Masyarakat dan toxic masculinity

 Salam. 

Hi! 


1. Saya suka dengar nasihat nasihat woke macam ini. Masyarakat kita perlu membenarkan lelaki mengekspresikan emosi mereka dengan cara yang sihat (proper). 


2. Lelaki perlu belajar cara untuk melakukan hal ini tidak kiralah bagaimana cara mereka dibesarkan (upbringing) di rumah dan bagaimana dia diajar di rumah dan atau apa yang dia pelajari daripada masyarakat (budaya yang toxic). 


3. Tidak ada sesiapa baik lelaki atau perempuan, atau paling kasihan golongan kanak kanak yang nak menjadi mangsa baran seorang manusia.


4. Soalnya mengapa lelaki selalu baran pakej lengkap memukul? Saya menyalahkan toxic masculinity. Ingat perkataan ini: rage (amarah/amok) is how a man shows his kejantanan untuk luahkan perasaan.


5. Kalau tidak mengapa kita dengar ada juga beberapa orang berfikir baran (suppressed emotion / emosi terpendam) yang bersifat agresif adalah 'manly'. 


6. Kalau kita ini ada kesedaran mental yang bagus, ada sedikit knowledge dalam basic psikologi, kita akan tahu bahawa cara berfikir ini adalah salah. 


7. Saya pernah sembang dengan kawan lelaki yang paling rapat dengan saya dulu, dengan menasihat padanya jika apa apa rasa risau, bagitau kawan dan family, bukan menunjukkan (show) kerisauan itu. 


8. Tunjuk (show) meaning memukul, menampar, memaki, merosakkan harta benda, membuli dsbgnya. Kebanyakan lelaki akan tunjukkan (show) kemarahan mereka pada setiap emosi kerana itulah kebanyakan daripada mereka berfikir yang itulah satu satunya emosi yang mereka boleh tunjukkan. 


9. Menangis? No way. Tak man. Akan diejek rakan pondan. Pernah kan dengar men don't cry? Kelembutan dan kasih sayang tidak ada langsung pada ciri toxic masculinity. 


10. Walhal, kesemua benda di dunia ini harus ada keseimbangan mereka. Begitu juga apabila maskulin, harus ada keseimbangan feminity. Feminity bukan bersikap keperempuanan, tetapi ambil sikap feminin seperti kasih dan sayang, kelembutan berbicara. Benda yang asalnya bukan ciptaan kepada maskuliniti.


11. Saya pernah dengar ada kanak kanak kanak lelaki nak masuk asrama sebab nak jadi fighter ikut kawan kawan. Dulu saya tak paham masa jadi student universiti. 


12. Bila saya bekerja, saya dah faham itulah contoh hint awal tentang permulaan mereka ingin menunjukkan emosi manly mereka. Tak 'man', kalau tak menumbuk, memukul, betul tak? 


13. Benda ini sebaliknya bagi perempuan. Kita apa apa akan menangis aje, block orang kita tak suka atau bergosip dengan sahabat baik. People would consider this as normal thing and most of them akan berasa lega setelah meluahkan emosi, betul? 


14. Sebab society membenarkan ia tetapi pada lelaki, tidak begitu.


15. Emosi adalah bermakna tanda manusiawi. Pelik kalau tidak ada emosi, kerana itu bukan manusia. 



Comments

Popular posts from this blog

Postgraduate studies: First 4 weeks in UIA

Al-Ghazali: Munqidh Min Al-Dalal

What is Linguistics?