu tahu bahasa Arab. 



17. Apa yang melayakkan Izutsu mengkaji A/Q walaupun dia bukan Islam adalah
a) Izutsu tahu bahasa Arab
b) mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa 

c) memahami bahasa dari sudut pandang falsafah 


18. Ada satu soalan yang prof tanya pada kami dalam kelas. 



Adakah bahasa mempengaruhi manusia atau manusia mempengaruhi bahasa?



19. Aku jawab - manusia mempengaruhi bahasa, oleh sebab bahasa hanyalah alat komunikasi, dan bukan bahasa menentukan apa yang manusia fikir, kerana manusia yang menentukan apa itu dan ini. 



20. Jawapan aku sebenarnya salah. 



21. Bahasa klasik macam Arab, Greek adalah sedikit susah, malah kompleks. 



22. eg. dalam bahasa Arab dia ada cara yang agak sofistikated terutamanya apabila berkaitan dengan plural (jamak)

contoh : 'Qitaab' (singular) akan jadi 'Qutb' (plural) - dia menjadi broken plural 



23. Dalam bahasa melayu pula mempunyai banyak bahasa halus 

contoh : makna kata 'pegang', juga boleh disebut 'jinjing', atau 'bimbit' 

tetapi untuk bahasa inggeris kalau makna 'pegang' - hanyalah 'carry' tidak ada perkatan lain yang merujuk juga pada makna 'carry'. Ia hanya 'carry'. 



24. Apa yang kita boleh nampak di sini adalah kaitan antara bahasa dan pandangan dunia (between language, thought and reality)




25. Language – bahasa merupakan pemikiran manusia dan ia mempengaruhi pandangan dunia manusia. 


26. Contoh : Kita ditakdir lahir sebagai orang melayu, bahasa ibunda kita bahasa melayu itu akan mempengaruhi cara pemikiran kita. Orang yang hanya guna bahasa ibunda mereka (contoh bahasa melayu) pandangan dunia mereka akan menjadi sangat melayu. 



27. Tetapi bagi mereka yang tahu lebih dari satu bahasa, pandangan dunia mereka akan jadi lebih luas dan berpandangan jauh dan lebih universal secara lebih menyeluruh. 



( Setuju tak dengan pandangan ni? Aku rasa aku setuju.) 



28. Secara kasar – the thinking + the world view yang manusia bawa dalam bahasa.



29. Worldview – iaitu setiap bahasa + agama ada pandangan dunia mereka sendiri.



30. 'Reality' - adalah 'perkataan yang kita faham dalam dunia kita'.



30. Contoh : dalam bahasa perkataan 'derhaka', konsep derhaka adalah konsep yang perlu kita teliti. Sebab perkataan ini, ada 'moral force' di dalamnya. Apa yang ada dalam perkataan ini?



31. Ianya adalah sebahagian daripada jiwa + realiti orang melayu. Perasaan takut + terkongkong agak kuat dengan adanya konsep 'derhaka'.



32. Apa yang dimaksudkan dengan 'reality' yang aku sebut di atas adalah, dalam pemahaman 'weltanschauung' (world view - perkataan German, saja tunjuk bagus sikit sebab aku baca kamus german adik aku semalam hahaha) dunia melayu, kita tidak boleh derhaka – hakikat yang sangat jelas dalam tamadun melayu.



33. Perkataan yang sama juga wujud untuk perkataan 'amok' atau 'latah'. Perkataan2 ini tidak ada dalam bahasa Inggeris.



34. Sebab itu ianya dipinjam oleh mat saleh, sebab tidak ada dalam budaya eropah budaya latah atau amok bagai semuanya ni, ianya sebab itu ia bukan mudah untuk diterjemahkan apa itu 'latah' atau 'amok'.  



35. Perasan tak, bukti di atas ini, perkataan ini wujud sebab budaya sesebuah bangsa, atau tamadunnya, atau bahasa sebenarnya yang mempengaruhi pemikiran manusia.



36. Dalam kajian sarjana, budaya 'latah' hanya wujud dalam bangsa melayu. Bangsa lain tidak ada budaya latah. 



37. Q : Adakah ianya memang tidak ada dalam bangsa lain atau adakah ianya bukan universal?



38. Dalam bahasa dan budaya melayu, ada phenomenon ini (latah) dan ianya ada berlaku.



39. Jawapan: sebenarnya – ia adalah cultural things. Cth: sama macam rethoric dalam budaya arab.



40. Arab suka memperbesar-besarkan cerita (exaggerated). Bagi mereka ini merupakan satu budaya, tetapi kalau bagi kita, mesti itu macam menipu kan. Tapi itulah budaya dia. 



