Falsafah dan realiti

Dear readers. Salam. 


1. Perjalanan yang paling saya ingat sepanjang 30 tahun saya hidup, adalah mengenali diri sendiri. 

.

.

2. Mungkin kedengaran agak existential bagi sesetengah orang, manakala yang lain tak pernah pun mendengar apa bendanya existential. 

.

.

3. Semasa saya tahun dua di universiti, disebabkan saya sangat rajin geledah buku falsafah di rak rak falsafah di libray universitiku, saya banyaknya terkejut pasal kehidupan, idea, teori dan cara pandang hidup pemikir itu. 

.

.

4. Saya tak sangka perkara yang paling penting di dunia adalah mencari diri sendiri. Yang saya pelajari dahulu adalah kepentingan akademik dan kerjaya. 

.

.

5. Kau nak kerja bagus bagus, ada pangkat, kau kena akademik bagus. Kalau kau tak bagus, maka tipislah peluang itu. Orang akan memandang kau rendah. Tak ada qualification, bermakna kau gagal dalam hidup. Yang berjaya cumalah orang yang pandai akademik. 

.

.

6. Sampaikan saya pernah berfikir, penumpuan akademik adalah paling penting dalam hidup. Tapi semua impian dan angan angan palsu (baca:delusi bodoh) ciptaan masyarakat yang menyedihkan ini akhirnya berkecai setelah aku dapati apa yang paling penting dalam hidup. Bukan saja penting, tetapi paling bermakna. 

.

.

7. Di sekolah, perkara perkara kecil seperti emak pelajarku yang bercakap dengan mesra kepadaku, appreciate kehadiranku, atau pelajarku berasa seronok dalam kelas, gembira dengan fun learning, membuatkan itulah benda yang memuaskan kerjayaku. Bukannya akademic achievement yang saya sudah miliki. 

.

.

8. Ada satu tahap dalam hidup kau, kau akan rasa, satu perasaan kosong (void). Kau akan rasa, kau lahir ke dunia, membesar, muda ke tua, bekerjaya, berkahwin, dan akhirnya kau mati. Lalu apakah makna kehidupan nihil seperti ini? 

.

.

9. Kehidupan untuk setengah manusia adalah nihilism iaitu tiada makna. Seperti gang seangkatan semazhab Albert Camus. Bak kata Nietzsche pula, kehidupan adalah bermakna jika kita memberikan makna kepadanya. Iaitu purpose itu, tujuannya, semua bergantung kepada diri kita. Manakala Plato pula mengatakan, tujuan akhir hidup manusia adalah untuk mencapai happiness (kegembiraan). Dalam bahasa Plato, dipanggil Eudaimonia. 

.

.

10. Falsafah adalah jalannya yang sebenar memuaskan akal saya. Secara umum, ia memberi peluang kepada saya untuk berfikir mendalam, menaakul, dan belajar memerhati keadaan yang diwujudkan Tuhan di dunia. 

.

.

11. Ada ketika spiritual aspect tetap bermain bersama sama falsafah dalam diri saya. Saya berminat dengan spiritual juga. Tetapi kini saya telah menggabung-jalinkan falsafah + spiritual sebagai jalan yang telah saya pilih kini. 

.

.

12. Jika dahulu mungkin sesuai sebagai status saya sebagai pelajar, maka falsafah adalah tujuan utama saya. 

.

.

13. Falsafah tidak diajar di sekolah sekolah di Malaysia. Ia sangat berbeza bilamana kurikulum di barat mengajar falsafah kepada kanak kanak dan remaja di sekolah. 

.

.

14. Falsafah di Malaysia bukanlah satu budaya / subjek umum. Falsafah kerap kali difikirkan oleh orang orang sebagai rumit, menyakitkan kepala, dan satu bidang tak ada masa depan. 

.

.

15. Saya ada terfikir ilmu falsafah yang saya warisi ini akan berakhir dengan saya. Ruginya adalah di situ. Ia tidak disebarkan.

.

.

16. Melainkan kalau saya cuba rekrut murid murid yang agak pintar dan jenis yang banyak membaca bahan bahan di luar silibus mereka.  

.

.

Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?