Posts

Showing posts from 2014

The Key to Success! : Aql dan Qalb (hati) Bersatu.

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. 1. Seminggu lepas, kuliah pertama Islamic Philosophy saya. Seperti biasa, saya dan falsafah umpama aur dengan tebing - berpisahnya langsung tiada. Saya berasa seronok betul dapat kembali memegang buku falsafah dan belek2 buku falsafah di library Hamzah Sendut berjam2 lamanya. Nama Sendut itu kelakar kan! Selalu saya gelak. 2. Dan seperti biasa juga, saya belajar lagi dengan professor kegemaran saya lah siapa lagi. Sudah lama tidak berjumpa dengannya dan berhujah dengannya rasa rindu pula! Cuti semester 2 bulan langsung tidak berpeluang berhujah soalan2 falsafah, 3. Hari ini saya belajar mengenai aql (intellect) dan qalb (hati) atau dalam bahasa Melayunya Qalbu. 4.  Dalam falsafah Islam, kadangkala juga digelar falsafah Arab. -dalam tubuh manusia, ada dua benda penting a) hati b) aql  5.  Kadangkala, apabila hati dan aql adalah tidak sama, ia tidak mendatangkan kebahagiaan.  -sbg contoh : Apabi

Selamat menyambut bulan Ramadhan. !! :)

Dear readers, Assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.        Tamat sudah perjalanan hidupku di USM untuk semester kedua ini. Wuargghh seronok gila! Banyak suka dan duka, (tapi lagi banyak suka, duka sikit je sebab aku bukannya individu yang suka sangat menyedihkan diri sendiri) tetapi yang paling saya seronok adalah kepuasan belajar. Saya sangat puas dapat belajar subjek2 yang bagi saya unik dan penuh hikmah, yang dapat membantu saya untuk mencari hakikat hidup ini, serta mengenali diri saya sendiri.        Semalam baharu habis final exam. Rasa heaven sudah habis, lepas tu masuk bilik hostel nyanyi sorang2 dengan cubixmate hahahah!! Setelah derita enam bulan kerana kerja terlampau lah banyaknya, kuliah pula macam haram setat jam 8 pagi, (memang cerita dia banyak kali juga terlepas kuliah sebab selepas solat subuh tidur balik sebab mengantuk sangat), tapi nasib baik yang saya terlepas tu tidaklah penting sangat. Profesor semua tua2 tetapi sangat best! Prof

Memori itu...

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Sudah lama saya ingin post mengenai pengalaman saya menjalankan kerja2 kemasyarakatan di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar. Hari ini baharu berkelapangan untuk menceritakan kembali peristiwa itu, yang mana memori itu kekal tersemat dalam diri saya. Sekolah tersebut merupakan sekolah asrama. Petang itu, kami ada aktiviti sesi suai kenal dengan pelajar tersebut. Banyak yang kami borakkan. Tiba2, dalam rancak berborak, ada seorang budak mengadu, kerja banyak, bahasa inggeris susah, cikgu itu-ini, - pendek kata langsung tidak ada semangat untuk belajar. Dan mereka itu semuanya melayu. Saya renung mata mereka dalam2. Saya sedih. Saya nasihat. Adik2 kakak di sini. Kalau kita hidup susah, jangan sesekali kita pun mewarisi kemiskinan keluarga kita. Biar ayah mak kita miskin, jangan kita juga miskin. Kalau kita rasa hendak hidup dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan

Dia ingat aku rupanya!

Dear readers, assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Minggu lepas hari jumaat ada satu wacana mengenai sejarah. Gan : budak cubemate saya pergi. Niat di hati nak pergi juga, tetapi majlis start jam 8 pagi tak jadik saya nak pergi tidur lagi baik huhhuhu! (sape suruh buat jam 8 pagi kan kan) Lepas tu, sembang dengan saya masa kami dalam bilik. Wawa. Haritu tugasan sejarah you ada jumpa prof xxxxx kan? Saya cakap ha'ah ada. kenapa? ''You tahu tak, prof xxxxx ada sebut. -"ada pelajar, tahun 1 jumpa saya. saya tanya dia. apa tu sejarah melayu? sejarah melayu pun dia tak tahu". Ada tak pelajar tahun 1 kat sini? Gan kata lagi : masa tu nada prof  tu gurau2 kelakar menceritakan kejadian tu. Semua audience gelak. Saya terkejut la, bercampur ketawa sikit. haahhaa?? takkan tu pun prof ingat. yang kelakarnya dia pergi cerita satu dewan. Masa itu saya dapat tugasan thesis beliau - iaitu sejarah melayu dokumen politik.

