Si budak kampong juara mini tenis

Dear readers. 

Salam. 


1. Untuk entry pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada murid murid saya yang mewakili sekolah, dalam pertandingan mini tenis daerah Kuala Kangsar. 


2. Untuk info, anak murid saya berjaya menjadi juara mini tenis kategori perempuan bawah 10 tahun. 


3. Sebenarnya saya pun tak menyangka murid saya akan menang. Pertama, saya bukan jurulatih bertauliah berlesen. Dan sebenarnya lagi, saya tahu main squash sejak sekolah menengah, bukan main tenis. 


Sebab saya pun tak suka main dalam keadaan panas terik matahari. So squash suits me better. 


4. Macam mana saya boleh berjaya train dalam keadaan saya yang zero tenis? 


5. Rupanya, tenis juga hampir sama permainannya dengan squash, cumalah beza teknik saja. 


Jadi, saya ada kelebihan di situ. 


6. Kedua, saya juga cerdik, tak nak saya rasa penat sebab gigih train seorang diri, saya memang select murid murid yang tangannya kuat, yang biasa bermain badminton. 


7. Sebab? Walaupun mereka tak ada basic tenis, jika mereka sudah biasa bermain badminton, libas raket dengan lasak, selalu practice memukul guna raket, itulah bagi logik saya, dia ada potensi untuk memahirkan diri dalam sukan tenis. 


8. Saya paham, memang ada orang kalau sukan raket begini dia tak berapa reti dan tak berbakat. Jadi untuk memudahkan player selections, saya memilih murid murid yang sangat familiar dengan badminton. 


9. Satu lagi tips saya, saya gemar betul memilih sukan ini di antara anak anak B40 dan budak budak kampong berdekatan sekolah. 


10. Secara kebetulan, saya pernah bermain badminton dengan seorang murid saya ini. Saya memang ingat, pukulannya sangat kuat dan pantas. Saya bertanya pada masa itu, biasa bermain badminton kah. Dia berkata ya, dengan abang abangnya. Saya pun baru tahu dia selalu bermain bola sepak walaupun dia anak perempuan! 


Memang nice! Inilah harapan saya untuk dapatkan juara. 


11. Murid murid saya yang lain kebetulan adalah anak anak T20 yang pernah bermain tenis, cumalah kemahiran tenisnya belum baik lagi. Bola tak boleh dikawal, pukulan adakala terlalu kuat, dan kadangkala nak pukul bola pun belum kena raket. 


12. Tetapi anak murid saya yang tinggal di kampong ini progressnya cepat. Saya macam melihat diri saya dalam diri dia. 


13. Saya memang macam dia dulu, cekap bermain badminton, cumalah saya tak dapat peluang bermain tenis atau wakil apa2 berkait sukan raket sebab cikgu saya tak ada yang betul betul bersungguh nak bawa murid murid lawan tournament. 


14. Walhal saya bersekolah di Ipoh dan di daerah kinta utara. Peluang untuk sukan raket yang saya gemar itu sangatlah besar sebab Ipoh memang bandar, jadi banyaklah sukan sukan modern dan kemudahan gelanggang masing masing. 


15. Bila mendapat panggilan untuk join tournament tenis inilah yang saya bersemangat untuk teruskan sukan yang dulu saya tak pernah dapat join ketika sekolah rendah. Malah, macam mustahil, sebab tidak ada cikgu yang boleh bermain raket dan berminat pula dengan sukan beraket tak kiralah badminton atau tenis atau squash. 


16. Jadi mungkin sedikit sebanyak pengalaman saya yang dahulu yang tidak mendapat peluamg untuk bermain menyemarakkan kembali minat saya untuk memberikan ruang dan peluang kepada anak anak murid saya. 


17. Satu lagi yang saya belajar. Anak murid kampong saya ini memang tak banyak songeh, mengikut saja, tetapi banyak memerhati. Seorang observer yang baik.


18. Berbeza sikap dengan anak murid T20 saya, cakapnya banyak, mungkin sudah terbiasa dengan kemudahan ibu bapa berikan, malah berani untuk argue kembali dengan saya. Tetapi corak permainan biasa biasa sahaja. Tidak berapa lasak seperti anak anak kampong bermain. Memang jelas berbeza sikap mereka. 


19. Apa pun, saya dah tahu selepas ini. Saya memang nak cari lagi bakat baru daripada anak anak kampong. Lasak dan mendengar kata. Cuma kurang konfiden sahaja. 


20. Saya percaya, kalau kita guru memberikan ruang dan peluang untuk mereka, ruang dan peluang itu akan terbuka untuk mereka.



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?