Fasa intelektualku sendiri

Salam everyone. 

Dear, readers. 


1. Fasa-fasa perjalanan saya bermula banyak dan berbunga ketika di universiti. Di sekolah tidak mengajar saya berfikir kritis. Fokuanya untuk exam, makanya ilmu saya adalah untuk hafalan exam saja janji dapat A. 

.

.

2. Tetapi di universiti, saya dapat melihat fasa kehidupan syaa berubah daripada satu level ke level yang lain. 

.

.

3. Fasa pertama adalah berdepan dengan falsafah Buddhism. Buddhism, mengajar kita konsep kesementaraan dunia. Ini termasuklah ibu-bapa kita, anak-anak, harta, wang, dll yang kita cintai. 

.

.

4. Lawaknya, masa mula-mula saya belajar Buddhism bersama pensyarahku, saya tekun membaca buku itu siang malam. Masa saya membaca itu terbayang style pensyarahku sedang menerangkan kepada kami dalam kelas. Semasa itu saya pergi preach pada kawan pasal konsep ini. Kawan saya ketawa pening aje layan, sebab dia pun tak berapa paham.

.

.

5. Selepas itu saya belajar Toism pula. Tao itu bermaksud Way - Jalan. Mestilah bermaksud, Jalan Kepada Pencerahan (Enlightenment). Dalam Taoi inilah saya belajar tentang hidup ini yang berpasang-pasang, bersilih-ganti, setiap benda di dunia ada lawannya. 

.

.

6. Begitu juga sudah dicakapkan dalam Koran, kita dicipta berpasang-pasang. Tapi kitab itu tidak menceritakan secara spesifik. Yang saya baru tahu secara spesifik adalah pada perbincangan Greek Philosopher iaitu Heraclitus dan lawannya Parmanides tentang konsep ini.  

.

.

7. Mereka bertanyakan soalan tentang dunia ini berubah atau tidak berubah. Dari soalan ini lah baru mulanya datang idea form (bentuk) Plato. Yang seterusnya dibahas oleh Ibn Sina dan dia modified. Dia tak tiru tapi dia memperbaiki dengan lebih baik. 

.

8. Tapi ini berbau kefalsafahan. Yang paling jelas sebenarnya tentang konse-pasang dan perubahan ini adalah daripada konsep Yin dan Yang dalam Taoism itu sendiri. Paling best yang saya pernah baca adalah perbincangan Yin dan Yang yang dibincang secara ilmiah oleh Prof Murata iaitu kawan pensyarahku sendiri semasa dia belajar di US. 

.

.

9. Saya rasa tak ada buku yang sebaik itu dan sejelasnya membincang pasal Yin & Yang dan kaitannya dengan manusia, dan Tuhan. Gigih saya mencari buku dia berwarna pink itu. Buku itu bertajuk "Tao of Islam". Dia adalah seorang wanita Jepun tetapi pakar dalam mengajar Islam dan falsafah oriental (Timur). 

.

10. Fasa yang terakhir di university barulah saya belajar tentang Sufism. Sufism ada nilai spiritual yang sangat tinggi macam mana Hinduism. Konsep spiritual Hinduism sangat berbau mistik. .

.

11. Sufism ini, saya belajar tentang jiwa, ego dan kefanaan dunia. Mereka para sufi mengitkan kefanaan dunia dengan konsep fana'fillah. Maka, saya boleh menyimpulkan bahawa, fasa pertama dalam hidup adalah saya mempelajari tentang kesementaraan dunia dalam Buddhism. 

.

.

12. Tapi kali ini, perbincangan fasa terakhir dalam Sufism adalah mengajar tentang cara meninggalkan dunia. Hinduism juga ada konsep itu, iaitu 4 stages yang manusia perlu lalui untuk sampai kepada fana'. 

.

.

13. Tapi kali ini, saya tak menceritakan kepada kawan. Agak sukar bagi mereka untuk faham.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?