Shankara and the Upanishad: Metafizik

Dear readers.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



1. Hindu – ini bukan perkataan india, tetapi ini perkataan Arab. orang Arab panggil Al-Hind dalam bahasa sansktrit, India dipanggil Bharat. Tetapi, india ini besar, dipanggil Al-Hind, lantas orang Eropah juga mengikut perkataan Hindu. 


2. Agama mereka Hinduism. Nama asal agama hindu adalah : san-atarna-dharma. Bahasa suci yang digunakan ialah bahasa sanskrit. Ada kitab vedas – dalam bahasa sanskrit 
a) yajur veda
b) sama veda
c) yajur veda
d) atharva veda


3. Ada satu bahagian dalam kitab veda mereka. Falsafah india – digelar Upanishad. satu lagi kitab menjadi rujukan, iaitu Bhagavardhita , yang menceritakan mengenai krishna dan arjuna

4. India memainkan peranan penting dalam kawasan Melayu. Konsep 'dharma' maksudnya hukum kehidupan. Konsep penting dalam agama hindu dan buddha, hukum kehidupan yang abadi. 

5. Dalam Upanishad, perbincangan tentang tuhan, roh, kejadian alam semua yang macam falsafah dibincang dalam Upanishad; dan ini membawa kita pergi kepada satu lagi bidang, iaitu falsafah agama Hindu.

6. Shankara, apabila membaca kitab Upanishad, dia mendapati bahawa ada beberapa penyataan dalam Upanishad menyatakan tentang tuhan. 




7. Perkataan 'Brahma' maksudnya : yang hakiki, yang mutlak. 


8. Bermakna : Tuhan mereka ada nama dan rupa.



9. Bezanya: dalam Islam, Allah membenar kita mengetahui namanya (asmaul-husna) tetapi tidak boleh kita bentukkan rupa.

10. Brahman : adalah yang pertama -- kemudian baharu tuhan mereka yang lain, iaitu 

11. Brahma, vishnu dan siva:

-brahma : tuhan yang mencipta

-vishnu : yang mewujud alam
-siva : yang menghidup, menggerak dan mematikan


12. Shankara, sebagai seorang ahli falsafah, dia tahu bahawa tuhan itu melebihi apa yang manusia katakan. 


13. Manusia sedar bahawa apa yang dikatakan tuhan melebihi apa yang dianggapi oleh mereka. Kita tidak dapat memberikan definisi tuhan.


14. Bahasa manusia dan pemikiran manusia tidak boleh membatasi tuhan.

-cth : kalau kita kata tuhan melihat dan mengetahui, kita tahu ya. Sebab kita ada pengalaman itu. Tetapi bagaimana tuhan itu melihat dan mengetahui itu kita tidak tahu. 

15. Apa yang tuhan ketahui adalah selama2nya. Tetapi bagi manusia apa yang kita tahu adalah hari ini dan cuma akan datang sahaja.

16. Pengisian maksud Tuhan itu melebihi daripada apa yang ditanggapi oleh manusia.

17. Pada tanggapan shankara -- manusia tidak boleh kata apa-apa mengenai Tuhan, kerana tuhan itu tiada batasan, tidak ada apa-apa kekurangan. Oleh itu, Shankara mengemukakan dua konsep: 
18. (a) Nirguna Brahman
Bermaksud kita tidak boleh katakan apa jua tentang tuhan. Apa jua yang kita katakan tidak membatasi tuhan. Bukan ini, bukan itu. Bermaksud semua bahasa dan pemikiran manusia itu tidak berkeupayaan untuk menggambarkan, menyifatkan tuhan. Kerana semuanya, tuhan melebihi –  “neti-neti”. Bukan ini, bukan itu.


