Melayu, takdir dan Tuhan.

 Dear readers,

Salam. 


1. Sekadar terfikir. Kawan maya saya berkata mengapa orang orang kaya macam memilih yang kaya. Orang orang berpendidikan akan memilih yang berpendidikan. 


2. Dia berkata orang semacam ini akan dikecam, kerana agak memilih. 


3. Saya tak berfikir semacam dia. Kalau ditanya kepada saya, memang saya menggalakkan yang kaya harus memilih yang kaya. Yang agak intelek, pilihlah pasangan sama intelek. 


4. Kedua dua kriteria ini, penting untuk kesesuaian sama fikiran. Saya happy tengok kawan saya anak VVIP juga berkahwin dengan pasangan yang juga VVIP. 


5. Saya melihat benda ini untuk tidak ada masalah di kemudian harinya - dari segi cara berfikir, perspektif tentang masa depan, dan semangat mereka untuk terus maju. 


6. Yang bijak pun, saya tak galakkan kawan bijak saya memilih yang lebih bodoh di bawah mereka. Memang itu aturan dunia ini, ada orang akademik tinggi dan rendah. 


7. Saya melihat kawan kawan yang akademiknya tidak terlalu ketara (hampir sama), adalah pasangan yang sesuai. 


8. Sebab itu saya komen kepadanya, kesekufuan dalam berfikir amat amatlah penting, especially kawan kawan saya yang memang dah biasa bergelumang dengan dunia intelektualism dan buku. 


9. Tetapi saya tak tahulah kes orang lain bagaimana.


10. Masing masing bebas mencipta perspektif masing masing mengikut kesesuaian tahap berfikir masing masing.


11. Cuma apabila ditanyakan soal takdir kepada orang Melayu, saya beranggapan, orang Melayu kerap menyerahkan pasangan mereka kepada Tuhan. 


12. Kata mereka, pasangan hidup adalah takdir Tuhan. Alasan, Tuhan berkuasa dan Tuhan menentukan. 


13. Mudah untuk membaca corak berfikir Melayu dan takdir, kerana memang orang berugama akan berfikir demikian.


14. Tetapi, tak ramai juga orang melayu berfikir, perihal pencarian pasangan sebenarnya mereka yang berkuasa menentukan. Ia bukan semata mata kehendak Tuhan. 


15. Ini sebenarnya persoalan kefalsafahan. Persoalan tentang kehendak (will) dan takdir (destiny). 


16. Saya cuma berfikir, sebenarnya apa apa yang kita dapat: pasangan, kerja, pendidikan dan lain lain kenikmatan adalah kehendak manusia sendiri - dengan keiizinan Tuhan juga. 


See? Nampak tak perbedaan? Di antara Tuhan menentukan dan Tuhan mengizinkan?


17. Tuhan tidak mencampuri urusan manusia, melainkan ada setengah setengahnya yang dicampuri contoh aspek kematian, itu tiada pilihan. Macam mana. Kita semua harus mati.


18. Pernah tak terfikir, mengapa soal pendidikan kita boleh berkata kita harus berusaha, tetapi soal yang sama tentang pasangan adalah semua urusan Tuhan? 


19. Mengapa orang Melayu berkata demikian? 


20. Adakah kepercayaaan meletakkan jodoh ini menunjukkan tahap ketaatan orang Melayu kepada Tuhan? Belum tentu juga sebenarnya.


21. Lalu orang Melayu juga sering diingatkan untuk mencari pasangan yang tahu beragama. 


22. Saya berfikir, ya berugama, belum tentu juga menjanjikan kebahagiaan, bukan? 


23. Buktinya, ramai juga orang yang berugama tetapi malah sikapnya buruk, tiada common sense, bodoh dan jahil tentang kebaikan. 


24. Adakah ugama harus dijadikan bancian utamanya? 


25. Kalau ditanya kepada saya: ikutlah keselesaan yang kamu rasa kamu mahukan di dalam kehidupan. 


26. Saya yakin, perkara perkara seperti jodoh, yang kamu dapatkan sekarang, adalah sebenarnya pilihan kamu juga jadi samada jodoh itu buruk atau baik, kamu yang menentukannya. 


27. Sebabnya, kamu juga yang memilih. Sebab itu saya kurang berkenan dengan orang yang mendapat pasangan yang tak baik, kemudian cepat berkata itu takdir Tuhan memberikan dia pasangan begitu. 


28. Mereka terlupa (sebenarnya mereka sudah tahu sikap sebenar pasangan). Mereka tahu ia kaki pukul, kaki hisap dadah, kaki perempuan, tetapi disebabkan (mungkin) tekanan untuk harus berkahwin, mereka ambil keputusan yang cemerkap, tidak berfikir panjang, kahwin sekadar ada pasangan. 


29. Apakah maknanya ini? Kemudian disalahkan Tuhan lagi. Manusia tidak malu, disebabkan kebodohan masing masing di dalam memilih, mereka tidak mengakuinya malah menyalahkan itu takdir Tuhan.


30. Sartre, seorang atheist itu malah lebih bijak daripada orang berugama. Katanya, takdir kita, kita yang tentukan. Kita tidak memilih pun, bermakna kita memilih untuk tidak memilih. Kita lah juga yang hipokrit jika berkata tidak ada pilihan. Setiap detik dan saat, kita memilih. 


31. Tiada paksaan sebenarnya dalam kehidupan ini.


32. Mustahil, Tuhan Maha Esa yang telah memberikan dunia sebagai tempat ujian kepada kita, ingin mengatur atur pula kehidupan bagaimana yang kita harus lalui. Ia kan ujian? Macam mana si tukang pemeriksa kertas ujian kita mahu masuk campur pula atas jawapan yang kita mahu tuliskan di dalam kertas peperiksaan? 


Ia berbau absurd, sekali! 


33. Sebelum takdir itu terjadi, kita sebenarnya yang telah membuat pilihan, barulah takdir itu terjadi. Begitulah. 



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?