Al-Farabi' And The Perfect State : Al Wujud Al-Awwal


Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Okay. Aku mahu share sesuatu. 

2. Ini adalah Al-farabi's political philosophy. Dia cakap : 

"What kind of society is the best kind of society. What society is the best society?"
3. Dan dia bermula dengan menyatakan hujahnya di bab pertama: 

"How does the origin came from?"

4. Dan ini adalah bab pertamanya. Sebagai pendahuluan, dia membincang mengenai metafizik – (illahiyyat) terlebih dahulu – kerana baginya, 

“before we ask what type of society is the best society”, – we need to know where their origin came from – that is why metaphysics came in his first chapter.

** footnate : 
Alfarabi does not used the word 'Allah' in discussing his logical argument' – why? First of all, to understand God, he promote to used 'aql as the tool to understand Him' – but of course the way how he discussing God did not surpars the Quran as the primary source.


5. THE FIRST BEING / EXISTENT  . FIRST CAUSE / in arabic – al-sabab al-awwal (penyebab pertama).
-an existent --> mawjud
-existence --> mawjudat (plural)

Di bawah adalah hujahnya:

  
(a) Al-awwal al-wujud bebas daripada semua jenis kecacatan / kelemahan / kekurangan dan semua benda ada kekurangan, daripada satu atau lebih kekurangan. Tetapi yang Satu ini, bebas daripada semua kekurangan. (it is free from all deficiencies)

(b) Jadi, kerana itu, Al-wujud Al-awwal ini paling excellent (kamil) sempurna dan mendahului semua yang wujud (precedes essence).

(c) Dia mempunyai kewujudan yang paling sempurna dan paling tinggi. Oleh itu, dalam Al-wujud Al-Awwal tidak ada unsur ketidakwujudan sama sekali dalam dirinya. 
-maksud “tidak ada unsur ketidakwujudan” adalah Dia sentiasa wujud, di mana-mana, di suatu ketika, akan datang dan selamanya. Al-Awwal sama sekali tidak pernah ada satu masa dia tidak wujud. Dia tidak pernah akan datang satu masa dia tidak wujud kemudian baru dia wujud.

(d) Kewujudannya bukanlah bersifat potential. Dalam Al-Awwal, tidak ada aspek potential, tidak ada langsung yang dia tidak akan keluar. Macam manusia, dia berpotensi. Dia makhluk potential. “bakal” keluar. 

e.g Dalam falsafah, lawan potential adalah actual. Contohnya – seorang kanak2, berumur 2 tahun, dia mempunyai 'potensi' untuk menulis, tetapi 'potential' nya belum lagi secara 'actual', bermaksud belum lagi direalisasikan. Kanak2 itu, belum lagi menguasai kemahiran menulis secara 'actual', tetapi secara 'potential' itu ada. Sebab itu kanak2 itu perlu belajar – baru acquire the knowledge. Lagi satu, aspek 'potentiality-actuality' – adalah, apabila kita berkata 'potential', bermakna dalam process. Tuhan tidak berada dalam process, Tuhan tidak bergantung padanya dan pada siapa2, Dia hanya Dia.

(e) Al-Awwal tidak ada permulaan. Tidak ada sebelum ini, dia tidak wujud dan sekarang ini dia wujud. Tidak ada.

(f) Dirinya, zatnya mencukupi untuk mewujudkan dirinya kekal abadi.

(g) Tidak ada lain kehidupan yang serupa dengan kewujudannya.

(h) Al-Awwal Al-Wujud tidak ada jisim. Dan dia tidak ada substratum (bekas jisim) untuk menampung jisim. Dalam wujud Al-Awwal tidak ada form, iaitu form yang memiliki jisim dan essence. Kita ini ada hakikat – hakikat kita adalah manusia, dan kita juga ada jisim, dan juga ada form. e.g kita ada bentuk kita, iaitu kita manusia, dan manusia ada jisim dalam bentuknya.

