Ceritera Zhuang Zi

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Tahu tak. Hari ini aku sangat gembira. Sebab? Aku dapat belajar sesuatu hari ini. 


2. Hari ini, aku sangat excited untuk menulis mengenai apa yang aku belajar. Nak tahu apa dia?


3. Wisdom lah.


4. Kalau aku cerita mengenai fricatives, approximant, syntax, morphology - pastilah bohsan gila kan. Sebab secara terus terang memang aku suka belajar benda ni (kalau tak takkan aku sanggup merelakan diri aku belajar linguistics kan) tetapi belajar wisdom lagi 3x ganda lagi best daripada paper major aku.


5. Sebab apa? Sebab benda wisdom ni, kau tak boleh dapat hanya dengan pembacaan secara langsung daripada buku.


6. Baik. Aku ingin bercerita mengenai Zhuang Zi. (cara pronounce dia ''Chuang - Chi'').


7. Untuk semester ini, subjek minor aku adalah Asian Thought. Falsafah Asia.


8. Mula-mula aku berasa tersangat bosan umpama menghadiri kuliah matematik. Tetapi lama kelamaan aku berasa seronok sebab ilmu yang aku dapat itu seronok.


9. Dalam early Taoism, ada konsep Yin dan Yang. "Yin" ini, yang berwarna putih ini represent "intuition''. Intuition adalah ''something immediate". Intuition ini - contoh Tiba-tiba jojo berasa ada satu perasaan yang agak tidak baik bakal berlaku hari ini". Inilah intuisi. Gerak hati. Gerak hati berkait rapat dengan ''spontaneous action".


10. "Yang" pula yang berwarna hitam. Konsep "yang'' ini adalah berkait rapat dengan analysis. Analysis di sini bermaksud reason, logic, deliberation - bermakna semua yang menggunakan akal fikiran.


11. Konsep ''yin" ini adalah sesuatu yang holistik. Ia bukannya satu yang kita boleh pecah-pecahkan berdasarkan akal kita. Ia berlaku dalam sekelip mata, tetapi kita tidak dapat memperjelas mengenainya.


12. Konsep "Yang" ini pula kita boleh pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian untuk kita memahaminya.



13. Baik, untuk menjelaskan lebih lanjut, lecturer aku bercerita mengenai kisah ''The Story of the Emptyness and the Clearness of water".



14. Okay. Tapi serius cerita dia memang beri aku satu input hari ini.


15. Pada suatu hari, ada seorang university professor ingin datang berjumpa dengan seorang Zen master. Untuk menuntut ilmu lah kan, takkan hendak belajar buat sashimi pula.


16. Kemudian, ya lah nama pun professor, jadi dia berfikir diri dia berilmu - dia rasa hebat. Sebab apa? Sebab setiap kali tok guru Zen itu hendak beri kuliah dia - si professor serba tahu semua benda ini suka menyampuk. Master Zen hendak cakap lagi - hendak hujah lagi, tiba-tiba professor ini kata "ooo ini saya sudah tahu''.. bla bla bla dan dia associate dengan segala-gala pengetahuan yang dia belajar sebelum ini dengan konsep yang diterangkan oleh Zen master itu tadi.


17. Dan sekali lagi, master Zen ini, ingin keluarkan idea-idea dia - si professor tua ni, pun menyampuk juga ''eh itu saya sudah tahu, bla bla bla dengan apa yang saya belajar sebelum ini"...


18. Zen master tak marah. Tetapi dia melihat professsor ini, lalu master mengajaknya - "mat, jom pergi minum tea sat".


19. Lalu - pembantu zen master sampai. Membawa teh bersamanya.


20. Kemudian, Zen master menuang tea tersebut ke dalam cawan tersebut, tetapi yang anehnya zen master itu menuang tanpa henti.


21. Apa jadi? Pastilah melimpah ruah habis air keluar daripada cawan kecil itu kan.


22. Professor itu pun pelik dan berkata

''tok guru oii kenapa menuang air tak berhenti ni? Habis basah baju''


23. Dan Zen master tu pun cakap lah.


24. Tea ini melambang ilmu yang kamu hendak belajar. Cawan ini pula melambangkan diri kamu.


25. "You see, in order to learn something, we need to empty our mind. If our mind is empty, the mind is thoroughly like a bowl".


26. Maksudnya? - Dalam tujuan untuk mempelajari sesuatu, (ilmu yang baru), kita perlu mengosongkan fikiran kita, sebab apabila fikiran kita ini sudah penuh / "mind filled" with something, we cannot receive something new.


27. Kita tahu bahawa university professor ini "full of ideas" - ya kita tahu dia juga berilmu. Tetapi masalah professor tua ini adalah apabila fikirannya penuh dengan segala pengalaman sebelum ini, dan dia ada ''pre-judgment'' mengenai segala apa yang dia baru belajar.


28. Minda dia menjadi penuh sebab pengalamannya yang lepas. Jadi, sebab itu dia umpama cawan, kau tuang lah banyak mana pun dia akan melimpah ruah kalau minda dia penuh. Cuba kalau prof tu relax, dan kosongkan fikiran dan zen master pun menuang dengan baik - pasti air yang dituang itu akan cukup-cukup memenuhi keperluan setakat mana air itu perlu dituang bukan?


29. ''We have got a ''filter'' based on our previous experience. So, in order to gain the enlightenment we need to be objective as purely as possible." (rujukan lupa pula)


30. Faham kan? Haaa samalah seperti okay aku ambil contoh terdekat - bahasa inggeris.


31. Aku tak faham kenapa orang benci sangat bahasa inggeris? Adakah english sangat shushah macam science, bio,add mate, physics, engineering? Bro, pure science are damn hard than english bro.


