Selamat menyambut bulan Ramadhan. !! :)

Dear readers, Assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


       Tamat sudah perjalanan hidupku di USM untuk semester kedua ini. Wuargghh seronok gila! Banyak suka dan duka, (tapi lagi banyak suka, duka sikit je sebab aku bukannya individu yang suka sangat menyedihkan diri sendiri) tetapi yang paling saya seronok adalah kepuasan belajar. Saya sangat puas dapat belajar subjek2 yang bagi saya unik dan penuh hikmah, yang dapat membantu saya untuk mencari hakikat hidup ini, serta mengenali diri saya sendiri.

       Semalam baharu habis final exam. Rasa heaven sudah habis, lepas tu masuk bilik hostel nyanyi sorang2 dengan cubixmate hahahah!! Setelah derita enam bulan kerana kerja terlampau lah banyaknya, kuliah pula macam haram setat jam 8 pagi, (memang cerita dia banyak kali juga terlepas kuliah sebab selepas solat subuh tidur balik sebab mengantuk sangat), tapi nasib baik yang saya terlepas tu tidaklah penting sangat. Profesor semua tua2 tetapi sangat best! Prof Humanities sangat terbaik! Tidak pernah membosankan, lagi2 apabila teringat yang saya pernah tanya soalan bodoh pada prof, lepas tu prof tu pegi gelakkan saya depan semua orang. Maklumlah, pelajar tahun 1, freshie lagi.

       Bagi semester 2 ini, macam2 yang saya belajar, antaranya adalah subjek yang paling terbaru dalam hidup saya - falsafah. Saya juga bercadang untuk masters in philosophy nanti. Bagi saya falsafah sangat seronok untuk saya pelajari, untuk saya kenal dunia ini, kenal Tuhan kita ini, kenal agama kita ini, dan yang paling penting kenal diri kita ini. Dan saya juga disebabkan minat saya yang asyik suka bercakap tak kira masa, dan saya suka bekerja dengan orang ramai, jadi saya memilih untuk menjadi pensyarah nanti. Saya rasa itu passion saya setakat ini. Mengajar. Dan yang paling penting, saya hendak tolong bangsa Melayu.

       Selepas ini, saya bercuti sem 2 bulan. Dan saya juga bakal menjadi senior - tahun 2 pula! 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?