Dia ingat aku rupanya!

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


Minggu lepas hari jumaat ada satu wacana mengenai sejarah.


Gan : budak cubemate saya pergi.


Niat di hati nak pergi juga, tetapi majlis start jam 8 pagi tak jadik saya nak pergi tidur lagi baik huhhuhu! (sape suruh buat jam 8 pagi kan kan)


Lepas tu, sembang dengan saya masa kami dalam bilik.


Wawa. Haritu tugasan sejarah you ada jumpa prof xxxxx kan?


Saya cakap ha'ah ada. kenapa?


''You tahu tak, prof xxxxx ada sebut. -"ada pelajar, tahun 1 jumpa saya. saya tanya dia. apa tu sejarah melayu? sejarah melayu pun dia tak tahu". Ada tak pelajar tahun 1 kat sini?


Gan kata lagi : masa tu nada prof  tu gurau2 kelakar menceritakan kejadian tu. Semua audience gelak.


Saya terkejut la, bercampur ketawa sikit. haahhaa?? takkan tu pun prof ingat. yang kelakarnya dia pergi cerita satu dewan.


Masa itu saya dapat tugasan thesis beliau - iaitu sejarah melayu dokumen politik.


Saya kena hujah samada setuju atau tidak setuju berkenaan dengan hujahnya itu.


Tetapi masa sekolah menengah pun saya bukannya kelas sastera.


Saya asal kelas perakaunan.


Jadi, memang segala2 hikayat melayu zaman tok nenek tu saya tidak lah tahu.


Itu sebab depan prof tu saya rasa macam bingung sangat satu benda pun tidak tahu.


Kalau ingin baca pun, saya memerlukan penerangan terlebih dahulu daripada pengajar, barulah saya faham apa yang saya baca.


Tapi, bila fikir balik, sepatutnya budak2 muda melayu macam saya ni perlu didedahkan daripada awal mengenai sejarah2 melayu, tuhfat an-nafiz, hikayat amir hamzah, bustan-salatin, etc.


Melayu pun tidak tahu sejarah sendiri.


Tiba-tiba pula aku bersyukur aku tak pergi majlis tu kalau takkkk tak tahu nak letak mana muka ni. Mahu aku terus keluar dewan.


Selepas ini kena kaji dalam2 lagi la. phewww teruk kena bahan :P



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?