A short refection: My life after graduate.

 Received the email. Lama tak buka busy ***malas. Then buka mail daripada Malaysian youth diplomacy. Senyum sorang sorang, dulu jadi student semangat betul dengan foreign policy. Ini dah tiba tiba jadi 'tak relevant' nak join roundtable discussion atau apa apa lagi berkait foreign policy **melainkan jadi researcher. Itulah terfikir knowledge yang tidak dipraktikkan akan jadi tepu saja. Walaupun perbahasan itu kita paham tetapi di mana konteks knowledge itu sesungguhnya dipraktiskan setelah kita belajar field lain dan kerja akan jadi field lain **dan ini adalah normal **saya paham. 

.

Jadi saya anggap yang lepas itu dalam lembaran momen kehidupan adalah fasa saya bereksperimen dengan minat sendiri dan apa yang saya nak lakukan di masa depan **termasuklah perancangan selepas ini. Buku buku politik saya masih simpan tidak mahu saya jual sebab saya sayang. Ada masa saya belek buku itu seketika - sekadar mengenang atau membaca semula apa saya belajar. 

.

Soalannya apakah praktikaliti knowledge itu. Saya terfikir tadi semasa mengajar kelas saya tentang silibus Edinburgh city di Scotland. Murid saya tak begitu berminat, walaupun ada pelajar yang sangat berminat untuk explore video video yang ditunjukkan.

.

Saya pun terfikir juga samada ini mood monday blues mereka **saya pun sama **kahkah ataupun sebab dah seminggu bercuti jadi.

.

(Baca: ataupun saya ini yang membosankan). 

.

Maafkan ticer sebab ticer masih baru, noob. Kemahiran mengajar ambil masa juga hendak mahir kerana mengajar adalah satu bentuk seni - ia bukan semata teori pembacaan. Setakat teori teori moden saya boleh goreng sumbat dalam paper. Saya perasan saya boleh carry theories. 

.

Kelebihan manusia berbeza beza.

.

Ada masa berfikir apakah sebenarnya praktikaliti knowledge bagi masa depan kanak kanak. Jelas sekali pendidikan harus berubah seiiring zaman mereka ini yang memang tak sama langsung dengan zaman sekolah kita dahulu. Saya pun kurang pasti samada saya boleh menyimpulkan jika pelajar dahulu yang tidak ada teknologi adalah lebih gigih ataupun pelajar sekarang yang agak malas dan kurang berusaha disebabkan teknologi yang membuatkan life manusia lebih mudah, cepat dan pantas. 

.

Pernah dengar tak: Immanuel Kant dalam buku dia 'Perpetual Peace' ada kata - peace does not exist (peace tak pernah wujud pun). Peace cuma wujud hanya kerana tiada war (peace exist because of the absence of war). Bayangkan sampai macam itu. Sebab itu dulu saya ada juga terfikir oh patutlah. War itu patut wujud sebab jika tiada war, kemajuan manusia tidak akan berlaku - konsekuensinya - manusia hanya boleh maju jika ada peperangan!

.

So sama macam kehidupan kita - tiada kesusahan, kita akan jadi semakin malas. Tiada keperitan, kesedihan kita tidak akan jadi kuat. Dunia adalah suffering. Kalau dunia kesenangan, ia akan menjadi shurga.

.

Buat masa ini sebab saya baru, jadi saya nak lihat sejauh mana saya boleh capai. Tetapi saya akui knowledge yang lepas walaupun tidak digunakan tetapi ia masih berguna untuk mematangkan kita **who knows cita cita saya dahulu untuk menjadi policy maker akan termakbul akhirnya? At least orang bertanya, saya boleh menggorengkan mereka. 

.

Eh, itu kedengaran ego.

.

Saya tidak tahu.

.

Tetapi saya suka saja explore dan mencabar diri. 

.

Kehidupan ibarat sebuah buku yang jika kita tidak melangkau ke muka surat seterusnya, kita tidak tahu apa sambungan ceritanya. 

.

Kalau lah saya boleh buat reflection untuk RPH saya panjang lebar semacam ini untuk praktikum saya, sudah pasti A. Kahkah.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?