Perempuan dan sahabat mereka

Dear readers. 


1. Saya melawan konteks umum. Saya tak bplrh memahami rasional kenapa orang perempuan bila jadi isteri, terus nak hilangkan kontak rapat bersama sahabat baiknya. 


2. Kalau kesibukan kerja tak dapat jumpa selalu saya faham saja, tapi masalahnya orang perempuan ini dah kahwin, dia selalu ingat husband adalah punca kebahagiaaan terutama dia. Which is bila dia kahwin, somehow dia akan rasa lonely. 


3. Kenapa nak kena ajar perempuan melepaskan semua kenangan persahabatannya, aktiviti dengan kawannya, aktiviti untuk diri sendirinya? 


4. Orang lelaki bukan ke masih ada brotherhood sampai dia tua? 


5. Wife pun human being. Kesilapan kita sebenarnya dalam menggarap hal ini. 


6. Kesilapan kita apabila kita fikir perempuan fungsinya adalah hanya serve kepada masyarakat, dan tak ada untuk dirinya sendiri.


7. Kenapa saya fikir macam ini, sebab bila saya tengok ada orang tua wanita mencecah umur persaraan mencari keseronokan dengan kawannya. 


8. Barulah dia sedar pengorbanan juga sebenarnya ada sisi untuk diri dia sendiri, bukannya berkorban hanya untuk orang lain walhal diri sendiri pun tak bahagia. 


9. Bukan ke kalau kita sakit, kita sedih, sebenarnya sahabat baik juga adalah mereka yang penting di sisi kita? 


10. Mengapa perempuan nak menghilangkan circle sahabat baik mereka yang buatkan mereka happy, walhal orang lelaki tak ada pun buat macam itu?

.

11. Ada tak kita tanya emak kita, perasaan dia?


12. Soalan paling penting kita perlu tanya diri sendiri: sampai bila kita mahukan emak kita berbakti kepada keluarga mereka walaupun mereka sudah tua dan anak sudah dewasa? 


13. Bukankah emak kita berhak ada kebahagian dan kehidupan mereka sendiri bersama rakan mereka masing masing? 


14. Orang Melayu diajarkan secara turun temurun, wajar bagi mereka untuk berbakti  kepada suami dan keluarga kerana untuk menggapai syurga. 


15. Walhal, perkara yang sama agak jarang kedengaran bagi lelaki Melayu. 


16. Mereka, lelaki Melayu nampaknya kehidupan sosial peribadi mereka tidak diganggu sama sekali. Lalu mengapa hal yang sama tidak dikenakan kepada perempuan?


17. Apakah perempuan layaknya cuma babu rumahtangga saja, tidak berhak berseronok, ada masa untuk diri sendiri? 


Mengapa lelaki Melayu boleh berbuat apa sahaja?


18. Something to think about, kan, aunty aunty, akak akak sekalian ;) 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?