Perennial Philosophy: Part I

Dear readers, assalamualaikum.
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



1. Aku kini sibuk sangat, serabut dengan project bahasa bersama orang asli Temiar (untuk FYP budak-budak final year), tetapi masih lagi curi-curi masa untuk meneruskan kerja-kerja terjemahan buku falsafah yang sekarang pun agak tergendala.


(entah bila boleh melihat hasilnya).


2. Tapi nanti aku akan post pengalaman aku bersama orang asli Temiar selepas habis final exam. Aku nak 'englighten' pelajar yang membaca blog ini, bagaimana pengalaman fyp aku serta bagaimana cara-cara untuk buat fyp dengan baik.


3. Dan juga disebabkan project aku, ada seorang retired mat salleh professor dari Nanyang  Technical Institute, Singapore berminat nak tengok hasil kerja aku. Aku tak expect apa sangat, dengan aku yang masih hijau dan blur-blur macam mana nak buat report dengan baik - tapi yang pasti dia memang baik. Dia siap nak post lagi buku dia 'Temiar Religion' terus ke rumah. Rupanya dia kawan lecturer aku daa.


3. Minggu lepas cuti mid term, jadi aku kena siapkan tugasan aku, subjek Comparative Religion. Bosan namateyy dalam kelas itu - aku seorang yang paling senior jadi aku berlagak sikit tak sembang dengan junior yang bukan level aku (hahahaha) dan........


4. Ye lah aku di tahun 3 jadi, aku dah advance lah. Jadi untuk pelajar final year, tak berapa adventure lah rasanya kelas tu, tapi awal2 lagi lecturer aku dah kata ini cuma kelas introduction, bukannya kita explore dalam-dalam sangat.


5. Aku pun okay saja, aku terpaksa ambil subjek ini sebab aku tak mahu ambil Ko-k, aku tak mahu beri komitmen isnin dengan khamis jam 5-7 petang. Dah boring lah buat benda2 childish macam zaman sekolah tu.


6. Tapi, walaupun aku rasa kelas ini sangat tak mencabar, tapi aku belajar sesuatu dari tugasan subjek kelas ini.


7. Aku kena buat discussion paper mengenai konsep dosa dalam agama Hindu.


8. Jadi, aku pun kena lah masuk bertapa dalam library untuk cari buku2 Hinduism.


9. Jadi, disebabkan aku pun bukan Hindu, jadi aku rasa sangat asing sebab perkataan2 dalam buku2 itu pun walaupun bahasa Inggeris, tapi tajuknya dalam bahasa sanskrit. e.g


10. Bhagavad Gita, Purana, Bhaktivedanta, Mantra, Jnanayoga, Upanisad, lepas tu ada lah pulak selected writings dari Swamivivekananda, (betul ke aku eja?) dan banyak lagilah mak nenek segala yang ada di situ.


11. Aku pening juga mana satu aku kena baca ni. Kalau konsep dosa, aku tanya lecturer aku, dia pakar dalam Hinduism selepas itu dia cakap kita tak ada konsep dosa dalam agama Hindu. Jadi macam mana aku nak buat? Aku cakap.


12. Dr aku cakap, cari perkataan karma, kalau nak senang cari dekat bahagian indeks perkataan karma mungkin di situ ada klu.


13. Jadi, aku dapat idea - bermakna konsep dosa dalam agama Hindu dikaitkan dengan karma. Wokay. Jadi hampir 3 jam jugalah mata aku berpinar mencari buku-buku yang bersesuaian. Nak dijadikan cerita pula - buku dia bapak tebalnya hooii. Ini membaca kamus ke apa ni?


14. Tapi disebabkan aku pun ada basic dalam hinduism semasa aku belajar Asian Thought, di akhirnya tak adalah susah sangat. Boleeehlah.


15. Tapi, satu yang aku perasan kan.


16. Agama Hindu ini juga terdapat kebenarannya yang sama dengan agama Islam.




Ini symbol agama Hindu. 



17. Aku tak bercakap tentang agama mana paling benar atau tidak - tapi aku mula syak ada sesuatu dalam Hinduism yang menjentik hati aku. Kata-kata dia, indah.


(okay, kita tolak tepi segala patung-patung dia yang bermacam-macam rupa dan bentuk itu - because it is CLEARLY PROHIBITED in our religion, bab yang ini dah melalut-lalut dan merepek, tapi bab kata-kata wisdom dia, bab falsafah dia tentang Tuhan ( e.g  dalam agama Hindu Tuhan mereka dipanggil Brahman) dan Brahman ini di identik dengan konsep sat-chit-ananda.


 (sat - pure existence), (chit- pure consciousness) dan (ananda - pure bliss).


18. Kalau kita melihat balik konsep di atas, kita akan tahu bahawa konsep ini pun memang konsep yang universal untuk Tuhan tak kira apa agama kamu. Ini konsep agama monotheism. Agama Tuhan yang satu.


(Satchitananda or Brahman is held to be the source of all reality, source of all conscious thought, and source of all perfection-bliss.  It is the ultimate, the complete, the destination of spiritual pursuit in Hinduism).


19. Tapi aku tak mahu cerita pasal satchitananda ni. Yang aku hendak cerita ini, pasal pembacaan aku di dalam kitab2 itu.


20. Yang aku mula-mula perasan, dalam itu semuanya kisah-kisah dalam bentuk sastera. Aku mula agak, mungkin susah agaknya penganutnya ingin faham konteks metafizik agama Hindu, jadi mereka karang dalam bentuk sastera.


21. Kemudian, aku selak lagi dalam, ada yang lebih kurang sama dengan agama Islam, cumanya dalam itu sudah dicampur adukkan dengan budaya. Aku mula agak pada mulanya Hindu ini benar, namun setelah dicampur aduk dengan tangan manusia ianya sudah jadi agama budaya (culture religion). Buktinya, dia masih ada lagi fahaman menyembah Tuhan yang Satu, dia claimed agama dia Tuhan yang satu, bukan ada dua atau tiga tetapi yang menjadi masalah apabila dia ada banyak Tuhan-tuhan untuk dia channelled semua sembahyang2 dia kepada Brahman.


22. Kalau kita fikir logik tanpa ada rasa bias - Tuhan adalah Maha Perkasa, kenapa pula dia perlu ada tuhan-tuhan lain dalam bentuk avatar untuk sembahkan segala sembahyang2 manusia kemudian kepada Brahman? Kenapa tak straight terus kepada Brahman? Aku rasa di sinilah mereka sudah tersilap.


Dr Zakir naik juga ada bercakap mengenai ini.


23. Kalaulah kawan Hindu aku baca kitab2 lama itu, dia pasti akan dapat jawapan, kenapa Islam adalah agama untuk semua, bukan agama orang Hindu, bukan agama orang cina, bukan agama hanya untuk orang Arab waima melayu pun, dan kenapa Muhammad utusan terakhir.


24. Inilah yang dipanggil trancendent unity of religion.


25. Sebenarnya kan, aku rasa orang dah salah faham lah dengan aliran ini, aliran ini dipanggil perennial philosophy.


26. Aku masih lagi budak-budak, tapi aku pasti ada sesuatu rahsia dalam aliran ini, yang bukannya untuk umum pun, dan penulisan traditional ini kekal rahsia.


27. Daripada sini kan, aku mula kenal siapa Meister Eckhart, siapa schuon, siapa Martin Lings, siapa Coomaraswamy diorang semua ini dipanggil universalist / perennialist.


28. Okay aku tak mahu kupas panjang-panjang. Aku nak kena update kerja aku.



Kenal diri, kenal Tuhan.






Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?