41. Jadi, bahasa menggambarkan perwatakan / "jiwa seseorang yang ada pada bahasa itu".



42. Cth : English pula lebih tumpu pada 'intellectual things'. Tetapi, dalam bahasa melayu, yang lebih ditekankan adalah perasaan + emosi. Sebab itu bahasa kita, cuba tengok puisi, pantun melayu --ianya lebih kepada kesenian dan kejiwaan.



43. Jadi, bahasa itu memang pengendali fikiran, contoh memang bahasa melayu tepat apabila ada ungkapan “bahasa jiwa bangsa” - yang menunjukkan orang melayu yang mereka jiwanya halus dan penuh emosi perasaan dan bahasa itu mempengaruhi mereka.



44. Pemikiran + bahasa ada kaitan yang amat rapat sebenarnya yang sebelum ini kita tidak pernah tahu.



45. Untuk menyampaikan apa yang kita semua fikir, rasa, atau untuk menyampaikan makna, bahasa adalah merupakan satu cara. Tetapi, satu cara yang amat berbeza daripada berbagai cara.



46. Contoh: Literature seni – iaitu mengekspresikan manusia. 
Muzik – mengekspresikan emosi, semua emosi manusia boleh diungkap melalui muzik. Body language – menggambarkan bahasa tubuh manusia.


47. Dalam buku Izutsu, dia menggunakan kaedah semantics dalam memahami A/Q. Itu sebab tajuk buku dia God & Man in the Quran: 'The analysis semantics of the Quran'. 



48. Izutsu – semantics of the Quran – memfokuskan kepada kajian semantics kepada hubungan antara Tuhan dan manusia.



49. Izutsu kata – semua orang Islam dia guna kitab A/Q. Tetapi, kita boleh melihat / mengkaji A/Q dari aspek teologi, falsafah, bahasa, banyak cara / pendekatan yang boleh digunakan.



50. Contoh : fuqaha – fiqh – adalah mencari hukum. Mereka memahaminya secara berbeza. Banyak benda yang boleh kita fahamkan daripada kitab A/Q berdasarkan apa yang kita ingin fahami. Sama macam sufism – berpendapat bahawa hanya mereka yang suci sahaja boleh mendekati A/Q. Bukan sahaja yang suci (suci dengan mengambil wudhuk) tetapi hatinya perlu suci. Only the pure can approach the Quran. To understand the context of the Qoran, they must be spiritually pure. 



51. Banyak benda yang boleh dikeluarkan daripada kitab A/Q – berdasarkan apa yang kita ingin fokus dan apa yang kita ingin faham. 



52. Sumber  izutsu adalah – antara 'material sides' adalah Quran itu sendiri, yang 'spiritual sides' adalah makna dalam Quran – semantics dia. Izutsu menekankan semantics. Kenapa?



53. Sebab dia menganggap bahawa orang yang membaca ini adalah mereka yang ada pengetahuan asas tentang A/Q, tetapi mungkin mereka tidak tahu apa itu semantics. Sebab ini adalah 'the advance study of the Quran'. 



54. Semantics – is a kind of philosophy (bersifat philosophical). because semantic is the science concern with the phenomenon of the sense of the world.



55. Jadi, sebagai analytic study, - what is semantic to him – kata2 adalah satu2 bahasa (keyterm), kerana apabila kita dapat kaji 'kata-kata bahasa', kita dapat menggarap pandangan dunia yang termaktub dalam bahasa itu dan pemakaian bahasa itu. 



56. Izutsu bukan sahaja mengkaji bahasa, tetapi dia juga kaji 'the keyterms' dalam Quran. - akhirnya kita akan dapat pandangan dunia A/Q. 



57. Apa agaknya kata2 kunci yang memainkan peranan yang membentuk pandangan A/Q?


a) Quran


b) kata-kata kunci


c) kata-kata kunci yang memainkan peranan dalam A/Q 



58. Dalam bidang semantics, ada dua benda iaitu basic meaning dan relational meaning. 


a)Basic meaning – apa maksud benda itu dalam dirinya


b)Relational meaning – apa maksud kaitan perkataan itu apabila dikaitkan dengan perkataan lain



Contoh: e.g basic meaning – kitab – buku e.g kitab dalam pandangan dunia orang melayu adalah dikaitkan dengan agama, kita tidak memanggilnya buku atau mengaitkan ia dengan buku. Macam mana boleh berlaku? Sebab wahyu – pada saat wahyu diturunkan, ia bukan dalam kitab, (dalam penulisan) tetapi didengarkan kerana itu namanya A/Q – yang dibaca. Kerana itu sampai hari ini A/Q mesti dibaca, tetapi ia bukan penulisan.


Izutsu – dalam A/Q, perkataan kitab bermaksud bukan sahaja (basic meaning) tetapi ia juga ada kaitan dengan yang suci (kudus). 



