Bahana toxic masculinity.
Dear readers. Salam. Isu isteri pukul suami sehingga maut. 1. Pelakunya, positive meth dan amphetamine, ada rekod dadah dan jenayah mendatangkan kecederaan. Pernah kena tangkap dengan polis dah sebelum ni. 2. Saya tak pasti kenapa suami dia a.k.a mangsa masih bersama dengan dia juga. Mungkin sebab anak-anak, memandangkan mereka ada 2 orang anak bersama. Mungkin sebab sukar nak bercerai, kena banyak guna duit. 3. Mungkin sebab toxic masulinity, yang mana dah jadi budaya di mana lelaki tidak boleh dilihat sebagai lemah. 4. Atau mungkin ada pelbagai 1001 sebab kenapa mangsa kekal memilih bersama dengan pelaku. 5. Kes ini mengingatkan saya kepada satu dokumentari "Abused by My Girlfriend". 6. Kisah benar seorang lelaki bernama Alex Skeel yang didera oleh teman wanitanya Jordan Worth. 7. Alex bukan sahaja didera secara fizikal, malahan juga secara mental. Jordan merupakan WANITA PERTAMA yang disabitkan bersalah atas dakwaan keganasan domestik d...