Nasihat pensyarah aku.

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Semalam selepas kelas minor. Aku bertanya pensyarah aku mengenai background falsafah dia.


2. Dan juga semalam, aku rasa aku belajar sesuatu daripada pengalaman dia.


3. Aku saja hendak bertanya dia - pengalaman dia semasa belajar PhD sebab.


(aku ingin memahami dia secara detail).


4. Dan dalam masa yang sama aku ingin tahu apa yang membuatkan dia ini lain daripada pensyarah lain.


5. Wei aku tak suka membandingkan pensyarah2 tau. Sebenarnya aku sedar aku bukan di tempat yang benar / terbaik mahupun layak ingin menilai pensyarah whatsoever tetapi aku ingin tegaskan yang aku tak dapat mengelak daripada berkata bahawa dia sarjana terbaik pernah aku kenal.


(sekali lagi, ini cuma pendapat aku dan tidak ada memuji-muji dirinya).


6. Sebenarnya. Aku jarang memuji orang. Anda nak tahu kenapa.


7. Sebab manusia ini sama. Apa yang orang itu ada, ada juga pada diri orang ini.


8. Jadi, aku ingin mencari kelainan pada diri orang yang aku jumpa.


9. Kalau aku puji, bermakna orang itu memang terbaik. Sebab perangai aku menyukai orang terbaik.


(walaupun aku ini bukanlah student terbaik).


10. Dia bercerita - dia ambil phD untuk 6 tahun.


 (macam nak pengsan aku dengar dia phD 6 tahun).


11. Dia cerita kan.


12. Dia merupakan seorang yang memanglah dia sedar dia tidak sempurna, tetapi dia selalu ingin buat yang terbaik. Dia selalu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.


(aku rasa mesti dia jenis sangat bersemangat dalam kelas masa muda ni).


13. Boleh juga dikatakan perfectionist.


14. Jadi, oleh kerana dia ini begitu, dia memilih phD di America Washington DC university semata-mata untuk belajar bawah sarjana islam yang terkenal pada masa itu, Seyyed Hossein Nasr.


15. Dia kata - itu saja sebabnya kenapa dia memilih America.


16. Sebab dia ingin belajar, dari orang yang terbaik. Dari universiti yang terbaik.


17. Dia kata - cabarannya. Terlalu banyak.


18. Di America, sistem belajar di peringkat phD paling minimum 5 tahun untuk graduate.


19. Dan satu benda yang best bagi dia, America tidak ada final exam macam kita di Malaysia ini yang ikut sangat sistem UK tu. (entah apa benda lah bagus sangat ikut UK system? Sikit-sikit UK.)


20. Selepas itu dia berkata - dia mendapat peluang untuk belajar untuk kursus-kursus tertentu di universiti-universiti lain yang berhampiran dengan washington DC.


21. Kenapa? Sebab  di Washington DC area dia ada 10 buah universiti yang menggunakan konsep "konsortium". - Bermakna kalau kau hendak belajar sesetengah kursus wajib kau di universiti lain pun kau boleh.


22. Dia kata, dia berpeluang untuk mengikuti kursus falsafah di John Hopkins University, Greentown university dan Catholic university of America.


23. Jadi. Dia kata. Untuk survive persekitaran di sana, semestinya kau perlu kuat mental dan fizikal.


24. Cabaran yang dia hadapi - dia terpaksa belajar bahasa Arab. (dia kata pada aku kalau aku minat falsafah Islam perlu belajar bahasa Arab)


(bab bahasa Arab ini membuatkan aku sekali lagi rasa nak pengsan).


25. Dia kata lebih baik buat persediaan dari sekarang, di usm untuk belajar bahasa Arab.


26. Lagi, satu. Dia kata bab bahasa Inggeris sudah semestinya. Sebab mereka ada standard yang tinggi, kalau jenis macam aku yang suka guna simple english dan jenis pemalas nak tahu english bombastic ke, lebih baik ubah style tu jadi rajin sedikit.


27. Satu soalan yang aku tanya.


28. Adakah prof menyesal belajar sangat susah dan perlu menghadapi 6 tahun?


29. Dia kata.


 "6 tahun itu, adalah yang terbaik dalam hidup saya".


