Human, will and responsible acts.

Dear readers.


1. Jangan sesekali buat silent treatment pada kawan kawan kita, sekerja atau family. Silent ini macam racun, yang sedikit sedikit membungkam kata dan meracun perasaan pada negatif dan tiada lagi komunikasi yang lebih asertif. Silent treatment juga adalah bermaksud kurang lebih tidak bertanggungjawab atas manusia lain (baik tindakan ataupun perasaan) di atas apa yang difikir dan dilakukan kepada kawan mereka olehnya, baik kecil atau besar impaknya. Kebanyakan orang boleh menerima penolakan (rejection). Tetapi orang membenci dengan silent (diam) dan tidak berusaha untuk memberi penjelasan yang setelusnya.

.

2. Persoalan itu seolah olah tergantung dan tidak ada jawapan. Sikap seperti ini memang biasanya mengecewakan orang dan menyakitkan hati manusia. Be like a real gentleman. Ada isu, bincang, harus telus dan cakap. Bukan semua masalah tak ada jalan keluar. Setiap masalah di dunia pasti ada jalannya - samada lambat atau cepat. Tiada masalah yang permanent sebab dunia dicipta dalam keadaannya yang sentiasa berubah ubah dan tidak tetap. Jadi logiknya adalah semua perasaan dan rasa tidak enak yang dialami adalah sementara saja. 

.

3. Saya ada terbaca satu feedback daripada entah individu yang saya tak kenal. Katanya, antara tanda tanda suka lari daripada tanggungjawab (masalah) di dunia ini adalah (a) sewaktu menjadi pelajar sekolah, kegemarannya suka ponteng sekolah, (b) sewaktu dewasa, ada kecenderungan untuk dia ponteng kerja dan (c) ketika berkahwin, dia akan jadi tidak kisah perasaan pasangan dia, menyakitkan hati atau paling teruknya akan meninggalkan pasangan dan anak anak. 

.

4. Apa pun kehidupan ini harus disedari bahawa manusia memikul satu beban tanggungjawab yang besar. Will manusia - exist -  responsibility. Itulah 'takdir manusia'. Dia wujud dan dia 'dikutuk' untuk bersikap bertanggungjawab. Lari daripada tanggungjawab adalah bermaksud menghina diri manusia sendiri - pengecut dan tidak ada telor. Susah sikit lari, tinggalkan kerja kita. Ini suatu yang tidak bagus. Orang boleh menerima kalau kita mahu berehat sebentar untuk aktiviti kita (ambil break ke, potong gaji ke, contohlah) tetapi jangan sampai kita meninggalkannya begitu sahaja tanpa menghiraukan *apa nak jadi, jadilah. Aku dah stress." 

.

5. Korang nampak implikasi tanggungjawab dididik dari kecil? Sikap ini tidak didatang begitu sahaja, ia harus nurture. Takkah mereka yang dididik dengan sifat tanggungjawab ini akan mewarisi genetik dan cara fikir kontekstual yang lebih berdisiplin dan akhirnya lebih berjaya? 

.

Be a real man. Face problem. Face the reality.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?