Posts

Ceritera Zhuang Zi

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. 1. Tahu tak. Hari ini aku sangat gembira. Sebab? Aku dapat belajar sesuatu hari ini.  2. Hari ini, aku sangat excited untuk menulis mengenai apa yang aku belajar. Nak tahu apa dia? 3. Wisdom lah. 4. Kalau aku cerita mengenai fricatives, approximant, syntax, morphology - pastilah bohsan gila kan. Sebab secara terus terang memang aku suka belajar benda ni (kalau tak takkan aku sanggup merelakan diri aku belajar linguistics kan) tetapi belajar wisdom lagi 3x ganda lagi best daripada paper major aku. 5. Sebab apa? Sebab benda wisdom ni, kau tak boleh dapat hanya dengan pembacaan secara langsung daripada buku. 6. Baik. Aku ingin bercerita mengenai Zhuang Zi. (cara pronounce dia ''Chuang - Chi''). 7. Untuk semester ini, subjek minor aku adalah Asian Thought. Falsafah Asia. 8. Mula-mula aku berasa tersangat bosan umpama menghadiri kuliah matematik. Tetapi lama kelamaan aku b...

Nasihat pensyarah aku.

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. 1. Semalam selepas kelas minor. Aku bertanya pensyarah aku mengenai background falsafah dia. 2. Dan juga semalam, aku rasa aku belajar sesuatu daripada pengalaman dia. 3. Aku saja hendak bertanya dia - pengalaman dia semasa belajar PhD sebab. (aku ingin memahami dia secara detail). 4. Dan dalam masa yang sama aku ingin tahu apa yang membuatkan dia ini lain daripada pensyarah lain. 5. Wei aku tak suka membandingkan pensyarah2 tau. Sebenarnya aku sedar aku bukan di tempat yang benar / terbaik mahupun layak ingin menilai pensyarah whatsoever tetapi aku ingin tegaskan yang aku tak dapat mengelak daripada berkata bahawa dia sarjana terbaik pernah aku kenal. (sekali lagi, ini cuma pendapat aku dan tidak ada memuji-muji dirinya). 6. Sebenarnya. Aku jarang memuji orang. Anda nak tahu kenapa. 7. Sebab manusia ini sama. Apa yang orang itu ada, ada juga pada diri orang ini. 8. Jadi, aku i...

Sebab nama Jojo.

Image
Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. 1. Pagi, semua. Baru habis kelas pagi, dan saya duduk dalam bilik boring-boring main guitar. Roommate saya pula lena tidur sebelah katil saya. 2. Rasa kelakar. Tahu tak. Sejak pertama kali aku masuk usm, dari semester 1 kawan-kawan aku memanggil aku dengan nama Jojo. Sebenarnya nama aku bukan Jojo. 3. Itu nama facebook aku. Walaupun kedengaran agak kebudak-budakan tetapi aku suka nama itu. Sebab? 4. Nama ini aku dapat sewaktu aku di form6. Satu hari aku ada update status di facebook. Dan tak semena-mena uncle dan kakak saudara aku (cousin) komen la berjela-jela. 5. Di rumah family aku memanggil aku dengan nama Jowa. 6. Di sekolah sahaja baru wawa, atau Naj, atau Najwa. 7. Jadi, entah macam mana salah seorang kawan aku pergi tanya aku dengan nama Jowa tu. Dia kata, pelik. Sebab biasanya wawa orang panggil aku, bukan jowa. Agaknya dia mesti ketawa baca komen-komen status itu. 8. Keeso...

The Key to Success! : Aql dan Qalb (hati) Bersatu.