Pilihan kita.

Dear readers, Assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Kita kadangkala tanpa sedar telah menganggapi sesuatu perkara itu benar namun sebenarnya ia tidaklah benar. Kita sering menentukan itu bagus dan yang ini tidak bagus. Itu adalah betul dan ini adalah salah. Perkara ini merupakan salah satu kelemahan pancaindera dan pemikiran kita. Fikiran-fikiran yang lahir dalam kehidupan kita sehari-hari itu sungguh pun merupakan asas bagi segala fikiran, namun ia adalah kusut, samar-samar, tidak sistematis bahkan sering bertentangan antara satu sama lain. Contohnya. Ada seorang ahli politik yang sangat dikenali ramai. Telah mendapat musibah yang melanda dirinya, contohnya disaman sebanyak 2 juta. Apakah yang dikatakan dan difikirkan oleh orang2 nya yang menyokong akan dirinya? "marilah kita solat hajat beramai2 bagi membolehkan dia terlepas daripada tuduhan itu. padahal sudahpun dijatuhkan hukuman perlu membayar saman 2 juta kepada pihak defendan.

Ungku Aziz : "Nilai seorang pekerja".

Dear readers assalamualaikum. Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Tadi saya ada baca artikel berkenaan tulisan Ungku Aziz. Bagi saya pendapat beliau sangat betul bagi mendefinisikan melayu kini. Saya berharap agar tulisannya dapat mewujudkan anjakan paradigma pemikiran kita. Baca tulisan beliau di bawah : Nilai Seorang Pekerja Di Mata Prof. Diraja Ungku Aziz   Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar ge

Falsafah : Prof Zailan

Dear readers, Assalamualaikum Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Hari ini. Banyak sekali. Perkara berlaku. Dalam hidupku... Tidak saya kesali sedikitpun pengantar yang saya ambil. Saya sangat seronok! Tidak pernah saya alami kepuasan dan keseronokan belajar seperti ini. Saya berasakan bahawa tiap2 bait kata yang profesor cakapkan itu semuanya seronok. Tidak ada yang tidak seronok melainkan seronok! Tadi buat pertama kali saya memasuki kelas falsafah di BT2. Hari ini adalah pertama kalinya saya bertemu secara live bersama pensyarah yang paling saya kagumi dan hormati dan tidak sabar2 hendak saya jumpa semasa masih lagi berada di sem 1 iaitu prof zailan Moris. Tidak saya sangka orangnya sangat seronok dan menarik. Dengan penampilan yang sederhana, beliau tidak nampak sombong walaupun saya tahu beliau hebat. Yang saya pasti, saya nampak kasih sayang di dalam matanya terhadap anak2 muridnya. Beliau tidak perlu berlagak seperti seolah2 beliau yang paling bagus dengan

Habis sudah first sem ku!

Hello, Assalamualaikum semua! Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa. Nampaknya… berlalu sudah satu sem di USM. Pejam celik, pejam celik sudah berlalu hari2 yang sangat sibuk dan yang asing bagi diriku. Apabila berada di tempat orang, maklumlah berbagai2 ragam manusia yang diri ini jumpa. Itulah manusia. Masa mula2, alangkah susahnya hendak menyesuaikan diri di university. Susah woo… bukan main hafal2 macam di sekolah dolu-dolu… ni banyak main dengan research, cari buku di library, study subjek2 baharu…pendek kata semuanya kena inisiatif sendiri. Mana ada spoonfeed macam sekolah dolu-dolu. Sudah la pelik2 subjek yang aku belajar di sini...Dalam aku terkial-kial mennyesuaikan diri, dalam mulut mengomel kerja banyak namun berjaya juga aku atas usaha aku. Tak tahu la apa keputusannya selepas ini. Aku baru sahaja habis final exam sem satu 2 hari yang lepas. Tu yang balik Ipoh terus aku shopping sakan!! Tension bohh!! Tapi, bukan senang nak senang. Bukan susah nak sus