Bercintalah umpama bersahabat.

 Dear readers. 

Salam. 



Kawanku terus sentap denganku. Saya berkata kalau nak kekal lama perhubungan cinta kamu berdua, kamu bercintalah umpama bersahabat atau persahabatan, bukan makwe-pakwe. Saya tambah lagi pedas biasanya yang bujang bujang ni gelojoh sikit bila bercinta, kena relax relax takyah melebih effort sangat. 

.

.

Kemudian dia naik angin, dia kata saya sudah judgenya. Saya ketawa saja. Bila masa saya judgenya, saya berkata itu sebab itulah hasil pengamatan bersama rakan sekeliling dan manusia yang belum menemui pohon bodhi di dalam jiwa mereka aiseh spiritual pulak hahahah. .

.

.

Sebenarnya saya belajar daripada pengalaman lalu dan juga mengamati kawan kawan juga. Bila adanya pakwe-makwe saja, kita akan terus ada kecenderungan untuk control apa pakwe / makwe kita suka. Eh you ni I tak suka lah you macam ni. You ni kan cuba lah kuruskan badan sikit. You ni hisap rokok I memang benci orang hisap rokok. You ni kenapa meseg je tak angkat call I, bla bla bla. Merajuk, merajuk, merajuk. Cemburu, overthinking, rumit kan fasa bercinta begitu? 

.

.

Dan seperti orang lain juga itu fasa normalisation dalam bercinta. Tetapi saya belajar satu hal iaitu apabila kita menghormati orang lain seadanya, kita beri ruang padanya, tidak terus mencemuh apa yang dia tidak suka, tidak mengawal apa yang dia sukai, tidak ada harapan itu harapan ini, dan tidak beri kritikan melampau sebaliknya menyokongnya: kritik apabila tepat masa dan sesuai keadannya - maka ia akan jadi persahabatan yang bersifat ideal dan equal yakni kita saling hormat menghormati dan tidak mengawal. 

.

.

Tidak ada tuan-hamba di dalam relationship jenis ini! 

.

.

Biarkan orang yang kita sayangi atau cintai itu, berasa bebas dengan kita. Berasa tiada kongkongan hidup apabila memilih kita sebagai rakan kongsi perkahwinannya. 

.

.

Dulu saya tak paham maksud al nafs al natiqah, iaitu bukan saja bermaksud jiwa yang tenang tetapi jiwa yang berakal sihat, jiwa yang berfikir. Kerana faculty jiwa yang berfikir ini mengawal dan menjadi raja kepada jiwa haiwaniyah kita yang mengawal kehendak jasmani. 

.

 .

Sebab ada perkahwinan yang terasa mengawal dan tidak ada kebebasan, sehingga ke hari tua, dan hal itu berlaku di sekeliling saya. 

.

.

Dan jujurnya baru saya memahami, ramaaaaai manusia tidak berasa TENANG. Yakni DIAM. Kehidupan mereka huru hara kerana mereka tidak boleh DIAM. Akal mereka mengakali mereka sendiri. Monkey mind mereka bermain main dalam alam fikiran. Kerana itu banyak anxiety, kesedihan, ketidakjujuran dan inilah maksud sebenar manusia itu dalam neraka. Ianya hal emosi. 

.

.

Cuba kamu tengok sekeliling kamu, siapakah ada di antara mereka yang TENANG? Pergilah bersahabat dengan mereka sebab mereka akan bantu kita daripada neraka kehuru-haraan di dunia.

.

.

Makanya teman teman, bersahabatlah dengan orang yang kita sukai. Apabila kita bersahabat, kita akan hormati boundary privacy masing masing dan kuranglah elemen ingin mengawal mereka mengikut kehendak nafsu kita yang bermacam ragam... 😄

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?