Thucydides, minimalist realism dan Perang Peloponnesia

Dear readers. 

Salam. 


1. Thucydides dah lama pesan dalam buku dia, sebuah negara yang berperang antara mereka bukannya semata-mata kehilangan balance of power bila satu-satu negara tu upgrade capability dia. 


2. Balance of power yang semua realist modern pakai dalam argument dia adalah semata-mata secara literal, dunia bersifat anarchy.


3. Interpretation mereka melebih-lebih dan salah tafsir Thucydides.

.

4. Walaupun Thucydides seorang political realist, tetapi dia sendiri tidak cakap pun state perlu mengetepikan moral (baca: political party perlu mengetepikan moraliti). 


5. Bermula daripada Machiavellian realism lah yang mula laid foundation pada dunia international system, termasuk sistem politik national. Pemikir ancient Greek itu tak pernah pun menyingkirkan soal adil dan justice dalam politik. 


6. Dan Thucydides tak cakap pun kita kena jadi idealist, iaitu percaya soal absolute peace. Hal sebenarnya adalah peace takkan wujud.


7. Thucydides mengerti hal itu dan beliau tak naif. Beliau sendiri cakap kalau terlalu banyak passion, semangat macam Trump, dia tak seimbang. 


8. Boleh berlaku perang. Terlalu banyak memperjuang justice, moraliti, macam orang-orang agama, pun tak seimbang. 


9. Sebab itu politician tak boleh memilih orang-orang yang "terlalu baik". Orang orang yang baik, harus jadi guru.


10. Dalam politik, moraliti dan self interest adalah dua benda yang bukan mutually exclusive. Sebab seorang positif dan seorang negatif. Tapi ia memerlukan dan saling melengkapi. 


11. Bermakna politik walaupun jahat, kena ada sisi baik. Cuma beza Thucydides punya version realism adalah minimalist realism. 


12. Realism jenis beliau masih menitikberatkan soal moraliti dan tidak berlebih-lebih, dan ini berbeza dengan  modern realism.


13. Dalam Peloponnesian War by Thucydides, Athens yang memaksa Sparta untuk berperang. Dalam essay Thucydides, Athens yang kurang ajar ajak berperang (invade). 


14. Sparta cakap dia tak mau perang, dia nak berkecuali. Apasal pulak Athens nak memaksa Sparta untuk berperang kalau dia nak berkecuali? 


15. Jelas, ini bukannya kes balance of power dah hilang dan kemudian terjadinya perang antara dua negara itu. Balance of power bila hilang, akan berlaku perang.


16. Ini hujah school of thought modern realism iaitu konco-konco anak didik terkemudian Machiavellian realism (structural realism). Masalah sebenarnya adalah sikap yang MENOLAK moraliti sepenuhnya dalam pekerjaan politik mereka. 


17. Bila orang-orang macam ini menolak moraliti - dunia ini dan segala sistem politik akan terlihat umpama anarchy. Tiada siapa yang menjaga "authority" sistem antarabangsa, dan sebab itu state jadi huru-hara, dan inilah mulanya berlaku perang. 


18. Dalam konteks political party, sebab itu terjadi huru hara. Inilah sebenarnya yang sedang terjadi. Bila hilang moderation, kita akan cuba untuk invade hak orang lain. 


19. Dalam kuil di Athens, ada tertulis di atas siling itu, "live in moderation". Dia tak cakap menjadi bijaksana atau pemurah atau apa saja nilai baik. Dia menulis, moderation. 


20. Itu prinsip pertama dalam hidup. Sufi, pun turut cakap mengenai moderation kan? Taoism juga. Indian philosophy pun. Amalan orang Melayu juga, mementingkan konsep kesederhanaan, kan? 


21. Sebelum bincang pasal idea idea nilai lain, kesederhanaan atau moderation comes in the first place! 


22. Politician ibarat state. Dan state adalah reflection pada human nature. Kenapa state kacau bilau, jiwa manusialah yang kacau bilau. 


23. Dalam Perang Peloponnesia itu, kenapa boleh terjadi, Thucydides kata, ianya salah Athens sendiri. Orang-orang mereka yang bersikap action-oriented, open society, mengamalkan demokrasi inilah yang menjurus kepada sikap ingin menakluk (imperialism). Beza di Sparta sebab dia tak demokratik, sebab itu dia tak ada idea macam Athens.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?