Apa itu seks yang adil dan saksama?

 Dear readers. 

Apakah kabarnya. 


1. Seringkali diingatkan kepada wanita untuk tidak menolak suami mereka diranjang. 


2. Perempuan melayu diancam akan dilaknat Malaikat ketika menolaknya.


3. Tidak banyak perempuan melayu yang sedar akan hal yang diajarkan ini kepada masyarakat melayu adalah rubbish, tolol dan sangat tidak ada empati. 


4. Manakala, teks ugama tidak memihak kepada perempuan pun. Kesemuanya adalah memihak kepada kesenangan laki laki dan ini sangat jelas kita melihat dari sudut fiqh ugama Islam. 


5. Tubuh manusia adalah hak mereka sendiri.


6. Jika perempuan melayu ingat tubuh mereka milik suami sepenuhnya 100%, sebab itulah perancangan keluarga failed, kerana asbab lelaki boleh sesuka hati nak minta kepada isteri mereka anak berapa ramai sekalipun walau isteri tak mampu (tak larat nak anak banyak, letih emosi). 


7. Hal ini tak patut demikian. Perancangan keluarga patutnya diberi kepada perempuan untuk mereka menjaga kesihatan diri sendiri, bukannya dianggap kilang. 


8. Plus, lagi buruknya, naratif tubuh wanita 100% milik suami sebenar adalah tidak adil pada wanita. 


9. Lelaki akan anggap mereka boleh berbuat sesuka hati saja kepada wanita walaupun merogol dalam status mereka sudah berkahwin.


10. Ramai lah yang tak tercerah hal ini. Rogol tidak patut berlaku atas alasan mereka sudah berkahwin dan halal.


11. Seks yang sebenar ini adalah persetujuan dua pihak, bukannya keterpaksaan seks untuk kebahagiaan satu pihak saja. 


12. Saya bersimpati kepada ramai wanita melayu yang tidak tercerah hal ini dan tidak mendapat pencerahan. 


13. Perempuan melayu banyak kena brainwashed dengan naratif ugama sangat jumud. 


14. Paras kebahagiaan perempuan melayu dalam perkahwinan boleh dilihat melalui luahann luahan perasaan mereka di dalam social media. 


15. Tidaklah menghairankan, oleh sebab orang orang tua melayu juga kerap berpesan kepada anak muda melayu iaiti jika berkahwin, ada orang jaga makan pakai, gosok baju. 


16. Daripada satu sudut ia kelihatannya manis. Daripada sudut yang lainnya, ia bermakna kesenangan kepada lelaki dalam perkahwinan. 


17. Perempuan melayu menggalas beban perkahwinan (tanggungjawab) yang berat. Manakala sebaliknya bagi laki laki melayu, selalu diingatkan bahawa 'ada orang jaga makan dan minum'.


18. Soal saya, mengapa naratif begini kaum perempuan melayu tidak nampak ketempangan hujahnya? 


19. Jelas, mereka sebenarnya sudah brainwashed untuk menjadi wanita yang tunduk demi mendapat syurga. Ini dikatakan sehingga syurga di bawah tapak kaki suami, dan dengan itu ramailah laki laki melayu menjadi king di dalam rumah. 


20. Hal ini yang akan membuatkan sebenarnya perkahwinan dalam kalangan melayu banyak perceraian - akibat tertekan dengan tanggungjawab, expectation masyarakat, harus tunduk dengan ugutan ugutan ugama, selalu diingatkam kalau bercerai bermakna Tuhan tak suka, bergegar arasy. 


21. Ini sudah tahun 2021. Abad ke 21, manusia semakin moden, namun arus pemikiran melayu masih di tahap lama yang kuno, tafsiran patriakinya ugama. 


22. Kasihan sungguh perempuan melayu. 


23. Semoga perempuan melayu khususnya dan secara amnya dapat membebaskan diri daripada segala kekalutan dan kekeliruan dalam berugama Islam. 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?