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. 1. Seminggu lepas, kuliah pertama Islamic Philosophy saya. Seperti biasa, saya dan falsafah umpama aur dengan tebing - berpisahnya langsung tiada. Saya berasa seronok betul dapat kembali memegang buku falsafah dan belek2 buku falsafah di library Hamzah Sendut berjam2 lamanya. Nama Sendut itu kelakar kan! Selalu saya gelak. 2. Dan seperti biasa juga, saya belajar lagi dengan professor kegemaran saya lah siapa lagi. Sudah lama tidak berjumpa dengannya dan berhujah dengannya rasa rindu pula! Cuti semester 2 bulan langsung tidak berpeluang berhujah soalan2 falsafah, 3. Hari ini saya belajar mengenai aql (intellect) dan qalb (hati) atau dalam bahasa Melayunya Qalbu. 4.  Dalam falsafah Islam, kadangkala juga digelar falsafah Arab. -dalam tubuh manusia, ada dua benda penting a) hati b) aql  5.  Kadangkala, apabila hati dan aql adalah tidak sama, ia tidak mendatangkan kebahagiaan.  ...

Selamat menyambut bulan Ramadhan. !! :)

Dear readers, Assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.        Tamat sudah perjalanan hidupku di USM untuk semester kedua ini. Wuargghh seronok gila! Banyak suka dan duka, (tapi lagi banyak suka, duka sikit je sebab aku bukannya individu yang suka sangat menyedihkan diri sendiri) tetapi yang paling saya seronok adalah kepuasan belajar. Saya sangat puas dapat belajar subjek2 yang bagi saya unik dan penuh hikmah, yang dapat membantu saya untuk mencari hakikat hidup ini, serta mengenali diri saya sendiri.        Semalam baharu habis final exam. Rasa heaven sudah habis, lepas tu masuk bilik hostel nyanyi sorang2 dengan cubixmate hahahah!! Setelah derita enam bulan kerana kerja terlampau lah banyaknya, kuliah pula macam haram setat jam 8 pagi, (memang cerita dia banyak kali juga terlepas kuliah sebab selepas solat subuh tidur balik sebab mengantuk sangat), tapi nasib baik yang saya terlepas tu tidaklah penting sangat. Profe...

Memori itu...

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Sudah lama saya ingin post mengenai pengalaman saya menjalankan kerja2 kemasyarakatan di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar. Hari ini baharu berkelapangan untuk menceritakan kembali peristiwa itu, yang mana memori itu kekal tersemat dalam diri saya. Sekolah tersebut merupakan sekolah asrama. Petang itu, kami ada aktiviti sesi suai kenal dengan pelajar tersebut. Banyak yang kami borakkan. Tiba2, dalam rancak berborak, ada seorang budak mengadu, kerja banyak, bahasa inggeris susah, cikgu itu-ini, - pendek kata langsung tidak ada semangat untuk belajar. Dan mereka itu semuanya melayu. Saya renung mata mereka dalam2. Saya sedih. Saya nasihat. Adik2 kakak di sini. Kalau kita hidup susah, jangan sesekali kita pun mewarisi kemiskinan keluarga kita. Biar ayah mak kita miskin, jangan kita juga miskin. Kalau kita rasa hendak hidup dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan...

Dia ingat aku rupanya!

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Minggu lepas hari jumaat ada satu wacana mengenai sejarah. Gan : budak cubemate saya pergi. Niat di hati nak pergi juga, tetapi majlis start jam 8 pagi tak jadik saya nak pergi tidur lagi baik huhhuhu! (sape suruh buat jam 8 pagi kan kan) Lepas tu, sembang dengan saya masa kami dalam bilik. Wawa. Haritu tugasan sejarah you ada jumpa prof xxxxx kan? Saya cakap ha'ah ada. kenapa? ''You tahu tak, prof xxxxx ada sebut. -"ada pelajar, tahun 1 jumpa saya. saya tanya dia. apa tu sejarah melayu? sejarah melayu pun dia tak tahu". Ada tak pelajar tahun 1 kat sini? Gan kata lagi : masa tu nada prof  tu gurau2 kelakar menceritakan kejadian tu. Semua audience gelak. Saya terkejut la, bercampur ketawa sikit. haahhaa?? takkan tu pun prof ingat. yang kelakarnya dia pergi cerita satu dewan. Masa itu saya dapat tugasan thesis beliau - iaitu sejarah melayu dokumen politik. ...