Memori itu...

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


Sudah lama saya ingin post mengenai pengalaman saya menjalankan kerja2 kemasyarakatan di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar.

Hari ini baharu berkelapangan untuk menceritakan kembali peristiwa itu, yang mana memori itu kekal tersemat dalam diri saya.

Sekolah tersebut merupakan sekolah asrama.

Petang itu, kami ada aktiviti sesi suai kenal dengan pelajar tersebut.

Banyak yang kami borakkan.

Tiba2, dalam rancak berborak, ada seorang budak mengadu, kerja banyak, bahasa inggeris susah, cikgu itu-ini, - pendek kata langsung tidak ada semangat untuk belajar.


Dan mereka itu semuanya melayu.

Saya renung mata mereka dalam2.

Saya sedih.

Saya nasihat. Adik2 kakak di sini.


Kalau kita hidup susah, jangan sesekali kita pun mewarisi kemiskinan keluarga kita.

Biar ayah mak kita miskin, jangan kita juga miskin.

Kalau kita rasa hendak hidup dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain, kita kena berubah.


Cuma diri sendiri yang menentukan mercu tandanya sendiri. Diri sendiri yang menentukan perjalannya.

Kakak tak suka tengok, terutamanya anak melayu, malas belajar, buat tak endah, belajar ala kadar, semuanya nanti kerja kilang, langsung tidak ada pembaharuan!


Anak Melayu kena kuat!

Anak melayu kena bersaing dengan bangsa lain.

Takkan kita mengharapkan bangsa lain memerintah negara kita?

Satu sahaja. Ilmu.


Dengan ilmu, kita boleh pergi jauh. Hanya dengan ilmu.


Kamu nak tahu kenapa kakak belajar bersungguh2?

Sebab.


Kakak nak tolong menaikkan semangat bangsa melayu, macam apa yang kakak nampak.

Melayu menjadi semakin layu. Sedangkan bangsa lain berusaha!


Aku Melayu. Engkau Melayu. Aku menegurmu, kerana aku sayangkan MELAYU.


Biarkan pada orang yang berkata ''mengapa melaungkan slogan melayu, hidup melayu''?


Wahai engkau!


Ibn Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah, ada mencatat.


Salah satu pembinaan tamadun, adalah mempunyai semangat assabiyah.

Assabiyah? Ya. Seperti sikapku. Aku juga mempunyai semangat assabiyah.


Namun? Assabiyah yang bagaimana? Assabiyah seperti zaman jahiliyah?


Ibn Khaldun berkata : Assabiyah yang dimaksudkan adalah bukan assabiyah zaman arab jahiliyah yang  berpuak2.


Namun, semangat assabiyah itu adalah kerjasama untuk memberikan yang terbaik untuk negara. Itulah definisi assabiyah bagi Ibn Khaldun!


Aku Melayu. Engkau Melayu. Namun aku menegurmu, kerana aku Sayangkan Melayu.




Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?