Cinderella sudah mati

Salam. 

Dear readers. 


1. Kalau anda perasan ada sebuah lagu Cinderella's Dead di YouTube iaitu seorang artis muda gen Z yang membawakan lagu lagu genre tik tok dan dance. Tetapi liriknya menarik sebab ramai orang terutamanya wanita yang terkesan dengan lirik itu, terutamanua wanita yang kahwin terlalu muda atau kes child bride. 

.

2. Wanita tersebut tidak mendapat pendidikan yang baik dan malah tidak bekerja, tidak ada pendapatan sendiri maka terlalu bergantung kepada suami mereka. 

.

.

I was nineteen in a white dress

When you told me I'm your princess

So, I played right in to your fantasy

Was your good girl, so I'd sit tight

And if I don't speak, then we can't fight

Looked in the mirror, now I can't believe

.

I forgot I was a bad b****, tragic

Breaking all the rules 'cause they were only habits

Cinderella's dead now, casket

You thought the shoe fit, but I

I forgot I was a bad bitch

.

.

3. Tetapi apabila perkahwinan mereka tidak menjadi, terus penampilan mereka berubah dan begitu tepat tajuk lagu tersebut yang merujuk kepada mereka iaitu cinderella's dead atau cinderella sudah mati. Yang telah gagal itu memberi satu perspektif baru kepada mereka.

.

.

4. Figura cinderella sebenarnya hasil ciptaan idealism dan angan angan masharakat yang ingin mengatur apa wanita mahu lakukan dan apa wanita perlu jadi atau wanita perlu menjadi seperti apa. Anda tak pandai masak? Bukanlah emak yang baik. Anda tak ada duit sendiri? Menghabiskan duit suami. Anda gemuk dan kulit tidak cerah? Anda buruk dan hodoh. Anda tak pakai make up? Anda tidak bergaya! 

.

.

5. Kerana itu wanita wanita itu kerap menunjukkan sisi yang mana mereka akan mengubah apa yang mereka tidak puas hati pada diri mereka untuk kesenangan laki lakinya. Mahu kulit putih taknak kulit tan, mahu kurus keding tak boleh berisi sedikit, mahu jadi lemah lembut jangan melawan kerana itu contoh wanita ideal yang masharakat impikan.

.

.

6. Begitulah naratif mengapa kalau anda perhati wanita kerap mengubah apa yang mereka sudah ada pada dirinya. Ianya sebenar mereka tidak sedar untuk memancing perhatian dan kehendak laki lakinya kerana hal itulah yang laki laki berfantasi kepada para wanitanya. Laki laki rata rata mencebik wanita suka mengubah macam macam. 

.

.

7. Tetapi, tanpa anda sedari, itulah yang anda mahukan, dan itulah mengapa mereka wanita menjadi demikian rupa! Anda mencebik mereka bermake up, anda mencebik mereka tidak putih, anda mahukan mereka kurus, mereka telan pil kurus dan jus jus manis sehingga affect buah pinggang mereka, anda mahu mereka menjadi apa yang anda fantasikan! 

.

.

8. Ironinya kembali, anda tidak sedar perkara itu. Anda pula mencebik mereka pakai make up berdebu.  That's it, bingo! It takes two to tango! 😄 

.

.

9. Kecuali wanita yang tercerah dan sedar, mereka adalah kelompok lain yang lebih bijak. Biasanya mereka educated atau street smart. Mereka cekap dan mereka tidak terpengaruh dengan semua ekspektasi masharakat yang obsesif dengan produk kurus, kulit putih, boobs besar, punggung besar dan sebagainya. 😄 

.

.

10. Anda boleh tonton di tik tok ataupun di kompilasi kompilasi video YouTube/ reels yang mana lirik itu menunjukkan kesinambungan aspek wanita yang terlalu baik, diasuh dan dididik menjadi "gadis baik yang ideal" ataupun "good girl" yang diimaginasi oleh rata rata masyarakat kepada wanita tersebut, namun apabila sudah sampai tahapannya atau limit kesabaran masing masing, feminity iaitu passivity, wanita penurut, tidak lagi terlalu dominant kepada diri wanita tersebut. 

.

.

11. Mereka akan terus berubah kepada gaya yang lebih maskulin iaitu agresif, dominant, suka bersaing, tidak pasif lagi malah berani. Tidak ada lagi penampilan umpama cinderella iaitu "awak menentukan apa saya jadi atau awak boleh memijak saya". 

.

.

12. Sebenar, ia cuma bermaksud kebebasan. Usah biarkan apa orang menentukan apa kita mahu jadi. Diri sendiri adalah tuan kepada diri sendiri. 

.

.

13. Itulah maksud, cinderellanya sudah mati.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?