Farewell, Melati!

Dear readers
Salam aspirasi menjunjung perpaduan mahasiswa.



1. Hari ini, hari terakhir aku berjumpa dengan Melati. Hari sabtu ini dia konvo. Jadi hari ini aku keluar dinner dengan dia.


2. Sebenarnya nama dia Shirley, aku yang letak nama dia Melati, jadi semua orang panggil dia Melati.


3. Dia merupakan pelajar dari Guangzhou, China dan dia ini introvert sikit.


4. Jadi, bila dia jumpa extrovert macam aku, dia selalu excited, dia cakap aku unik. Dia ni bukan ada kawan, sorang2 dia je dalam usm ni. Jadi, bila dia jumpa aku dia ramailah kawan. Sebab aku manusia yang kecoh sikit jadi dia pun ramai lah orang lain kenal. Tapi dia cakap dia tak pernah suka kawan dengan orang lain selain aku. Dan dia dah pun datang ke rumah aku di Ipoh.


5. Satu yang aku belajar dari dia, dia hidup di negara komunis.


6. Tidak ada agama.


7. Jadi, kata dia sesiapa yang ingin praktis agama akan didakwa dan dipenjarakan.


8. Tapi dia kata ada saja underground church dan perlu berdaftar dengan kerajaan.


9. Muslim di sana pun ada juga, tapi di china kata dia muslim pun makan pork.


erkk itu tak mahu discuss lah ha.ha.


10. Aku bukan Tuhan nak judge-judge orang. Nak makan pork kau punya hal.


11. Tapi, yang aku kasihan pada dia, dia tak pernah tahu pun mengenai religion dalam hidup dia.


12. Dia cerita, di negara komunis, rakyatnya dia ajar untuk

-berdikari sendiri, tidak ada Tuhan yang menolong mereka
-Tuhan tidak wujud, jadi segala-galanya atas usaha sendiri


13. Tapi, ada satu ketika dia berminat nak tahu mengenai Islam.


14. Tapi aku terang sikit-sikit sajalah. Ada pulak seorang kawan aku kawan dengan Melati juga.


15. Kawan aku tu vongok betul ada ke cerita neraka lah, hukuman dari Tuhan lah, kalau tak buat itu dosa, tak buat ini dosa. Semuanya dosa, semuanya keras.


15. Dia menampakkan tidak ada kasihnya pada Islam. Tidak ada 'God's mercy' pada hambaNYA.


16. Kalau aku Melati pun aku takut dekat dengan Islam.


17. Orang komunis macam Melati ni payah sikit nak cerita tentang apa itu religion.


18. Dia tak faham sebenarnya apa itu agama.


19. Kalau kita explain pun dia tak dapat faham, duhhhh aku nak explain kat sini pun susah gila.


20. Tapi, aku selalu berdoa dia dapat hidayah. Walau sikit pun jadi, lah.


21. Memang lah aku kasihan pada dia tapi dia sendiri pun aku tengok tak mampu nak cari 'cahaya' tu.


22. Dia tak tahu pun dia sebenarnya apa. Dia cuma tahu dia adalah Melati. Dia tak tahu pun manusia ini ada spiritual part dia, bukan hanya physical part. Dia tak sedar pun dia siapa sebenarnya. Dia adalah dia, yang hidup kemudian mati. Konsep ini pun dia tak pernah dengar, macam mana nak faham konsep Tuhan? Tahu tak macam mana perasaan aku bila tengok dia?


Dia tak faham habis tu macam mana aku nak encourage dia? Dia pun macam blur je aku tengok.


22. Hmm korang faham tak apa yang aku cakap? Eh susah betul nak explain apa yang aku nampak pada dia.


(Sebab itulah aku sangat berharap hanya Tuhan yang boleh guide dia).


23. Korang nak tahu tak sebenarnya aku boleh baca isi hati orang. Semua tindak tanduk orang aku dapat baca, body language mereka aku dapat baca, tapi aku tak pernah lah cakap pada orang yang aku 'baca' tu.


24. Aku selalu dapat faham apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Sebab itu aku faham Melati tu macam mana.


25. Melati. Semoga kita berjumpa lagi.


Dear jojo.


Thanks for bringing me many places in Penang. It is very nice to meet you in children's lit class.

Also our ukulele moment in Dr Munirs business communication's class. Those time was funny, we sing a long together, we were so happy back then.

I will remember your laugh forever. It is funny!

It is very interesting to learn Malay language from you as well.

I believe we could meet each other in the future one day, hope you could do whatever you like in the future too.

It was nice having you as one my friends in USM.


Eh kenapa sedih.




ELS MAJORS. @ IPPTN, Bukit Jambul. Second year, 2014.




ELS, ELLS & BUSINESS MANAGEMENT STUDENTS. @ IPPTN




Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?