Being a 'TEACHER'.

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



1. Aku ingin tulis sesuatu hari ini.


2. Ianya berkenaan dengan menjadi seorang guru. Ya, hari ini berlaku suatu peristiwa yang terkesan padaku.


3. Semasa aku mula-mula masuk USM, aku ingat yang paling terbaik adalah menjadi ahli akademik yang hebat-hebat. Aku ingat untuk menjadi hebat adalah dengan dapat menulis dengan baik dan perlu lebih baik daripada orang lain -- barulah dikatakan hebat.


4. Itulah pandangan aku tentang apa itu ahli akademik.


5. Namun, aku tersilap.


6. We heard that people compared teacher as a boat hire.


7. Actually...


8. Teachers, do more that that.


9. Teachers, not only send us to the shore.


10. But also keeps pulling us up when we fell.


11. Mengingatkan kita untuk berjalan di jalan yang betul.


12. Dan mengamalkan sikap 'the moral of giving by making the exemplary'.


13. Kamu tahu tak.


14. Apakah tempat pertama yang manusia akan pergi selepas mereka mati?


15. Tempat pertama yang manusia mati akan pergi adalah...


16. Dalam memori seseorang.


17. Tetapi samada memori itu baik atau tidak baik, bergantung kepada apa yang kita lakukan terhadap orang itu semasa kita hidup.


18. Dalam hidup, aku selalu tertanya-tanya.


19. Kenapa ada seorang manusia yang profesion nya lain dan bukan guru, tetapi lagaknya seperti seorang guru? Kenapa dia memilih menjadi seperti seorang guru, berbanding profesion nya sendiri?


20. Sebenarnnya, antara profesion lain dan guru itu sebenarnya adalah sama.


21. Bahawa mereka menggunakan ilmu itu, untuk 'merawat' mereka yang lain.


22. Guru 'merawat' pelajarnya dengan memberikan kepandaian.


23. Profesion itu pula, memberikan khidmat kepada mereka yang menggunakan khidmatnya.


24. Apabila kita melihat seorang yang kita 'rawat' menjadi lebih 'sihat', dan lebih baik, kita akan menjadi sangat gembira.


25. Namun, hari ini aku belajar sesuatu.


26. Contohnya, jika aku seorang ahli akademik, bukanlah nanti aku terlalu ambisius untuk menulis sehingga journal aku diterbitkan di peringkat antarabangsa sehingga orang puji-puji aku, tetapi kalau aku ahli akademik, apa yang aku ingin tumpu adalah menjadi seperti guru dan mendidik anak murid aku, bukan sahaja aku menunjukkan cara bagaimana tetapi aku memimpin tangan mereka untuk sampai ke destinasi -- bukan hanya mengajar teori itu ini tetapi aku juga turut berdemonstrasi dan menunjukkan kepada mereka.


27. Bila aku sudah kerja nanti, daripada memilih menjadi seorang yang mempunyai profesion tertentu, aku akan memilih untuk menjadi seorang guru. Contohnya, jika aku merupakan seorang pegawai, tetapi diri aku tetap akan menjadi seorang 'guru'.


28. Jika aku mati sekalipun.


29. I still be a teacher.








Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?