The Key to Success! : Aql dan Qalb (hati) Bersatu.

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Seminggu lepas, kuliah pertama Islamic Philosophy saya. Seperti biasa, saya dan falsafah umpama aur dengan tebing - berpisahnya langsung tiada. Saya berasa seronok betul dapat kembali memegang buku falsafah dan belek2 buku falsafah di library Hamzah Sendut berjam2 lamanya. Nama Sendut itu kelakar kan! Selalu saya gelak.

2. Dan seperti biasa juga, saya belajar lagi dengan professor kegemaran saya lah siapa lagi. Sudah lama tidak berjumpa dengannya dan berhujah dengannya rasa rindu pula! Cuti semester 2 bulan langsung tidak berpeluang berhujah soalan2 falsafah,

3. Hari ini saya belajar mengenai aql (intellect) dan qalb (hati) atau dalam bahasa Melayunya Qalbu.

4. Dalam falsafah Islam, kadangkala juga digelar falsafah Arab.
-dalam tubuh manusia, ada dua benda penting
a) hati
b) aql 


5. Kadangkala, apabila hati dan aql adalah tidak sama, ia tidak mendatangkan kebahagiaan. 
-sbg contoh : Apabila hati saya ingin mempelajari subjek falsfah, tetapi dalam fikiran saya berkata lain – fikiran saya berkata bahawa apakah sebabnya ingin mempelajari falsafah? Adakah boleh mendapatkan pekerjaan? Relevenkah falsafah itu? 

6. Akal fikiran akan selalu memikirkan pro dan cons bagi satu2 keputusan, sedangkan hatinya itu minat kepada yang lain. 

7. Apa yang paling baik, adalah apabila kedua2nya, aql dan hati bersatu. Maka ianya akan menjadi baik, dan tenteram. Dan itulah cinta.

8. Sama juga. Apabila kita hendak membuat sesuatu pekerjaan, hati dan aql kita perlu bersatu, perlu selari Barulah kita dapat ketenteraman dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

9. Dalam konsep falsafah Islam, ada satu konsep yang penting, iaitu KESATUAN. - THE ONE
- “Al-tawhid” - SATU.

10. Kerana semuanya akan kembali pada yang SATU, dan semuanya datang dari yang SATU. Kebahagiaan manusia juga terikat kepada YANG SATU. Kenapa?  

11. Kerana, metafiziknya asasnya adalah “al-tawhid”. Kerana Yang Satu itu saling berdampingan, saling mencintai. 

12. Itu sebab ada istilah  - cinta pada yang satu itu adalah cinta hakiki. Alah, kan you all semua selalu dengar perkataan cliche' - cinta pada yang satu, cinta pada yang satu cinta abadi. Kan kita sering dengar - pada mana2 individu yang bercinta. Terutama yang konon cinta Islamik le... Mereka tidak mengkaji kenapa perlu cinta pada yang satu. Dan paling penting apa maksud cinta pada yang Satu.

12. Kebanyakan dari kita semua hanya menerima sahaja tanpa ingin mempersoal dan mengkaji mengenai istilah "cinta pada yang satu", bukan?

13. Falsafah - bertanya mengenai benda2 ini. 

goodnite, peeps. 


Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?