(i) Kenapa? Sebab kalau ada jisim, bentuk, ia boleh dipecahkan. Kita boleh pecahkan ia pada bahagian-bahagian (dibahagikan). Tetapi Al-Awwal Al-Wujud tidak boleh dibahagikan. Kalau ia lebih dari satu bahagian, maka ini bermakna ia memerlukan penyebab. Jadi, ia bukan komposit.

(j) Al-Awwal Al-Wujud adalah tidak ada tujuan dan matlamat diri. Dia tidak ada tujuan. Sebab jika Dia ada tujuan, bermaksud Dia ada penyebab yang menentukan tujuan. Maknanya, ada yang lain yang menyebabkannya wujud. Dia tidak seperti manusia – yang kewujudan manusia ada tujuannya.

(k) Dia wujud kerana Dia tidak ada yang menciptanya. Dia wujud kerana Dia wujud. Dan tidak ada yang mendahuluinya. Dia tidak perlu sebab kenapa dia perlu wujud.

(l) Al-Awwal Al-Wujud berbeza daripada semua kehidupan lain, dan tidak ada satu pun yang serupa denganNya.

(m) Kenapa? Sebab kalau kita ada satu yang sama dengan wujud Al-Awwal ini, satu kemungkinan ialah ia akan memiliki zat yang sama. Itu mustahil, kerana kalau berfungsi satu zat, maknanya satu, bukan dua. Kalau dua, maknanya ada perbezaan.

(n) Kalau kita katakan dua, kita perlu tanya – yang mana satu antara dua ini, yang lebih awal – jadi ini bermakna mesti ada sesuatu di luar diri mereka yang mewujudkan mereka. Sebab, kalau ada dua, mesti ada sesuatu yang dikongsi bersama.

(0) Jadi, existence keduanya2 boleh dibahagi kepada 2 ciri. Jadi, ini bermakna ada pembahagian pada dua benda. Contoh : berat, warna, tebal, panjang.

(p) Untuk wujud Al-Awwal, tidak boleh dipecahkan lagi, kerana jika ia boleh dipecahkan, maka ini bermakna ia ada yang mewujudkannya. Walhal, Al-Awwal Al-Wujud tidak ada yang mewujudkannya.

(q) Perfect : Maksudnya ia tidak boleh ada kesamaan dengan benda lain. Jika ada kesamaan, bermakna ia bukanlah sempurna. Iaitu keunggulannya ialah kesempurnaannya. Kalau tidak, kita tidak boleh kata ia sempurna, kerana ada benda yang sama. Apabila kita kata banyak, kita tidak boleh kata yang paling sempurna. 

(r) Sebab apa? Sebab kalau ada yang lain maka akan ada bandingan. Kalau ada bandingan maka ada kekurangan. Kerana itu, ia tidak boleh ada bandingan, maka ia tidak boleh ada lebih dari satu.

(s) Contrary – lawan. Al-Wujud Al-Awwal tidak ada lawannya. Sebab kalau ada lawannya, lawannya boleh memusnahkan. Kalau ia boleh dimusnahkan, bermakna dia bukanlah yang paling berkuasa. Ada lain yang lebih berkuasa yang memusnahkan. Ini bermakna kalau dia ada kekurangan, dia perlu sesuatu di luar dirinya untuk wujud.

(t) Tidak ada lawan, yang sama taraf dengannya. Tidak ada yang sama taranya. Atau sama kategori dengannya.


Jom, kita cuba faham apa yang Farabius cuba ingin kata:


1. Maksud “Satu”. Al-farabi cuba untuk menjelaskan maksud “Satu”. Dia menyebut “Yang Satu” ini adalah simple. Maksudya, maksud 'Satu' mempunyai makna metafizik kepadanya. Sebab itu, makna 'Satu' juga, khasnya hanya untuk Tuhan.

