Keadilan Hakiki Adalah Intersectional.

 KEADILAN HAKIKI ADALAH INTERSECTIONAL.


1. Sewaktu aku mengaji dengan seorang Ulama Perempuan di Indonesia, Dr Nur Rofiah. Ada syarahan beliau perihal peringkat kesedaran kemanusiaan perempuan, beliau berikan tiga tingkatan. 


2. Pertama tahap terendah, tahap menengah dan tahap tertinggi. Menurutnya; aku terjemahkan apa yang aku ingat dan mudah seperti beritku; 


Tahap terendah adalah perempuan di anggap sebagai objek atau bahkan bukan manusia sama sekali.


3. Contoh, apabila si suami hendak poligami, isteri pertama tidak diberitahu atau jika diberitahu, sekadar pemberitahuan, bukan untuk mendengar dan menerima pendapat isteri pertama. Atau cerai kepada isteri tanpa memikiran keadaan perasaan dan sosial-ekonomi-nya. Atau perempuan dijadikan hamba sahaya, atau objek seks semata-mata. Atau perempuan diperlakukan seperti anak kecil, atau binatang, yang diperintah, dikurung, tidak boleh keluar tanpa izin,  kata-kata dan pendapatnya seperti fitnah dan tidak wajar belaka dan sejenisnya.


4. Tahap menengah adalah perempuan itu jangan melebihi lelaki, jika boleh rendah sedikit dari lelaki, entah dari sudut perasaan atau intelektualitas.


Contoh adalah, jika perempuan itu bekerja, jangan gaji atau pangkat lebih daripada si suami atau lelaki. Jika perempuan lulusan universiti atau pondok pesantren, kata-katanya dan pendapatnya mestilah sama dengan pendapat atau kata-kata lelaki, tidak boleh melampaui atau berbeza dengan lelaki. Ada juga lelaki yang mempunyai tahap menengah akan berkata, mereka suka feminis, tetapi tidak suka dengan third wave feminis, kerana itu dan ini. Sebenarnya lelaki itu tidak suka  perempuan atau third wave feminis itu kerana pendapat mereka berbeza dengan komuniti lelaki tahap menengah ini. Dan lain-lain contoh.


5. Manakala tahap tertinggi, adalah setara dan bahkan boleh melebihi lelaki. Perempuan boleh dan ada yang tinggi serta hebat spiritual dan akal mereka. Perempuan dan kesedaran tahap tertinggi ini, menurut aku, adalah tahap Intersectional. 


6. Bukan saja Perempuan, Lelaki, bahkan segala gender dan seksualiti. Kesetaraan dan Keadilan Hakiki ini, timbul dengan baik tanpa ada diskriminatif dan eksploitasi kelas sosial, bangsa keturunan,  tingkatan spiritual dan akal.


7. Ini yang aku fahami dan elaborasi dari pembelajaran tentang Keadilan Hakiki oleh Dr Nur Rofiah, dimana asalnya tiada langsung dibincangkan oleh Dr Nur perihal Intersectional, kerana Dr Nur mengfokuskan lebih kepada pemahaman atas teks wahyu menggunakan metode Keadilan Hakiki beliau itu. 


8. Mungkin ada perbedaan faham, pembaca jangan menyalahkan Dr Nur Rofiah. Harus di ingat ini adalah elaborasi pemahaman aku atas syarahan beliau.


9. Untuk pemahaman lanjut tentang studi kritis al-Quran ayat Poligami dan pensejarahan oleh Dr Nur Rofiah (kerana itu bidang alim Dr Nur Rofiah adalah Ulumul al-Quran dan Tafsir), klik sini:


1. https://youtu.be/Ak7oZ2_w7MM 


Dan rujukan untuk memahami Intersectional, klik sini:


1. https://medium.com/gender-theory/my-feminism-will-be-intersectional-504e9a50e8a6


2. https://blackrosefed.org/feminism-intersectionality-anarchism/


Allahualam. Credit oleh kawan saya atas perbincangan ini - Alip Moose 🐮 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?