Sebab nama Jojo.

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



1. Pagi, semua. Baru habis kelas pagi, dan saya duduk dalam bilik boring-boring main guitar. Roommate saya pula lena tidur sebelah katil saya.


2. Rasa kelakar. Tahu tak. Sejak pertama kali aku masuk usm, dari semester 1 kawan-kawan aku memanggil aku dengan nama Jojo. Sebenarnya nama aku bukan Jojo.


3. Itu nama facebook aku. Walaupun kedengaran agak kebudak-budakan tetapi aku suka nama itu. Sebab?


4. Nama ini aku dapat sewaktu aku di form6. Satu hari aku ada update status di facebook. Dan tak semena-mena uncle dan kakak saudara aku (cousin) komen la berjela-jela.


5. Di rumah family aku memanggil aku dengan nama Jowa.


6. Di sekolah sahaja baru wawa, atau Naj, atau Najwa.


7. Jadi, entah macam mana salah seorang kawan aku pergi tanya aku dengan nama Jowa tu. Dia kata, pelik. Sebab biasanya wawa orang panggil aku, bukan jowa. Agaknya dia mesti ketawa baca komen-komen status itu.


8. Keesokannya - dia memanggil aku Jojo. Dia singkatkan nama aku.


9. Kebetulan, aku menutup facebook lama aku. Semasa itu umm problemo sedikit. Gambar-gambar semua aku delete.


10. Jadi aku membuat facebook baru itu dengan meletak nama itu. Dengan niat tidak ada orang mahu add aku, sebab aku tak suka approve stranger banyak-banyak. Kawan-kawan aku bertambah ramai ini sebab aku masuk usm je, kalau di sekolah tak ramai aku add tahu sebenarnya. Tetapi kawan-kawan sekolah tahu itu facebook aku.





11. Jadi....sampai lah sekarang orang suka memanggil aku jojo. kawan-kawan aku, lecturer aku, cikgu sekolah aku. Sehingga ramai bertanya nama aku jojo ke. Kadang-kadang juga bila orang bertanya nama apa - aku sudah terbiasa, "panggil saya jojo".


12. Hilang sudah nama najwa itu.


13. Ada orang kata nama ini sesuai dengan aku. Mereka kata menggambarkan personaliti aku.


14. Dia tak tahu yang aku ni kategori cepat naik marah juga orangnya hahahah!!


15. Begitulah, ceritanya.... alkisah nama Jojo.




                                              Semasa aku kecil aku suka gila powerpuff gals.


.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?