Falsafah : Prof Zailan

Dear readers, Assalamualaikum
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


Hari ini. Banyak sekali. Perkara berlaku. Dalam hidupku...


Tidak saya kesali sedikitpun pengantar yang saya ambil. Saya sangat seronok! Tidak pernah saya alami kepuasan dan keseronokan belajar seperti ini. Saya berasakan bahawa tiap2 bait kata yang profesor cakapkan itu semuanya seronok. Tidak ada yang tidak seronok melainkan seronok!


Tadi buat pertama kali saya memasuki kelas falsafah di BT2. Hari ini adalah pertama kalinya saya bertemu secara live bersama pensyarah yang paling saya kagumi dan hormati dan tidak sabar2 hendak saya jumpa semasa masih lagi berada di sem 1 iaitu prof zailan Moris. Tidak saya sangka orangnya sangat seronok dan menarik. Dengan penampilan yang sederhana, beliau tidak nampak sombong walaupun saya tahu beliau hebat. Yang saya pasti, saya nampak kasih sayang di dalam matanya terhadap anak2 muridnya. Beliau tidak perlu berlagak seperti seolah2 beliau yang paling bagus dengan kelulusan yang tinggi seperti sesetengah pensyarah yang saya kenal. Sebenarnya, perwatakan pensyarah yang sangat down to earth lah yang paling budak2 sebaya saya hormati.

Tadi kelakar gila. Sebelum ini saya ada menghantar e-mail sebanyak 2 kali kepada prof moris. Tetapi prof tidaklah mengenali siapa individu yang menghantar email tersebut. E-mail saya adalah berkenaan dengan pengantar falsafah juga. Saya banyak tanya dia soalan sampaikan dia ingat nama email saya "emrys balinor". Mungkin nama itu unik.

Kemudian dia tanya.


Siapa yang e-mail saya sebanyak 2 kali ?  Ada dalam kelas ni atau tidak?


krik krik . Tiada jawapan.


Saya hanya mendiamkan diri kerana pada masa itu ramai kawan2 saya dalam kelas jadi saya malu sedikit untuk mengangkat tangan. Dan juga pada masa itu saya melihat nada suaranya sangat serius jadi saya tidak mengaku.


Tidak lama selepas itu, kelas pun berakhir. Yang saya terperanjat kerana dia mahu mengenali pelajar yang menghantar email tersebut.


Dengan malu2 saya menegur dia dari belakang.


"Prof!"


Dia berpaling.


"Saya lah orang tu".


Kemudian dia ketawa  dan bertanya:

"kenapa tak angkat tadi?"

"malu la prof.. depan2 kawan tak kenal semuanya.. "

lepas tu dia gelak.

"nama siapa?"


"najwa".


"ohh.. najwa"..

"Macam mana kamu tahu pasal falsafah ni?"

"Oh, ada seorang abang senior tu, yang pujuk dan bagitahu saya mengenai bidang falsafah ni. Kalau bukan sebab dia, saya pun tak pasti adakah saya betul ambil falsafah atau tidak. Puncanya, sebab saya nak lari dari ambil pengantar BM, saya tak suka BM, boring."

"Yeke..siapa senior tu?"

"Abg steward".

"Oh! steward...kamu orang sarawak ke"?

"Eh! taklah prof! Saya orang Ipoh la hehehe".


Keesokannya, lepas habis kuliah falsafah, saya sembang dengan dia sekejap. Kemudian dia minta no telefon saya.

Dalam hati saya pelik kenapa la prof ni nak tahu sangat siapa email dia.


Ye la saya ni student biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan dia tu tokoh akademik usm tu.


 rupanya.


Menurut cerita senior, tidak ramai yang berminat mendalami falsafah.


Mungkin saya sahaja yang daripada semester 1 berani email dia bertanyakan pasal falsafah.


Mungkin juga dia menghargai minat saya.



ps : Kepada prof. saya berharap agar prof dapat membimbing saya dengan baik. Prof sangat menarik.

Comments

  1. Salam.. hi adik.. prof zailan memang best, kak iki pun dulu belajar falsafah dan memang sangat excited nak ke kelas selalu ;) best sgt

    enjoy falsafah class n be happy always!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?