Kesementaraan dunia, dan meninggalkannya.

Buddhism mengajar kita konsep kesementaraan dunia. Ini termasuklah ibu-bapa kita, anak-anak, harta, wang, dll yang kita cintai. Lawaknya, masa mula-mula aku belajar Buddhism bersama pensyarahku, aku tekun membaca buku itu siang malam. Masa aku membaca itu terbayang style pensyarahku sedang menerangkan kepada kami dalam kelas. Semasa itu aku pergi preach pada kawan aku pasal konsep ini. Kawan aku ketawa pening aje layan aku. 

.

Selepas itu aku belajar Toism pula. Tao itu bermaksud Way - Jalan. Mestilah bermaksud, Jalan Kepada Pencerahan (Enlightenment). Dalam Taoi inilah aku belajar tentang hidup ini yang berpasang-pasang, bersilih-ganti, setiap benda di dunia ada lawannya. Begitu juga sudah dicakapkan dalam Koran, kita dicipta berpasang-pasang. Tapi kitab itu tidak menceritakan secara spesifik. Yang aku baru tahu secara spesifik ada lah pada perbincangan Greek Philosopher iaitu Heraclitus dan lawannya Parmanides tentang konsep ini. Mereka bertanyakan soalan tentang dunia ini berubah atau tidak berubah. Dari soalan ini lah baru mulanya datang idea form (bentuk) Plato. Yang seterusnya dibahas oleh Ibn Sina g dan dia modified. Dia tak tiru tapi dia memperbaiki dengan lebih baik. 

.

Tapi ini berbau kefalsafahan. Yang paling jelas sebenarnya tentang konsep berpasang-pasan dan perubahan ini adalah daripada  konsep Yin dan Yang dalam Taoism itu sendiri. Paling best yang aku pernah baca adalah perbincangan Yin dan Yang yang dibincang secara ilmiah oleh Prof Murata iaitu kawan pensyarahku sendiri semasa dia belajar di US. Aku rasa tak ada buku yang sebaik itu dan sejelasnya membincang pasal Yin & Yang dan kaitannya dengan manusia, dan Tuhan. Gigih aku mencari buku dia berwarna pink  itu. Buku itu bertajuk "Tao of Islam". Dia  ada lah seorang wanita Jepun tetapi pakar dalam mengajar Islam dan falsafah oriental (Timur). 

.

Fasa yang terakhir di university barulah aku belajar tentang Sufism. Sufism ada nilai spiritual yang sangat tinggi macam mana Hinduism. Konsep spiritual Hinduism sangat berbau mistik.  Sufism ini, aku belajar tentang jiwa, ego dan kefanaa dunia. Mereka para sufi mengitkan kefanaan dunia dengan konsep fana'fillah. Maka, aku boleh menyimpulkan bahawa, fasa pertama dalam hidup adalah aku mempelajari tentang kesementaraan dunia dalam Buddhism. 

.

Tapi kali ini, perbincangan fasa terakhir dalam Sufism adalah mengajarku tentang cara meninggalkan dunia. Hinduism juga ada konsep itu, iaitu 4 stages yang manusia perlu lalui untuk sampai kepada fana'. Tapi ia tak terlalu spesifik. Bagiku, Sufism lagi jelas, nampak. Tapi kali ini, aku tak menceritakan kepada kawanku. Agak sukar bagi mereka untuk faham.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?