Sebab dalamnya terkandung wahyu Allah. Wahyu itu diturunkan kepada Nabi, didengarkan wahyunya dan membawa ajaran agama. Diturunkan oleh Allah (tanzih) oleh malaikat Jibrail. 




59. Dalam erti kata lain – kalau kita nak kaji kata-kata kunci dalam A/Q, kita tidak boleh kaji secara tersendiri (pemahaman tersendiri), tetapi kita kena faham interaksi kata-kata kunci yang terkait dengan kata-kata kunci itu. 



60. Ini perlu untuk kita melihat / mengkaji Quran secara total. Secara keseluruhan. Tidak boleh hanya melihat secara tersendiri dan terpencil. Tidak boleh. Sebab itu konteks sangat penting. Konteks – maknanya mutlak. 



61. Banyak perkataan-perkataan baru dalam A/Q bukanlah perkataan yang baru diadakan, tetapi ia sudah sedia ada. 



62. Walaupun perkataan-perkataan itu sudah sedia ada dalam A/Q, jadi apa yang baru?



63. e.g mekah sebelum diturunkan kitab A/Q, orang Arab percaya kepada banyak Tuhan. Secara spesifik, bahasa Arab sudah sedia guna sejak pada awal abad ke-7. 



Bagaimana pembaharuan itu berlaku? 



64. Untuk memberi contoh, bagaimana perubahan itu berlaku, izutsu ambil contoh dengan nama dalam A/Q – Allah. 



65. Nama 'Allah' itu bukanlah baru dalam A/Q, tetapi sudah sedia ada. Buktinya, sebelum turunnya A/Q, perkataan 'Allah' bukan sahaja wujud dalam pre islamic poetry, tetapi fahaman perkataan Allah sudah ada dalam nama mereka - contoh Abdullah.  



66. Buktinya – orang arab jahiliyah ada fahaman tentang pencipta, Allah – tetapi fahaman itu adalah sempit, dan di sinilah A/Q datang dengan fahaman baru – yang lebih kedengaran islamnya. 



67. Perkataan adalah 'vehicle' for things – bukan wakil. (medium). Language is the vehicle for thought, not a medium. Dan semantics – mengikut makna dalam perkataan. 



68. Contoh : nama Allah, dalam arab jahiliah bermaksud tuhan yang mencipta. Tetapi, A/Q memberikan nafas baru kepada makna perkataan 'Allah' itu. Dia membentuk yang baru supaya yang lama tidak dapat dilihat lagi. Maksud nama Allah bermaksud berbagai2 makna dalam zaman jahiliyah. Tetapi turunnya A/Q, maksud nama Allah hanyalah Tuhan yang Esa, Satu. 



69. Dalam agama Islam, nama Allah, dan konsep Allah, adalah satu, tetapi dalam Arab jahiliyah Tuhan itu adalah dalam banyak tuhan yang lain.



70. Dalam A/Q hanya satu Tuhan sahaja, tuhan2 lain adalah yang batil. Dan ini bukanlah perubahan dari segi akidah, tetapi perubahan dalam masyarakat itu sendiri. 



71. Ini adalah satu perubahan besar yang mereka tidak mahu ikut / mereka tidak senangi, oleh itu ada pertentangan besar pada Nabi Muhammad. 



72. Orang arab jahiliyah, bukan hanya banyak tuhan, tetapi punca kuasa itu juga banyak. Sebab itu apa2 yang mereka fikir berkuasa, sebab itu mereka rasa sukar untuk terima ajaran Muhammad. 




73. Sebenarnya ada lagi, tapi aku tak larat nak explain. Best kan penerangan Izutsu mengenai weltanschauung A/Q ni. 


74. Yang aku pasti, dalam bidang linguistics, prof aku cakap ada juga kajian mengenai language, thought and reality - thesis sarjana Sapir-Whorf. 



75. Dia kata dia suruh aku cari thesis tu kalau berminat hendak buat tajuk ini. Sebab haritu aku dah tanya pada dia boleh tak kalau gabungkan falsafah dan bahasa untuk FYP aku dan sebab itu dia bersungguh explain pada aku dengan yang lain pasal benda ni. 



76. Tapi aku tengok dulu lah kemampuan aku beserta pemahaman aku dalam tajuk ni, dan paling penting, aku harap untuk supervisor aku untuk sem depan, ada antara mereka yang boleh explain lebih lanjut pasal tajuk ni, maksud aku ada kepakaran. 



77. Aku fikir, dah kalau aku ada pemahaman dalam dua bidang, falsafah dan bahasa, better aku gabungkan untuk jadi lebih holistic. Kan lebih fabulous gittuw sebab nilah masanya untuk aku kerah ilmu yang aku dapat.  Yah.









 
 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?