When we love someone...

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.


1. Sebelum-sebelum ini, aku selalu terfikir:


'kenapa dalam drama / movie, kita akan menangis bagi pihak orang lain?" Maksud aku:


2. Contoh: Ali sukakan Alia. Tapi Alia tak sukakan Ali dia sukakan Abu. hahaha. Suatu hari, Alia menangis sebabkan Abu. Di sini Ali patah hati melihat Alia sedih.


3. Aku berfikir - kenapa manusia perlu sedih untuk orang lain punya kehidupan / kebahagiaan?


4. Aku tak faham kenapa dalam drama2 seperti ini, ada tunjukkan bahawa jika orang yang kita sayang bersedih, kita juga akan sedih malah patah hati, dan kita tak sanggup tengok dia bersedih.


5. Baru hari ini aku faham makna tentang ini.


6. Semalam, salah seorang guru aku -- entah bagaimana ada seorang kawan dia 'tercerita' perihal dirinya kepada aku.


7. Aku sudah kenal lama dengan guru itu, sejak aku masih mentah dia mengajar aku, dan kami agak rapat.


8. Jadi, aku anggap dia sebagai mama aku sendiri.


9. Tetapi, perihal cerita berkenaan dirinya semalam -- buatkan aku tiba2 rasa sakit di dalam hati. Aku rasa sakit betul. Aku tak dapat tidur. Aku rasa sakit sebab dia tak pernah menceritakan kesakitan dia pada aku. Aku rasa sakit sebab dia diam pendam tanpa menceritakan kepada aku. Sebabkan kehidupan dia yang sedih menjadikan aku tripple kali ganda sedih daripada dia. Selama ini dia menunjukkan sayangnya kepada aku tanpa menceritakan sedikit pun kesedihan dia. Dan sebabkan pilihannya inilah aku rasa susah hendak melihat mukanya sekarang.


10. Rupanya ini perasaan yang diadaptasi dalam film2 itu. Aku ingat cliche' dan tak ada apa2 meaning, tetapi baru aku faham itulah yang berlaku apabila kita menyayangi seseorang yang penting dalam hidup kita.


11. Apakah cinta itu? Ia adalah bintang di siang dan di malam hari.


ps: When we love someone, we do not want to see them cry.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?