32. Kalau pengalaman sebelum ini katanya english adalah sangat susah, sehingga boleh buat kamu muntah, cuba kalau kamu tolak mentaliti itu lalu kosongkan fikiran dan haaaa baru nampak apa itu english yang sebenarnya.


33. Okay. Ini adalah dinamakan the "theory of epistemology". epistemology - bermaksud pengetahuan. - knowledge.


34. Macam mana kita hendak tahu yang mana benar dan yang mana salah?


35. Contoh ada satu ketika, parti politik A kata dia yang benar dan baik dan tiada rasuah, parti politik B kata eh aku lagi baik dari diorang, katanya dia lagi benar daripada parti A, sementara parti C pula kata eleh dua-dua tak boleh pakai aku yang benar, dan terakhir sekali parti D kata semua tak benar, aku je yang benar.


36. Soalan. Macam mana kita hendak menentukan yang mana benar dan mana tidak benar kalau semua parti claim diri mereka adalah yang benar?


37. Masalah benar / tidak benar ini sebenarnya sudah dialami oleh manusia ribuan tahun dahulu lamanya  - apa yang membuatkan sesuatu benda itu benar?


38. Sama macam apa yang Al-Ghazali alami dalam buku yang dia tulis 'munqid min al-dalal' - (kalau uols ada terjumpa buku ini, uols wajib beli, sebab aku bagi 10 stars bagi buku dia). Al-ghazali kata - bagaimana saya mahu menentukan yang mana satu yang benar, ahli falsafah? Ahli fekah? Ahli kalam atau ahli sufi? Sebab masa itu kecelaruan berlaku dalam masyarakat umat Islam  - keempat empat golongan ini claim diri mereka adalah jalan kebenaran.

39. Tetapi di akhirnya, al-ghazali mengaku - untuk mencari yang benar, yang benar itu tidak akan keluar daripada keempat-empat golongan ini.


40. Bermakna - keempat-empat golongan ini adalah benar.


41. Tetapi, menurut al-ghazali, dalam kesemua keempat golongan ini, ada kekurangannya. jadi, bagaimana mahu tahu yang betul-betul benar? Atau yang al-ghazali panggil sebagai "ilmu yakin".


(nanti cuti semester aku cerita mengenai apa itu ilmu yakin yang ghazali maksudkan).


42. Menurut Zhuang Zi, ''the only way to decide, which one is true, is to clear your mind and see things clearly - including one must stay away with their personal judgment to achieve the englightement".


43. To see things clearly means to see things from all different perspectives - eg.  kalau GST itu tak bagus bagi si A,  dan GST itu pula bagus bagi si B - jadi yang mana satu benar kita kena kaji kedua-dua pendapat termasuklah tidak diselubungi dengan bias kepada pendapat kita.


44. In here, Zhuang Zi is not telling us what is right or wrong, but he just telling us to know where is the objectiveness - including we need to avoid bias on our own judgment.


45. Because the objectiveness is the value of the enlightenment. or in other words - "we need to clear the 'filter' that we have. Apa itu filter? - pendapat, pengalaman, bias diri kita.


46. Okay faham kan.


47. Haaa apa pula konsep ''yang'' itu? Analysis itu?


48. Okay. Konsep ''yang' dimaksudkan dengan analysis -  adalah berkait rapat dengan reason / logic.


49. Untuk  memahami konsep yang, lecturer aku ada bercerita mengenai kisah "the butcher".


50. Ya. Kisah si pemotong daging.


51. Bagi butcher yang baik, dan bijak - dia tidak memotong daging secara mengkhinzir buta. Dia akan tahu bagaimana untuk memotong daging itu tanpa sedikitpun merosakkan mata pisau pemotong itu.

52. Tapi, bagi butcher yang tidak bijak, dia akan memotong daging itu dengan kasar, dengan cepat tanpa memikirkan di mana teknik yang patut dia apply untuk memotong daging dengan baik tanpa merosakkan mata pisau.


53. Tetapi juga, apabila butcher yang bijak itu, memotong daging tetapi apabila sampai ke bahagian tulang, tendon, dan sebagainya dia berhenti.


56.Kenapa dia berhenti? Sebab dia tahu bahawa dia perlu guna dan fikir teknik apa yang dia perlu apply tanpa merosakkan mata pisau.


57. Apa yang aku faham pada mulanya? Serius aku tak faham apa motif cerita ini, (ya lah apa segala ada kaitan dengan daging pula ni) tetapi rupanya.


58.  Zuang Zhi ingin beritahu bahawa kombinasi antara dua ini perlu seimbang. Antara yin dan yang perlu berkait. Tidak boleh hanya ada satu dan salah satu lagi kita endahkan.


59. Contoh : macam kisah butcher tadi - dia bukan hanya ada ''yin'' (iaitu spontaneous action) tetapi dia juga menggunakan ''yang'' dia (iaitu reason dia). Kita boleh faham bahawa pada mulanya dia memang secara natural dia menguasai dan memahami teknik memotong  daging dengan betul, tetapi dalam masa yang sama juga dia menggunakan reasonnya apabila dia perlu memotong bahagian daging yang keras dan bertulang.


60. Nampak tak? Dalam kehidupan kita, kita bukan hanya ada spontaneous sahaja tahu, tetapi menggunakan reason / akal kita juga sangat penting dalam menghadapi kehidupan ini.


61. Sebab itu  - yin dan yang apabila digabungkan ia akan mencapai keseimbangan / harmoni dalam diri manusia.


62. Dan kita juga tak boleh hanya guna salah satu sahaja. ''He who just react, doesnt think. He, who just think doesnt react". - mana satu yang baik?


63. Dua-dua tak baik. Jawapannya ;


"he who think, must react. He who react, must think".







Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?