2. Simple – they're not composite. Means indivisible. Lawan simple adalah composite.

3. Simple – in philosophy membawa maksud lain. Bukan simple (ringkas) seperti yang kita faham di dunia kita.

4. Indivisible sebenarnya ada kaitan dengan “Yang Satu”. Kita tidak boleh kata kesatuan. It is one – that means it cannot be divided.

5. Yang 'Satu' ini -- It is not one in many (series). “That One” is not the that you understand in the world (mulla sadra said). 

6. Kesatuan means kita gabungkan daripada yang banyak kepada satu.

7. Al-Wujud adalah satu sahaja tanpa ada lain2. Satu tanpa bandingan. Satu yang bersendirian. 

8. We cannot say 'One in series” / “satu dalam series”. It is one. In a series means like numbers – 0,1,2,3,4 etc.

9. It is one, because it is not a combination of things. It is not a combination of parts.

10. Al-wujud Al-Awal ialah Satu. Tapi satu yang bukan ada dalam banyak. Tetapi, satu yang tidak ada kesamaan / perbezaan. Dia unik. Tiada yang sama dengannya. Bahawa Al-Wujud ini maksud Satu – kerana hanyalah Dia. Tiada yang lain apabila tauhid.

11. Allah itu Satu. Bukan 1 dalam banyak.

12. Dia hanya Satu yang tidak ada perbandingan sama sekali. Unik – dalam erti kata lain, tiada yang menyerupainya. Inilah maksud 'Satu'. Esa. Tauhid. Ahad.

13. Immaterial / in corporeal  --> al-wujud is not a matter.

14. Al-Awwal Al-Wujud, not asleep. Dia sedar. Dia mengetahui dirinya bukan secara potential, tetapi secara actual. Semua dia tahu mengenai dirinya. Ilmunya, dirinya, actual.

15. Macam kita, manusia, we may have an idea, (untuk merancang hidup kita), tetapi kita tidak tahu sepenuhnya. Contohnya: kita tidak tahu apakah peristiwa kehidupan kita selepas ini, kita hanya mampu merancang, kita hanya mampu mendapat idea tentang sesuatu, tetapi kita tidak dapat mengetahui diri kita secara keseluruhannya.

16. Ini bermakna knowledge kita tak complete.
(potential knowledge : belum ternampak) --> ilmu yang belum kita ketahui
lawannya ialah :
(actual knowledge : ilmu yang sudah diketahui)

17. Al-Wujud – semuanya sudah diketahui. Tidak ada dalam dirinya dia tidak tahu. Tidak ada yang Dia tidak ketahui.

18. He knows Himself without the need outside Himself.

19. Kita memerlukan di luar realiti diri kita untuk mengetahui diri kita. Tetapi, Al-Awwal tidak perlu unsur dari luar untuk mengetahui dirinya.

20. Dalam erti kata lain. Al-Awwal adalah sempurna. Tidak ada keterbatasan.

21. Tetapi kita ada batasan. Sebab apa? Sebab if we are in the process making, it is not perfect. Because if we are perfect, we do not be in the process making.

22. Contoh, faktanya bahawa kita semua ada dalam masa, maka kita dalam process.  Tetapi Dia di luar masa. Dia tidak ada di dalamnya. Dia di luar masa.
(when we are in need, we are not perfect)
e.g we need something to eat to live. We rely on our parents to get something.
e.g manusia hidup dan terikat beyond space, matter and time.Tetapi, Al-awwal, tidak terikat dengan space, matter and time.

23. Maksudnya: al-farabi cuba menerangkan kepada kita, yang Dia tidak ada kekurangan.

24. Hidup dalam masa, juga bermakna kita tidak sempurna. Sebab dalam masa, kita akan berubah, kita tidak tetap. Tetapi, kalau sempurna, ia tidak akan berubah. Kalau sempurna, maknanya ia abadi, azali, kekal.

-if you are perfect, there are nothing like you
-if you are perfect, you are not been created
-if you are perfect, you are not in time



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?