A.Y.A.H

Dear readers. 

Assalamulaikum. 


1. Seorang ayah tetap bapa biologi yang di-binkan untuk kita. Memang ada seorang ayah yang tak ada pun untuk anak dia. 

.

.

2. Mungkin ketika kecil ayah itu tiada role model oleh ayahnya kepada dia. Yang dia nampak, adalah emaknya sahaja yang struggle membesarkan anaknya. Jadi sukar dia nak jadi ayah sebenar, sebab tiada contoh.

.

.

2. "Tapi ingatlah bahawa ayah lah yang akan mewalikan anak perempuan bila kita berkahwin, bukan pakcik sedara yang menjaga kita. Di ruang maklumat diri pun ayah tetap ayah kita. Tak boleh letak maklumat pakcik/makcik sedara yang menjaga kita," kataku pada anak muridku. 

.

.

3. Anak muridku baru sangat kematian ibunya. Jadi anak yatim. Hak penjagaannya dijaga oleh makcik/pakciknya. Aku selalu akan membebel padanya dah makan belum. Aku tengok pada waktu rehat dia makan buah jambu batu dengan air sahaja. Aku tengok memang dia bawa duit belanja makciknya bagi, cukup untuk dia makan, tapi dia suka simpan wang banyak, lepas tu tak berapa nak makan. Kalau aku tengok dia takde duit, aku akan bagi dia sikit untuk makan.

.

.

4. Aku kata duit untuk makan. Bukan untuk simpan hampir kesemuanya. Kawan kawan dia pun dah paham perangai aku. 

.

.

5. Diorang pun akan pergi dekat aku senyap senyap: ticer harini ***** tak makan. Dia tak bawa air. Esoknya, aku akan panggil dia untuk bawa air sendiri dan untuk makan dengan betul, bukan merapu. 

.

.

6. Ini semua adalah pengajaran untuk aku juga. Sebagai seorang ayah, jangan letakkan anak pada ibu saja untuk dijaga. Ayah juga perlu ada. Nanti bila kematian ibu, kita rasa lost, tak tahu macam mana mengurus anak. Tak tahu uruskan barang dapur. Tak tahu uruskan hal persekolahan. Bagaimana pula dengan kerja sekolah anak. Bukan mudah uruskan anak.

.

.

7. Ada kemungkinan bila jadi begini terpaksa bagi pada saudara, kesian dekat anak. Sebab walaupun sedara, anak tetap rasa, tak sama juga macam perasaan dijaga keluarga sendiri bila ibu tiada. Macam sebelah sayap sudah patah.

.

.

8. Sebab itu biasakan juga buat kerja kerja rumah, uruskan anak. Nanti satu hari isteri mati, tak adalah terlalu lost sampai bingung tak tahu apa nak dibuat sebab pegang penyapu pun tak pernah. Pergi market jauh sekali.

.

.

9. Nanti dah tua pun wanita mana nak jaga lelaki tua sakit berangkai rangkai? Kecuali anda berharta. Tapi, adakah dia sanggup susah payah jaga kamu ketika sakit atau bila tiada harta, masih nak taat setia jaga lagi?

 .

.

10. Penyelesaian kahwin baru selepas pasangan mati bukan semesti penyelesaian terbaik. Tak salah kahwin baru tetapi harus ada skill untuk jaga diri sendiri, uruskan diri sendiri. 

.

.

11. Ini dah lah anak itu terpisah dengan ibunya yang mati diambil nyawa, kita pula pisahkan anak tu dengan adik beradiknya dengan pertalian ayah sendiri. 

.

.

12. Kenapa apabila ibu kita suruh dia jaga anaknya walau apa keadaan sekalipun, masyarakat akan kutuk ibu yang tinggalkan anaknya, tetapi apabila ayah, kita rasa tak apa pula kalau ayah suruh orang lain jagakan anaknya untuk dia?

.

.

13. Memang lah ada anak yang bitter dengan ayah. Ayah hisap dadah. Ayah kaki judi. Tak pernah langsung participate jaga anak. Tapi nak buat macam mana. Kita tak boleh pilih ayah tu siapa. Cumalah apa kita boleh buat, ambil pengajaran di sekeliling bahawa role ayah sangat berat. 

.

.

14. Kita mesti sematkan dalam hati yang mana kita "mewalikan anak perempuan sendiri" bermakna hak dan peranan kita pada anak itu tak pernah putus dan sangat besar maknanya.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?