30. Awak, kalau awak memang jenis cinta ilmu, awak pergilah berguru dengan yang paling terbaik. Yang paling hebat. Yang paling istimewa.


31. Kan saya ada bagitahu awak - ''pemahaman dari dalam adalah berbeza dengan dari luaran''?


33. Aku mengangguk. Dia bermaksud.


34. Kalau kita ini benar-benar merupakan golongan pencari ilmu yang bukan hanya cari ilmu sebab hendak kerja, belajarlah dari sarjana yang belajar dari betul tradisi yang terdahulu.


35. Eh macam mana nak kupas ek? Emm okay macam ini.


36. Contoh : Aku major ELS. Kemudian aku  sambung master dan phD dalam  falsafah (maksudnya aku sambung dalam bidang lain pula)


Ali pula daripada degree, sambung master dan phD semuanya falsafah.


37. Mana lagi bagus? Ali ke aku?


38 Tentulah Ali. Sebab apa? Sebab pemahaman Ali mengenai salasilah falsafah, pemikiran dan ideanya, permasalahan dalam isu-isu kefalsafahan pastilah lebih baik daripada aku sendiri kan?


39. Bermakna Ali itu seolah-olah "belajar "from within". " Faham tak.


(Susah pula aku rasa nak terang pasal konsep "the understanding from within" ini)


40. Contoh. Macam untuk bidang falsafah kalau yang hebat seperti W.Montgomery Watt, Henry Corbin etc. haaa kita patut belajar dengan mereka yang belajar tradisi kefalsafahan "dari dalam".


(tetapi mereka semua ini dah tua-tua pun. so, generasi sebaya aku kalau hendak belajar mungkin perlu cari anak-anak murid mereka / pengganti / pelapis mereka).

41. Ini aku sembang dalam bidang falsafah lah, kalau kau minat bahasa inggeris ke, matematik ke, pastilah ada yang hebat kan.


(aku selalu tertanya-tanya kenapa chomsky tu famous sangat huh? Kalau pensyarah aku sikit-sikit chomsky, sikit-sikit chosmky)


42. Kau nak tahu tak kenapa aku sangat mengagumi prof aku ni?

43. Sebab. Dari hari pertama aku belajar dengan dia aku dapat detect dia memang lain dari pensyarah lain. Dia ada aura. Dia ajar, slow dan steady. Tenang. Tak perlu kelam-kabut, dan sangat cool.


44. Tetapi masa itu, aku tak pasti apa "value" yang ada pada diri dia yang tak sama dengan pensyarah lain. Aku tercari-cari. Apa yang membuatkan diri dia berbeza dari pensyarah lain. Sebab pensyarah lain pun ada phD juga sama macam dia. Tapi apa benda yang buatkan dia sangat berbeza. Sehingga aku berani cakap, takkan pernah ada pensyarah di USM yang macam dia.


45. Tetapi hari ini aku mendapat jawapannya.


46. Jawapannya.... ilmu dan pengalaman dia. Gaya hujah dia. Gaya cakap dia. Yang dia sendiri akui terbawa-bawa dan kini banyak mempengaruhi siapa diri dia yang sekarang. Sebabkan dia bertemu dengan mereka yang hebat-hebat, yang hebat-hebat inilah yang menjadi panduan pada dirinya.


47. Ini pendapat aku sebagai seorang pelajar dia. Tidaklah aku bercakap pensyarah lain tidak hebat. Mereka juga hebat-hebat tetapi yang berbeza cuma pendekatan. Cara mereka.


48. Dan juga cara prof aku ini lain. Cara dia - dia mengajar dari hati. Dia selalu nasihat aku, "beri tumpuan pada hati. Utamakan hati pada semua benda.".


49. Sebab dari hati, kalau hati itu baik, semuanya akan jadi baik. Dia selalu cakap macam itu pada aku.


50. Patutlah, hanya pengajaran dia sahaja, yang sampai ke hati aku.


52. Walaupun  begitu, aku kena akui setelah mendengar betapa susahnya jalan falsafah dia kini menyebabkan aku berfikir 2 kali samada mahu ikut cara dia / berundur - aku rasa takut juga.


sanggup ke aku bersusah payah macam dia?


51. Satu yang dia tegaskan.


52. Kalau awak ingin yang terbaik, carilah yang terbaik! 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?