Peter Tabichi of Modern Socrates

Dear readers.

Assalamualaikum.


Peter Tabichi, seorang guru sains dan math sekolah menengah yang merangkul best teacher award 2019 dan 10 000 nominations dari 179 buah negara. Apa yang Peter Tabichi dari Kenya ini lakukan? 

.

.

Brother Peter, memberikan hampir 80% daripada hasil gajinya hanya untuk anak murid di sekolah. Peter mendapati bahawa di sekolahnya, anak anak murid tidak ada duit untuk makan, tidak ada breakfast. Makanan tidak ada di rumah. Bagaimana mahu belajar di sekolah dengan tidak makan? Dan juga kebanyakan pelajarnya datang daripada keluarga yang berantakan: ramai daripadanya anak yatim, ibu bapa yang penagih dadah, manakala untuk anak gadis, perkahwinan kanak kanak adalah perkara yang biasa akibat kemiskinan hidup. 

.

.

Manakala di sekolah pula, tidak ada kemudahan infrastruktur yang baik. Tidak ada library, tidak ada buku rujukan, kurangnya guru di Kampong Pwami. Satu kelas yang paling crowded dalam 35-40 orang, tetapi di sini 70-80 orang. Peter sendiri pula perlu berjalan jauh untuk ke cyber cafe untuk download banyak bahan bahan pembelajaran sains dan maths. Anak murid juga perlu berjalan setiap hari 6km untuk ke sekolah. 

.

.

Tetapi Brother Peter cakap dia berkeras juga untuk memberikan peluang kepada anak anak untuk meluaskan perspektif mereka. Pelajar pelajarnya telah berjaya memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuklah membawa pelajarnya mendapat award dari Royal society of Chemistry Award dari UK.

.

.

Para hakim berkata usahanya tersebut telah berjaya untuk membuat perubahan secara drastik, termasuklah ramai antara mereka berjaya ke universiti dalam keadaan belajar yang sangat daif. 

.

.

Cabaran yang Brother Peter hadapi juga adalah untuk mengubah mentaliti masyarakat untuk menghargai nilai pendidikan. Dia melawat ke rumah pelajarnya yang berisiko drop out dari sekolah. Selain daripada itu, dia cuba untuk mengubah fikiran ibu bapa yang expect anak gadis mereka tidak memerlukan pendidikan dan harus terus berkahwin. Peter berjuang keras untuk hal ini. Anak gadis harus diberi pendidikan, bukan kehidupan domestik rumah tangga. 

.

.

Tabichi cakap: anak anak muda Africa akan menjadi saintis, guru, engineer, ahli kimia etc. Dan anak gadis juga akan menjadi sebahagian daripada cerita ini!

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?