You got to be a strong woman.

 Dear readers, salam.


1. Saya baca post tadi. Err, betul. Jadi perempuan ini harus kuat. Sebab realitinya dalam dunia ini walaupun sudah moden, masih ada dalam kalangan kita beranggapan "anak lelaki patut lebih keras belajar dan kerja hebat, anak perempuan tak perlu sebab dah kawin ada orang jaga 😓. Anak perempuan itu dibiarkan bodoh saja, lemah, tak ada security. 

.

2. Of course lah saya tak datang daripada keluarga macam itu. Kedua dua emak ayah saya sangat mementingkan pendidikan, dan mereka nak tengok anak anak semua berjaya. Jadi saya menjadi kuat, tak lembik, sebab environment saya begitu. Taklah agresif, tetapi konsisten jenis firm. Yang rapat dengan saya dia akan perasan sikap firm saya. Orang nak buli saya, saya akam stand up for my rights. Mama saya ajar saya begitu. Dia akan bising kalau saya ni tak ada sifat leadership. Dia trained saya berani ke hadapan dan jadi leader, bukannya jadi cencorot.

.

3. Kata dia, bukan saja akademik, tapi soft skills. Semasa jadi kanak kanak, saya pemalu, jenis tak banyak cakap. Terima kasih kepadanya, dan kepada kawan sekolah saya, sifat terlalu pemalu saya dikikis dan saya berani cakap perkara yang saya nak cakap. Sampai sekarang pun, saya jenis straight forward, tak ada berbasa basi, baik dalam family atau di tempat kerja. Mereka menjadikan saya kuat. Ini buatkan saya tahu apa nak buat. 

.

4. Sebab itu perempuan, tak apa korang ada sifat hitler sikit. Dominan sikit tak apa. Dominan yang baik, bukannya memerintah. Perempuan ini kalau dah tak ada security sendiri, senang kena buli, diperlecehkan, dihina. Itu normal things akan jadi kalau sendiri tidak ada kemandirian untuk diri sendiri. Kalau tak, takdir kita akan ditentukan pula oleh orang orang lain. Baca: sistem fikiran yang lapuk lama -  seperti yang saya bincangkan di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?