(b)Saguna Brahman

Bermaksud manusia itu adalah memerlukan tuhan, kerana tuhan itu menciptanya. Jadi manusia menyembah tuhan dan ada pertaliand dengan tuhan. Ada hubungan oleh sebab keperluan manusia. Manusia itu perlu berbicara. Jadi untuk memahami tuhan, manusia memerlukan bahasa untuk menggambarkan tuhan, manusia perlu membahasakan dan menyatakan tentang tuhan untuk 'mengenali tuhan'. 



19. Soalan: Mengapa kita tidak boleh mentakrifkan tuhan? 
20. Sebab, Tuhan adalah melebihi semuanya. Mutlak. Hakiki. Tidak dapat dibatasi oleh pemikiran manusia. "mengapa kita tidak boleh mentakrifkan tuhan” adalah merupakan konteks falsafah agama secara umum. Manusia memerlukan tuhan, dan masih perlu berbahasa tentang tuhan.

21. Manusia memerlukan tuhan – tidak boleh lari dari kenyataan bahawa dia perlu bercakap dengan tuhan, sebab manusia mempunyai hubungan dengan tuhan. Kita boleh memberi gambaran mengenainya, tetapi dengan tidak membataskannya. Ada alim ulama' kata, banyak perkara tentang Tuhan, jangan kita tanya bagaimana, sebab kita tidak tahu dan kita tidak ada pengetahuan tentangnya. 

22. Mari kita ulang: 
Niguna brahma: konsep neti-neti (bukan ini, bukan itu)
Saguna Brahma: sat-cit-ananda
-sat (kewujudan (being)) , (cit – kesedaran (consciousness) , (ananda – maha sempurna (kebahagiaan sejati) - r
ealiti yang maha sempurna. Dia tidak memerlukan yang di luar realiti diri dia. Sebab itu shankara gelar 'maha bahagia' 
a.k.a 'bliss'
Kesimpulannya: Apa yg kita boleh tahu adalah, tuhan itu adalah sat-cit-ananda.
Tuhan itu : wujud
                : sedar
                : maha sempurna

23. Mengikut ajaran Upanishad, di dalamnya ada pertanyaan seperti ini - "bagaimana brahma mencipta benda"?

24. Jawapannya: Brahma mempunyai kuasa 'shakti', iaitu kuasa luar biasa yang boleh mencipta benda. Contoh: Api dengan sifat membakar. Kita tidak boleh kita mengeluarkan sifat membakar dengan api. Sperti analogi ini juga, kuasa shakti dalam diri brahma tidak boleh dipisahkan. 

25. Soalan: Bagaimana datang kuasa shakti? 

26. Ianya bukan datang dari luar, tetapi  datang dari dalam dirinya. Apabila shakti ini dikeluarkan kuasanya:
shakti --> ciptaan -->  maya
-maksud maya: ada dalam bayangan tetapi tidak ada dalam realiti
-kan dunia ini satu bayangan? Macam teori idea plato.
-contohnya: bayangan imej / bayangan diri dalam cermin. 

27. Sebab: Ianya tidak boleh bercakap dengan diri kita, ia bukan kita, tetapi dalam masa yang sama ia memang diri kita. Ia menyerupai kita tetapi ia bukan kita. 

28. Ciptaan maya:
--> semua hasil ciptaan brahma itu diapanggil sebagai ciptaan maya
-cntoh: pokok, harimau dll


29. Kerana kuasa shakti diberi kewujudan. Dari segi kewujudan dalam diri mereka, mereka (makhluk ciptaan) tidak ada kewujudan. Itu sebab segala ciptaan brahma digelar sebagai 'ciptaan maya' / virtual reality.

30. Maknanya, dari satu segi, memang kita, adalah hidup dalam alam maya. Oleh itu, jika kita kata kita (manusia) adalah real, itu adalah masalah; iaitu, secara hakikat tidak ada, tetapi secara gambaran itu ada.

31. Konsep bayangan : kita kena faham:
32. Kewujudannya bergantung 100% kepada kita. Dalam dirinya tidak boleh bertindak, tetapi dia 'mengikut' dan 'meniru' kita. Dia sebagai bayang kita adalah wujud, tetapi dia sebagai dirinya adalah tidak ada.

