Optimistik dan pesimistik: two sides of the same coin?

 Dear readers. 

Salam. 


1. Mindset yang positif dan ketidak putus-asaan dalam kehidupan memainkan peranan penting. Dunia ini memang berhierarki kerana itu adanya pangkat dan tingkat tersendiri, adanya kaya dan miskin, adanya pandai dan kurang pandai, adanya berjaya dan kurang berjaya. Itu faktanya kerana itu dunia bukan syurga yang semua orang menghadapi kebahagiaan hidup. 


2. Selain itu, punyai tujuan yang jelas dan tahu apa yang hendak dilakukan merupakan ingredient penting untuk dia mencapai apa yang dia nak capai. 


3. Jarang saya nampak pelajar samada sekolah atau di universiti, berjaya tanpa ada purpose, dan misi apa yang dia nak dalam kehidupan. 


4. Biasanya mereka ini tahu apa dia mahu. Dan biasanya mereka punyai semangat juang yang tinggi dalam kehidupan, tidak berputus harap. Dia gagal lagi, dia bangun lagi. Sekali gagal, dia berjuang lagi. Dia sentiasa optimistik.


5. Berbeza dengan kawan yang saya jumpa, agak kerap mengeluh tentang kehidupan, cemburu kehidupannya tidak sama dengan orang lain (gap poor-rich), rasa anxiety dia tidak dapat apa yang dia mahukan, tidak punyai tujuan yang jelas. 


6. Kalau dia belajar, dia drop out. Kalau dia bekerja, kerja pun separuh hati, contohnya. Kalau dia bergaul bersama kawan, ada tendency untuk ada rasa insecure dan kurang self confident. 


7. Self confident ini, kita tidak boleh suruh orang bantu kita. Confident akan datang kepada kita hanya kita yang ingin berubah. 


8. Dan kebanyakan orang yang boleh pergi jauh dalam kehidupannya, ada self confident yang bagus, walaupun dia datang daripada keluarga B40.


9. Self confident yang rendah, akan memberikan fikiran negatif, dan kurang motivasi. Self confident yang tinggi, akan memberikan motivasi untuk kita berjaya.


10. Jelas, inilah perbezaan mentaliti orang yang optimist dan cukup energy untuk ke hadapan. Mereka tahu apa mereka hendak buat, ada planning.


11. Pepatah mat saleh if you failed to plan, you plan to fail sebenarnya memang betul.


12. Kemiskinan boleh diubah. Tak hidup kaya, selesa sudah memadai. Cukuplah itu. 


13. Kehidupan bukan perlumbaan pun. Perlumbaan yang dimaksudkan wujud disebabkan hierarki dunia. 


14. Tetapi tentang bagaimana kita menghabiskan kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?