Pilihan kita.

Dear readers, Assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



Kita kadangkala tanpa sedar telah menganggapi sesuatu perkara itu benar namun sebenarnya ia tidaklah benar. Kita sering menentukan itu bagus dan yang ini tidak bagus. Itu adalah betul dan ini adalah salah. Perkara ini merupakan salah satu kelemahan pancaindera dan pemikiran kita.


Fikiran-fikiran yang lahir dalam kehidupan kita sehari-hari itu sungguh pun merupakan asas bagi segala fikiran, namun ia adalah kusut, samar-samar, tidak sistematis bahkan sering bertentangan antara satu sama lain.


Contohnya. Ada seorang ahli politik yang sangat dikenali ramai. Telah mendapat musibah yang melanda dirinya, contohnya disaman sebanyak 2 juta.


Apakah yang dikatakan dan difikirkan oleh orang2 nya yang menyokong akan dirinya?


"marilah kita solat hajat beramai2 bagi membolehkan dia terlepas daripada tuduhan itu. padahal sudahpun dijatuhkan hukuman perlu membayar saman 2 juta kepada pihak defendan.


Mari kita lihat. Ada sepotong ayat Al-Quran mengatakan bahawa "Allah tidak akan mengubah hidup sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri".


Adakah dengan hanya solat hajat tanpa berbuat apa2 dengan yakinnnya umat Islam itu Allah akan sekelip mata menolong hambanya tanpa usaha?


Adakah kita menganggap bahawa oleh kerana kita ini Islam, Allah pasti akan menolong kita tanpa perlu pun berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah semahunya hanya kerana kita ini Islam.


Habis itu bagaimana pula dengan individu lain yang bukan Islam? Mereka juga Allah bagi rezeki berdasarkan hasil usaha masing2. Walaupun mereka bukan Islam.


Seperti juga pertelingkahan di negara2 Arab sana.


Yang sering bergaduh sesama sendiri. Ingin melepaskan pucuk masing2.


Seperti peperangan di Palestin, Syria dan sebagainya.


Maka negara2 Islam yang lain yang tidak terlibat hanya mendoakan kesejahteraan negara2 bergolak tersebut tanpa memikirkan sebarang usaha bagi mendamaikan kedua2 pihak.


Bagi menghentikan keganasan daripada terus berlaku.


Namun yang berlaku pada hari ini adalah negara2 Islam yang tidak terlibat ini tidak pun berusaha apatah lagi ingin menolong dalam menyelesaikan masalah tersebut.


Malah lebih kepada polisi "negara masing-masing".


Saya sangat berbangga Malaysia selalu memainkan peranan di peringkat antarabangsa mahupun serantau. Namun adalakanya misi kemanusiaan itu tidak boleh dihebahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan.


Tetapi, jika lihat kembali, walaupun Malaysia bergiat aktif dalam memberikan bantuan kepada negara2 Islam, kalau negara2 Islam yang lain hanya acuh tidak acuh dalam penyertaaan mereka itu pun tidak berguna juga.


Jika hanya sebelah pihak sahaja yang aktif manakala satu pihak lagi bacul dan mementingkan diri sendiri segala yang dirancangkan tidak akan menjadi realis.


Sebab itu kita lihat peranan OIC tidaklah berjaya dan bermakna sepenuhnya apabila hanya Malaysia sahaja yang benar2 ikhlas menolong manakala satu lagi pihak amat keras kepala.


Kadangkala saya berasa geram kerana negara2 Arab ini kaya, dan kebanyakan negara2 minyak. Mengapa perlu takut sedangkan Malaysia yang kecil ini pun ada telur?


Dan dengan itu hanyalah doa sahaja yang dapat diberikan kepada negara2 Islam yang bergolak tersebut.


Tanpa sebarang usaha yang lebih mendatangkan hasil yang lebih dinamik lagi.


Memang senjata itu adalah doa. Tetapi kita lihat kembali.


Adakah dengan mudah Allah akan memakbulkan doa seorang manusia itu hanya kerana dia seorang Islam tanpa berusaha apa2?


Oh jikalau begitu Allah akan dilihat sebagai tuhan yang tidak adil.


Tetapi Allah tidak. Dia hanya akan beri rezeki kepada sesiapa pun walaupun bukan Islam. Yang menunjukkan bahawa Allah itu maha adil dan maha pemurah.


Itu sebab saya berasakan bahawa peperangan di negara2 Islam tidak berkesudahan itu adalah merupakan pengajaran dan ujian kepada umat Islam.


Dia tidak mahu hambanya hanya berdoa tanpa berbuat apa2. 


Begitu juga dalam kalangan kita. Apabila tibanya peperiksaan, kita akan kata.


"oh takpelah aku dapat apa pun itu takdir dan ketentuan tuhan".


Tanpa perlu berusaha kebanyakan dari kita menyalahtafsirkan konsep 'takdir dan ketentuan tuhan".


Apakah itu takdir? Takdir adalah benda yang sudah ditetapkan oleh tuhan.


Jadi, maka jadilah ia.


Namun, kita kadang2 kita berfikir :

"ahhh aku dapat C je untuk subjek ni. Takdir".

"aku tak dapat cari kerja la mat. Takdir aku la tu.". 


Apa kata kita ubah segala yang dinamakan "takdir" itu.Sebab kita sendiri yang menentu dan mencorakkan perjalanan hidup kita.


Allah sebagai pemberi rezeki kepada kita, tugasnya menentukan apa yang terbaik dan tidak untuk kita.


Itu sebab ada benda yang kita usaha tidak dapat, namun rupanya Allah mahu berikan kepada kita benda yang lebih baik daripada yang kita mahukan itu.





















 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?