Perempuan domestik dan publik.

Dear readers. 

Salam

1. Terbaca  ada satu penulisan berkenaan perempuan, dapur dan di ranjang. Aku suka betul penulisan macam ini. Jujurnya aku tak suka perempuan disinonim dengan dapur dan ranjang. 


2. Aku tak suka peranan perempuan sebatas itu: dapur dan di bilik tidur. Aku tak lahir di zaman kuno lalu yang konservatif yang mana perempuan di rumah saja menunggu suami pulang dan menyiapkan makanan ketika lapar. Ruang sebatas itu tidak ada intelektualnya sebab ruang untuk mereka menjadi intelektual tidak ada. 


3. Aku rasa memang bahagia kalau tengok perempuan muda bijak dan kalau aku tengok gambar makwe macam dalam blog ini baca soe hok gie. Korang tahu, makwe makwe yang boleh korang ajak bincang benda deep, besar, serius, sambil date di coffee shop.


4. Makwe camni matang, dan kau dapat belajar sesuatu dengan dia. Rumah dia confirm ada small library khas yang dia wujudkan. Kalau aku cari sahabat pun aku suka gang gang macam ini. Memang lah berbagai jenis manusia di dunia. Tak semua perempuan intelek. 


5. Cuma aku berasa aku suka untuk encourage perempuan untuk terbang tinggi dan tidak sebatas tugasan domestik sahaja. Dalam erti kata lainnya, aku nak tengok perempuan berjaya, ada duit sendiri, boleh pergi mana dia suka dan dia tak terikat dengan perkahwinan yang menghambakan dirinya.


6. Aku tak nak perempuan nampak bodoh banga... aku suka perempuan jadi mak, bijak, berduit dan mandiri. Begitulah pandangan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?