33. Ini kita gunakan kiasan / analogy untuk memahami maya -- iaitu maya dalam dirinya tidak ada (sama seperti bayang, atau ilusi).

34. Fenomena cermin / bayangan membolehkan manusia memahami konsep maya.




35. Maya pada dirinya --> tidak ada. Tetapi maya wujud kerana kuasa shakti. Maya itu sendiri adalah tidak ada. (wujud dirinya sendiri – atau dengan kata lain maya tidak ada kewujudan). 

36. Mengikut Sankara : ada 4 kategori wujud
a) kewujudan hakiki
b) kewujudan nyata
c) kewujudan illusi
d) kewujudan mustahil


37. sankara: maksud kewujudan hakiki – mempunyai ahli satu sahaja. Contoh macam Tuhan. Yang memiliki kewujudan, pemilik kewujudan. Sebab kita memanggil Dia, wujud hakikit. Secara hakiki, dia wujud. Sebab apa? Sebab dia memiliki kewujudan. Yang tidak memiliki kewujudan, sebab tidak memiliki wujud yang sendiri, macam kita manusia - adalah bukannya wujud hakiki.

38. Manakala, saguna dan niguna itu hanya konsep.

39. Maksud kewujudan nyata – adalah semua benda-benda yang wujud di dunia yang dapat ditanggapi oleh indera. 



40. maksud kewujudan illusi – ada dan tidak ada. Contoh: mirage, mimpi, imaginasi. Mimpi juga adalah illusi. Tetapi ada juga mimpi yang benar. Kenapa? Sebab ada mimpi yang menyatakan kejadian masa kini, akan datang ataupun yang sudah lepas. 


41. maksud kewujudan mustahil – Sama macam apa yang dikatakan ibn sina. Tidak boleh ada kewujudan yang berkontradiksi. Contoh: Anak lelaki seorang perempuan mandul. 

42. Soalan: Kenapa kewujudan nyata masuk dalam wujud mungkin?
Sebab: Dia yang nyata ini adalah diberikan kewujudan, bukan memiliki kewujudan

43. Soalan:  Adakah brahman dan maya(ciptaan) ini ada satu atau dua realiti? Sebab yang wujud hanya brahman. Hanya brahmanlah yang wujud kerana dia memiliki kewujudan.

41. Kuasa shakti itu – bukanlah benda lain /  agen lain. Tetapi juga adalah diri dia. Maya ini tidak wujud dalam dirinya (maya itu sendiri) kerana dia tidak ada kemungkinan kewujudan hakiki. Dia (maya) itu hanya kewujudan bayangan, kerana dia dibayangkan oleh kuasa shakti. 

42. Jadi, dari sudut pandangan hakiki, dia tidak ada,  manakala dari sudut pandangan wujud – dia (maya) ada itu ada. 


43. Status maya: Adalah antara ada dan tidak ada. Ia wujud dalam bayangan, tetapi tidak wujud dalam realiti, kerana hanya ada satu sahaja yang wujud. Brahma.


44. Dalam diri manusia, kita ini tidak ada (kewujudan diri kita – sebab kita tidak memiliki kewujudan). Sebab itu kita ini tidaklah wujud secara hakiki. 

45. Maya (ciptaan) termasuklah manusia. Dalam diri manusia adanya 'atman' – roh.

46. Istimewanya roh ini, ia datang daripad brahman, mempunyai ciri2 kebaikan, suci, secara fitrahnya adalah abadi.

47. Yang paling bernilai dalam diri manusia adalah 'atman' yang abadi, dan inilah dirinya yang sebenar.

48. Fungsi diri yang sebenar ini adalah untuk mengenali Tuhannya.

49. Daripada brahman 'atman' dalam diri manusia datang, kepada brahman 'atman' kembali.

50. Kembali di sini adalah kembali secara sedar dan secara sukarela. 

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?